Kecur air liur rasanya bila sebut laksa di bulan puasa. Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian di hari raya nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Ads
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Ads
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan SedapUntuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Ads
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan suami isteri pastinya mendambakan kehadiran zuriat dalam rumah tangga. Momen paling indah bagi seorang wanita adalah apabila dapat mendukung anak sendiri. Lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita tatkala bergelar ibu.
Namun, bukan semua wanita yang bernasib baik menikmati keindahan tersebut. Ada yang terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan semata-mata ingin memiliki anak. tak kurang juga yang berusaha namun sehingga kini belum dimakbulkan doanya untuk memiliki cahaya mata.
Menerusi Twitter Lelaki Berdosa, dia berkongsi nasib yang dialami oleh dirinya dan isteri yang masih belum mempunyai zuriat. Lebih menyedihkan, isterinya kini tertekan dengan orang di sekeliling yang asyik bertanyakan mereka mengenai soal zuriat.
Lama tak melihat kelibatnya di kaca TV usai melahirkan anak sulungnya. Mungkin sibuk menguruskan rumahtangga serta anaknya membuatkan Tasha Shila berehat seketika dari dunia lakonan.
Sementelah anaknya Raees Zander yang lahir pada 24 April Tahun lalu kini baru berusia 9 bulan da pastinya memerlukan perhatian lebih dari ibunya Tasha Shila atau nama Sebenarnya, Natasha Sheila.
Tasha baru-baru ini memuatnaik beberapa gambar terbaru Raees untuk tatapan para peminatnya. Turut dikongsikan kaletah si Raees yang tersenyum apabila diacah oleh bapanya, Muhammad Atif.
Rata-rata memuji kecomelan Raees terutama senyumannya yang bukan sahajq mencairkan hati Tasha dan suami, bahkan turut membuatkan netizen berasa geram melihatnya.
Dalam gambar tersebut, Raees nampak handsome dengan baju kemeja dan berseluar pendek.
Ramai memuji wajah Raees sememangnya kombinasi seimbang ibu dan bapanya. Bila serius macam wajah daddy dan apabila tersenyum macam wajah mommy. Comel nya!