Laksanakan Korban Di Negara Bergolak, Jadikan Aidiladha Buat Kita & Penerima Bermakna!
Sebut sahaja bulan Zulhijjah, tentu ada antara kita sudah dapat mengaitkannya dengan bulan yang begitu istimewa dalam kalendar Islam. Apa tidaknya pada bulan ini kita bukan sahaja meraikan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta dalam suasana meriah malah ianya lebih bermakna dengan turut sama menunaikan ibadah korban bagi yang berkemampuan.
Hakikatnya dalam kita meraikan Hari Raya Aidladha atau juga dikenali dengan Hari Raya Korban, begitu banyak pengajaran dan hikmah untuk kita kongsikan bersama anak-anak. Lebih-lebih lagi bila kita ceritakan tentang pengorbanan besar Nabi Ibrahim A.S. dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.
Kesanggupan Nabi Ibrahim ‘menyembelih’ anak kesayangannya Nabi Ismail bukan semata-mata didorong oleh perasaan taat semata-mata. Tetapi sebaliknya keyakinan bahawa perintah Allah itu suatu yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.
Selain itu andai kata kita berkemampuan ada baiknya kita daftarkan anak-anak untuk turut serta dalam ibadah korban. Ini secara tidak langsung kita sebenarnya sedang mendidik anak-anak untuk lebih perihatin agar sentiasa ingin membantu golongan yang memerlukan dengan berkongsi rezeki yang ada dan sekali gus mengikis sifat tamak dan bakhil dalam diri.
Pun begitu dalam menanamkan semangat untuk melakukan ibadah ada juga segelintir antara kita yang masih tertanya-tanya berkaitan melaksanakan ibadah korban di luar negara. Adakah ianya boleh dilakukan dan apa hukumnya?
Sebenarnya tahukah anda pada 25 November 2004, merupakan persidangan kali ke-66 JawatanKuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, telah pun bersepakat menyatakan harus hukumnya untuk daging korban diagihkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira tempat termasuklah negara lain.
Jadi sepatutnya tidak timbul sebarang isu berkaitan melakukan ibadah korban di luar negara dan atas kesedaran itu jugalah maka dilihat penerimaan orang ramai tentang melaksanakan korban di luar negara kian menjadi trend dan mendapat sambutan ramai.
Ads
Kongsi Nikmat Adiladha
Bercerita tentang melaksanakan ibadah korban yang pada hukum asal ibadah korban itu adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu dan menjadi makruh hukumnya bagi orang yang mampu namun tidak melakukan korban.
Jadi sebaiknya buat sesiapa yang ada rezeki lebih, eloklah laksanakan ibadah korban. Jangan pula ada yang sengaja menangguhkannya dari tahun ke tahun, sedangkan masa dan rezeki itu tidak selamanya ada.
Jadi apa kata pada kali ini anda seisi keluarga tunaikan ibadah korban dengan sama-sama sertai Kempen Qurban4Ummah 2023 yang dibawakan oleh Pertubuhan Peduli Insan.
Ads
Kempen Qurban4Ummah 2023 merupakan pelaksanaan kali ke 12 bagi ibadah korban yang dijalankan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia di Syria. Istimewa bagi tahun ini, Peduli Insan telah memperbanyakkan lokasi pelaksanaan ibadah korban ke Palestin dan Yaman.
Objektif kempen ini adalah untuk memastikan saudara kita yang terkesan daripada peperangan dan kini sedang terpalit dengan isu kemanusiaan yang berpanjangan seperti isu ketiadaan makanan terutamanya dapat merasakan nikmat merasai hidangan daging ketika Hari Raya Aidiladha.
Kenapa Syria dan Palestin?
Hidup di negara yang bergolak saban tahun menjadikan kehidupan saudara kita di negara Syria dan Palestin penuh dengan likunya. Hendak makan pun susah bahkan sudah bertahun-tahun tidak merasai keenakan daging kambing mahupun lembu? Kerana, setiap hari mereka cuma makan roti bersama kekacang, tanpa lauk seperti ikan, ayam apatah lagi daging.
Ads
Jadi kini tiba masanya, kita tunjukkan ketaatan kita kepada Allah dengan memberi bungkusan daging kepada mereka yang memerlukan bersempena melaksanakan ibadah korban. Setidak-tidaknya dapat juga kita berkongsi kebahagiaan buat mereka di sana.
Jadi ayuh, jadikan Aidiladha tahun ini bermakna buat kita dan mereka yang menerima daging hasil ibadah korban yang kita lakukan. Kerana kita dan mereka adalah bersaudara.
Buat anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kempen Qurban4Ummah 2023 bolehlah terus layari ke www.peduliinsan.org
Di samping itu, Peduli Insan juga membuka peluang untuk orang ramai bersedekah serendah RM30 melalui Sedekah Adha bagi meraikan mereka yang ingin bersama-sama Peduli Insan, peduli tentang saudara kita di negara bergolak. Klik di sini untuk menderma.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan semua orang menggemari petai. Alasan utama mereka kerana rasanya yang kurang enak dan paling penting adalah baunya yang hebat. Lebih-lebih lagi ketika membuang air kecil.
Malah sesetengah daripada kita takut untuk mengambil petai ketika bekerja. Alasannya takut tandas berbau petai malah mulut juga adakalanya meninggalkan bau kurang enak.
Tidak perlukan menghukum diri dengan menyekat pengambilan makanan yang berkhasiat ini. Petai sememangnya mempunyai bau yang kuat, namun tidaklah sehingga ia mengganggu orang lain. Tak gitu?
Kalau rasa ragu-ragu atau bimbang tandas berbau, apa kata anda cuba petua yang dikongsikan ini. Petai ternyata berjaya dikurangkan baunya. Menarik!
Ada baiknya anda mencuba petua ini. Mana tahu cara ini buat anda tidak berfikir dua kali untuk makan lagi.
Petua yang dikongsikan oleh Siti Salmah Baharuddin ini menarik untuk kita cuba.
Hilangkan Bau Petai
BAHAN-BAHAN:
Petai
Air basuhan beras
CARA MEMBUATNYA:
1. Potong petai kecil.
2. Kemudian rendamkan petai dalam air basuhan beras seketika.
3. Toskan airnya dan bilas bersih.
4. Bau petai makin kurang dan bolehlah dimasak seperti biasa.
Cara Hilangkan Bau Petai Dalam Kumuhan
Selain petua di atas, anda kenalah tahu petua yang disarankan ini. Penting bagi kita untuk elakkan bahan kumuhan pun bebas bau. Ni caranya.
1. Sebelum dan selepas makan petai, sila minum susu segar bagi mengelakkan baunya.
2. Satu lagi tip adalah dengan mengambil secawan air kopi O. Cubalah!
3. Petua tambahan yang anda perlu tahu, kalau nak makan petai, makanlah dengan terung. Contohnya makan Sambal Petai dan Pajeri Terung atau makan sambal Petai campur terung. Anda akan perasan yang baunya tidaklah seperti selalu. Cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengorbanan seorang guru memang tidak ternilai jasanya. Selain memberikan tunjuk ajar, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Bukan hanya tenaga bahkan wang ringgit juga dikorbankan demi melihat anak-anak berjaya.
Bagi Guru lelaki bernama Nordin Ismail ini sanggup memerahkan keringat dan tenaganya untuk menghias library di sekolah tempatnya mengajar, semata-mata untuk keselesaan dan juga tarikan kepada pelajar.
Bahkan, beliau menggunakan masa PKP sebelum ini untuk mencantikkan library berkenaan. Ternyata hasilnya cukup membangggakan dan cantik. Memang cikgu ni sangat kreatif oranganya.
Dengan bajet yang terhad, beliau mampu memberikan hasil yang cukup mengkagumkan. Jom jamu mata, mana tahu dapat ilham daripada idea cikgu ini.
Ni lah hasil amukan aku selama 3 minggu sejak bermula PKPP dan time tu aku dah boleh gi sekolah. Library dah macam rumah kedua aku dah. Agak2 anak murid aku akan terkejut tak bila tgk library diorang dah berubah. Nak suprisekan diorang la kononnya bila naik sekolah nanti. Hehe Konsep hipster dan minimalis masih aku terapkan tuk deco library aku kali ni.
Aku nak bebudak aku “feeling2” bandar dan ikut trend walaupun sekolah kat luar bandar. Ini adalah makeover paling gila yg pernah aku buat. Kali ni aku berani tuk gunakan wallpaper dan bermain dengan warna pastel.
No more langsir2, renda2 and skirting2 bagai. Memerlukan kerahan idea yg sangat ekstrim sbb nak deco ruang library yg terhad tuk jadikan pelbagai guna, banyak galeri yg berjaya diwujudkan dan yang paling penting berubah 100% dalam masa yang singkat.
Aku berterima kasih kat kesayangan aku termasuklah kak yah akak kerani, akak cleaner Junaidah Junaidah , pengawal keselamatan sekolah Ku Luqman and Saifol Mizan , tukang kebun sekolah aku Mohd Rizal Mohd Rizal, cikgu intrim yang baru lapor diri kat sekolah aku iaitu cikgu azira Zaidi Kassin and bekas2 anak2 didik aku yg byk tolong aku tuk buat make over library kali ni.
Aku bersyukur jugak sbb ada Guru Besar Ustaz Abdul Ghani dan rakan2 guru yang sangat supportive dan membiarkan aku bebas berkarya.
Semoga dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat2 rakan diluar sana if terdetik nak deco libary or kelas masing2. Lain padang lain belalang.. lain orang lain citarasa. Hehehehe
#COVID19 #kitajagakita #KitaJagaSemua
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Better late than never, mungkin anda pernah baca potongan ayat ini kan. Demikianlah ungkapan yang boleh dberikan kepada Pelakon popular Noorkhiriah.
Dia baru-baru ii berkongsi kegembiraan apabila memaklumkan selepas lapan tahun, akhirnya telah berjaya khatam Al-Quran. Perkara tersebut dimuatnaik menerusi satu potongan video di Instagram miliknya.
“Maka Berakhir Penantian Akak Selama 8 Tahun Lebih Kurang Pukul 9 Tadi..Allah Aje Yang Tahu Perasaan Akak Dik..Dari 2013..Ada Masa Pegi..Ada Masa Mengantuk..Ada Masa Sibuk Dengan Dunia Tapi Allah Maha Baik..Dipermudahkan Malam Ini..
“Moga Quran Yg Dah Koyak Yang Akak Syg ni Akan Jadi Saksi Kat Sana Nanti..Akak Akhirnya Khatam Al Quran Setelah Bertahun..Dok Pi Mari Pi Mari..Berkat Kesabaran Ustaz @shafiq_albi ..Dlm Pening Dalam Tak Sihat Dalam Sibuk Pindah Rumah Tetap Sabar Nak Tgk Akak Khatam Setelah Sekian Lama,” ujarnya.
Malah, pelakon ini turut menitipkan pesanan usah ada perasaan malu untuk belajar Al-Quran dalam usia yang lewat.
“Perkongsian Akak 1 Je..Janganlah Kita Tinggalkan Al Quran..Jangan..Dialah Yang Akak Jadi Kawan Kita Dalam Kubur nanti..Dan Jangan Segan Malu Pada Yang Terlambat Sebab Belajar Al Quran xde Istilah Terlambat..Allah Aje Yang Tau Perasaan Akak Bila Habis Tadi..Sb Akak 0..
“Sampailah Boleh Ngaji Sesikit Berkat Sabar Ustaz @shafiq_albi..Syukur..Itulah Niat Akak Sblm Akak Meninggal Akak Nak Khatam Dalam Umo Skrg..Masa Sekolah Dah Tapi Dah Tua ni..Inilah Kali Pertama…,” ujar Noorkhiriah lagi.
Walau bagaimanapun video berkenaan telah dipadamnya kerana bimbang disalahertikan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...