Laksanakan Korban Di Negara Bergolak, Jadikan Aidiladha Buat Kita & Penerima Bermakna!
Sebut sahaja bulan Zulhijjah, tentu ada antara kita sudah dapat mengaitkannya dengan bulan yang begitu istimewa dalam kalendar Islam. Apa tidaknya pada bulan ini kita bukan sahaja meraikan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta dalam suasana meriah malah ianya lebih bermakna dengan turut sama menunaikan ibadah korban bagi yang berkemampuan.
Hakikatnya dalam kita meraikan Hari Raya Aidladha atau juga dikenali dengan Hari Raya Korban, begitu banyak pengajaran dan hikmah untuk kita kongsikan bersama anak-anak. Lebih-lebih lagi bila kita ceritakan tentang pengorbanan besar Nabi Ibrahim A.S. dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.
Kesanggupan Nabi Ibrahim ‘menyembelih’ anak kesayangannya Nabi Ismail bukan semata-mata didorong oleh perasaan taat semata-mata. Tetapi sebaliknya keyakinan bahawa perintah Allah itu suatu yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.
Selain itu andai kata kita berkemampuan ada baiknya kita daftarkan anak-anak untuk turut serta dalam ibadah korban. Ini secara tidak langsung kita sebenarnya sedang mendidik anak-anak untuk lebih perihatin agar sentiasa ingin membantu golongan yang memerlukan dengan berkongsi rezeki yang ada dan sekali gus mengikis sifat tamak dan bakhil dalam diri.
Pun begitu dalam menanamkan semangat untuk melakukan ibadah ada juga segelintir antara kita yang masih tertanya-tanya berkaitan melaksanakan ibadah korban di luar negara. Adakah ianya boleh dilakukan dan apa hukumnya?
Sebenarnya tahukah anda pada 25 November 2004, merupakan persidangan kali ke-66 JawatanKuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, telah pun bersepakat menyatakan harus hukumnya untuk daging korban diagihkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira tempat termasuklah negara lain.
Jadi sepatutnya tidak timbul sebarang isu berkaitan melakukan ibadah korban di luar negara dan atas kesedaran itu jugalah maka dilihat penerimaan orang ramai tentang melaksanakan korban di luar negara kian menjadi trend dan mendapat sambutan ramai.
Kongsi Nikmat Adiladha
Bercerita tentang melaksanakan ibadah korban yang pada hukum asal ibadah korban itu adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu dan menjadi makruh hukumnya bagi orang yang mampu namun tidak melakukan korban.
Jadi sebaiknya buat sesiapa yang ada rezeki lebih, eloklah laksanakan ibadah korban. Jangan pula ada yang sengaja menangguhkannya dari tahun ke tahun, sedangkan masa dan rezeki itu tidak selamanya ada.
Jadi apa kata pada kali ini anda seisi keluarga tunaikan ibadah korban dengan sama-sama sertai Kempen Qurban4Ummah 2023 yang dibawakan oleh Pertubuhan Peduli Insan.
Kempen Qurban4Ummah 2023 merupakan pelaksanaan kali ke 12 bagi ibadah korban yang dijalankan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia di Syria. Istimewa bagi tahun ini, Peduli Insan telah memperbanyakkan lokasi pelaksanaan ibadah korban ke Palestin dan Yaman.
Objektif kempen ini adalah untuk memastikan saudara kita yang terkesan daripada peperangan dan kini sedang terpalit dengan isu kemanusiaan yang berpanjangan seperti isu ketiadaan makanan terutamanya dapat merasakan nikmat merasai hidangan daging ketika Hari Raya Aidiladha.
Kenapa Syria dan Palestin?
Hidup di negara yang bergolak saban tahun menjadikan kehidupan saudara kita di negara Syria dan Palestin penuh dengan likunya. Hendak makan pun susah bahkan sudah bertahun-tahun tidak merasai keenakan daging kambing mahupun lembu? Kerana, setiap hari mereka cuma makan roti bersama kekacang, tanpa lauk seperti ikan, ayam apatah lagi daging.
Jadi kini tiba masanya, kita tunjukkan ketaatan kita kepada Allah dengan memberi bungkusan daging kepada mereka yang memerlukan bersempena melaksanakan ibadah korban. Setidak-tidaknya dapat juga kita berkongsi kebahagiaan buat mereka di sana.
Jadi ayuh, jadikan Aidiladha tahun ini bermakna buat kita dan mereka yang menerima daging hasil ibadah korban yang kita lakukan. Kerana kita dan mereka adalah bersaudara.
Buat anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kempen Qurban4Ummah 2023 bolehlah terus layari ke www.peduliinsan.org
Di samping itu, Peduli Insan juga membuka peluang untuk orang ramai bersedekah serendah RM30 melalui Sedekah Adha bagi meraikan mereka yang ingin bersama-sama Peduli Insan, peduli tentang saudara kita di negara bergolak. Klik di sini untuk menderma.