Nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ada yang tidak boleh andai seharian tidak mengambil nasi. Namun, kalori dalam nasi tinggi sehingga 206kcal menyebabkan ramai berkira-kira mengambilnya. Terutama bagi mereka yang tengah atau ingin berdiet.
Buat anda yang gemar makan nasi tetapi tidak mahu ia menyebabkan berat badan kian bertambah, boleh cuba cara ini.
Memetik Times of India, the College of Chemical Sciences dari Sri Lanka, cara tersebut pastinya menjadi khabar gembira buat mereka yang ingin menjaga badan dan kesihatan.
3 cara yang perlu dilakukan :-
Ads
1. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih.
2. Kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.
3. Sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan.
Ads
Ekstra Info :
-Cara begini dapat meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding menanak nasi dengan cara biasa.
Ads
-Cara ini juga membuatkan kandungan kalori nasi putih turun sehingga 60%. Oleh itu, meskipun ia diambil dalam pemakanan harian, ia tidak menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat dan juga tidak membuatkan badan menjadi gendut.
Jadi, bagaimana? Bolehlah mencuba cara begini untuk menanak nasi nanti!
Sumber: Cari.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kemerdekaan yang kita miliki kini sewajarnya dimaknai dengan erti kebebasan bukan sahaja dalam bentuk fizikal, pemikiran malah jiwa kita juga.
Menariknya tentang jiwa merdeka ini, wanita ini menyenaraikan 10 tips untuk memilikinya. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
10 TIPS UNTUK MEMILIKI JIWA MERDEKA
1. Jangan pernah menyesali sesuatu kerana akan tiba masanya nanti kita akan faham bahawa semua yang berlaku itu adalah yang paling terbaik untuk kita.
2. Bertindak seiring dengan apa sahaja yang kita inginkan. Jiwa yang merdeka akan merdekakan diri dengan mencapai impian mereka. Tidak bertangguh, memberikan banyak alasan. Membesarkan halangan. Tidak takut kepada saingan.
3. Bagaimana untuk tidak takut kepada saingan? Jiwa yang benar-benar merdeka akan letakkan keyakinan kepada Allah di tempat yang pertama dalam segala hal. Yakin rezeki itu dari Allah dan yakin bahawa jika rezeki itu milik kita, biar di dasar lautan pun ia tetap akan tiba. Yakin bahawa segala ketentuan dari Tuhan adalah yang paling baik. Selagi tak ada ini, minda kita tidak merdeka.
4. Hati yang merdeka itu tidak “dijajah”. Bagaimana hati yang dijajah? Tidak sedih dan kecewa disebabkan kata-kata dan perbuatan orang lain. Kalau kita letakkan bahagia dan hati kita dalam genggaman orang lain, bererti hati kita masih dijajah. Tak kiralah samada oleh pasangan, kawan rapat atau siapa sahaja. Jiwa yang benar-benar merdeka itu seharusnya lebih tenang.
5. Mudah memaafkan dan melepaskan. Bukan kerana kita salah dan kalah. Tetapi hati dan jiwa yang benar-benar merdeka itu lebih mengutamakan ketenangan dari dendam.
6. Jika kita benar-benar merdeka….kita pasti berusaha untuk tidak meninggalkan tanggungjawab kita kepada Tuhan. Iaitu bersembahyang. Selalu saya tulis tip ini hampir dalam setiap tulisan saya kan? Ya, kerana ianya adalah syarat utama untuk mencapai apa sahaja dalam hidup termasuk untuk memiliki hati yang merdeka.
7. Jiwa yang merdeka itu tidak ada benci dan dendam. Apa lagi jika mahu menulis atau berkata yang tidak baik tentang orang lain. Diam ketika marah dan tidak berkata ketika tidak punya kata-kata yang baik untuk diluahkan. Jika kita benar-benar merdeka, kita boleh mengawal kata-kata dan perbuatan kita.
8. Hati yang benar-benar cukup merdeka tidak langsung perlukan “pengiktirafan” orang lain untuk menunjukkan mereka kaya, bahagia, memiliki (apa lagi memiliki apa yang orang lain tidak punya). Anda faham bukan?
9. Jiwa yang merdeka penuh dengan rasa cinta dan bahagia. Penuh empati dan kasih sayang. Tahukah anda bahawa hati yang tidak mencintai tidak akan dicintai? Ha… Jadi jika nak ada rasa bahagia (penuh dengan happiness) kena ada rasa kecintaan dalam diri ya. Biasanya orang yang punya sifat ini akan dikelilingi oleh ramai kawan. Kerana “love and emphaty vibes” itu boleh “sampai” kepada orang lain juga.
10. Hati dan jiwa yang merdeka itu tetap pendiriannya. Tidak mudah goyah. Jika melakukan sesuatu, tidak akan pernah putus asa. Jika jatuh sekali, akan bangkit 10 kali. Jika patah sayapnya maka dia akan bertongkat paruh. Tidak takutkan cabaran. Tidak gentar dengan ujian. Hati dan jiwa yang merdeka itu cukup matang untuk berdepan dengan apa sahaja dalam hidup. Dan juga cukup tahu, bahwa selagi mana kita masih bernyawa… Ujian akan sering hadir bersilih ganti dalam hidup. Jadi, jalan terus sahaja ya!
Senyumlah setiap hari kerana hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi.
Salam Kemerdekaan dari saya…
Kita anak Malaysia!
Biasanya bila berdoa kita selalu ucapkan bila usai solat namun hakikatnya,amalan berdoa ini tidak semestinya di atas tikar sejadah semata-mata. Malah dimana-mana dan pada bila-bila masa kita boleh berdoa, bertepatan betapa kita begitu bergantung harap mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.
Lantas sebagai ibu bapa, kita perlulah mendidik anak-anak kita untuk sentiasa berhajat kepada Allah walaupun pada perkara-perkara yang kita rasakan nampak begitu remeh dan ringkas. Hal ini cuba diingatkan oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim, dan ini katanya.
DIDIK ANAK BERDOA
Didiklah anak-anak agar sentiasa berdoa kepada-Nya walaupun dalam sesuatu yang kelihatan tidak mustahak.
Setiap kali – misalnya – mahu meninggalkan rumah ke sekolah, kembali ke asrama atau pulang ke universiti berpesanlah kepada anak-anak agar memohon kepada-Nya supaya dipermudah pengajian.
Ia kelihatan tidak perlu, tidak diajar dan tidak diamalkan oleh ramai orang kerana ia bukan amalan harian.
Malah ramai di antara kita yang tidak melihat berdoa sebagai satu amal ibadat paling ringkas, mudah dan tanpa kos.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Lama tidak mendengar khabar selebriti yang satu ini. Usai mendirikan rumah tangga, Farah Diana Anuar dilihat lebih fokus kepada rumah tangga yang baru dibinanya. Namun, selepas 15 tahun tidak melihat kelibatnya di dalam arena seni, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat mula kembali aktif. Farah Anuar yang Bekas bintang Akademi Fantasi kedua (AF2) baru-baru ini berkongsi berita selamat melahirkan anak ketiganya pada 2 Oktober lalu.
Selepas hari ketujuh melahirkan cahaya matanya itu, Farah memberi nama anaknya sebagai Ara.
Berita tersebut dikongsikan Farah menerusi laman intagramnya dengan memuat naik foto bayinya. “Assalamualaikum semua, sempena hari ketujuh hari ini, Farah perkenalkan anak ketiga kami, Ara Binti Johan. “Doakan Ara Johan menjadi anak yang solehah,diberkati hidupnya,disenangi dan disayangi dunia akhirat,” katanya.
A post shared by Farah Anuar (@farahdianaanuar) on
Farah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Johan Johari pada Julai 2011. Pasangan itusebelum ini turut dikurniakan dua orang puteri Elsa dan Mya.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...