Buat penggemar laksa, sebut sahaja laksa tentu teringin untuk menikmatinya. Laksa ini pula ada macam-macam variasi, ada laksa johor, laksa sarawak, laksa penang dan macam-macam lagilah.
Apa yang pasti, setiap satunya mempunyai rasa yang enak dan resipinya juga berbeza, contohya jika bercerita tentang lalsa kuah putih ini yang terkenal di Terengganu.
Nak tahu bagaimana caranya, jom semak.
Lahir kat Penang, menetap di Kedah. Tapi sis hard fan laksa kuah putih terengganu…
Kalau laksa penang, laksa kedah tak berapa kena sangat dengan selera sis#laksamurtadnegeri
Masa mengajar kat Terengganu dulu, sis sempat belajar masak dgn org ganu, kuah laksa putih. So, harini terciptalah laksa ganu kuah putih
Ada tak hard fans laksa kuah putih ganu kat sini?
**japgi sy update resepi
**Update Resepi
LAKSA KUAH PUTIH TERENGGANU
Ads
Bahan-bahan
Laksa beras atau gandum ( kat sini takde laksa beras, so guna laksa yang kering tu je.
Untuk kuah
1 kg ekor ikan selayang/ sardin / kembung (direbus dan diambil isinya)*
10 ulas bawang merah*
1 inci halia *
1 sudu kecil lada hitam*
500 ml santan
250ml air
2 keping asam keping
1sudu kecil gula
garam secukupnya
Cukup rasa / kiub ikan bilis.
Cara masak kuah
Ads
1. Tumbuk semua bahan yang bertanda *
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama santan ke dalam periuk.
3. Masukkan air dan asam keping
4. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan garam dan juga gula secukup rasa dan siap untuk dinikmati.
Ads
Untuk ulaman
Daun kesum, timun, kacang panjang, bunga kantan, taugeh.
Untuk sambal cili pula
1-2biji cili merah
Sedikit belacan
(Kedua-dua bahan ini ditumbuk sehingga lumat)
Belacan, sambal cili dan garam selalunya diletakkan dalam satu bekas, boleh adjust ikut taste masing-masing.
Selamat mencuba uolsss. Saya share , moga boleh jadi pencen kubur nanti…
Air soda herbs memang minuman penyejuk tekak. Terasa nikmat bila diminum ketika dahaga terutama musim-musim panas macam sekarang ini. Selaluya air soda herbs memang menjadi minuman popular ketika cuaca panas dan ketika dibulan Ramadan.
Di pasar Ramadan dan juga pasar malam juga air soda herbs antara minuman yang sering dijual dan laku keras. Teguk air ini memang nikmat, terasa segar kerana bahan-bahan yang digunakan memang beri kesan menyegarkan.
Bahan-bahan:
Ais cream soda F&N
1-2 batang serai diketuk
Lemon
Daun pudina@apple mint
Asam boi ( suka masam letak lebih sikit)
Laici dalam tin
Ais
Cara-cara:
Tuang aiskrim soda dalam bekas atau jag. Kemudian masukkan ais.
2. Campurkan semua bahan dalam air tadi dan gaul. Siap!
3. Boleh buat 10 minit sebelum diminum, baru rasa bahan-bahan sebati dalam air.
Pengambilan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian amatlah penting tidak kira direbus atau ditumis. Sayur pucuk ubi antara sayur yang mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan.
Sambal pucuk ubi goreng petai boleh dijadikan menu sayur yang paling sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Walaupun nampak ringkas, menu ini semestinya akan membuatkan anda makan bertambah.
Menurut resipi yang dikongsikan oleh @madam_musfirah lauk ringkas ini sangat sesuai dimakan bersama nasi yang dimasak sedikit lembik dan ketika panas. Jadi, jika anda penggemar pucuk ubi memang patut cuba resipi ini.
Sambal Pucuk Ubi Goreng Petai
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi (basuh, celur 10 minit, toskan air) 2 sudu makan ikan bilis 10 biji cili api
Annyeonghaseyo! Siapa pernah makan ayam korea? Rasa ayam dengan sos korea yang pekat ditaburi dengan bijan, memang teringat-ingat rasanya!
Disebabkan nak keluar susah sekarang takut terjangkit dek covid, jom buat sendiri ayam korea resipi dari Super Daddy Khairul Abdullah. Jom cuba!
Inilah maksud sebenar sedap hingga menjilat jari. Memang confirm kau akan jilat jari waktu makan Ayam Goreng Rangup Bersos Homemade Ala Korea ni. Awat lah sedap sangat sos dia tu, haishhh. Jomlah, aku tulis resipi terus, tulis cerita panjang pun korang bukan nak baca.Ayam Goreng Rangup Bersos Homemade Ala Korea
Ayam Goreng Rangup Bersos Homemade Ala Korea
Bahan-bahan diperlukan:
Untuk ayam goreng rangup:
7-10 ketul kepak ayam atau drummet atau keduanya sekali. Bersih dan toskan.
3 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 sudu lada hitam.
6 sudu tepung gandum.
2 sudu tepung jagung.
Sedikit garam.
Untuk Sos Homemade Ala Korea
2 ulas bawang putih diketuk.
4 sudu sos tomato.
1 sudu serbuk cili atau paprika.
1 sudu kicap manis.
1 sudu madu.
1 sudu gula perang/gula melaka.
1 sudu bijan.
Cara nak buat dia:
Ayam goreng.
1. Sagat bawang putih dan halia ke dalam ayam dan taburkan sedikit garam dan lada hitam. Gaul sebati dan perap dalam 30 minit.
2. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul sebati. Ambil ayam satu demi satu dan salutkan dalam tepung tersebut.
3. Goreng ayam sampai kuning keemasan dan angkat. Biarkan sejuk seketika dan goreng semula kali kedua biar sampai perang. Kena goreng 2 kali untuk dapatkan kerangupan yang best.
Senang buat 2 batch, goreng batch pertama, angkat dan sejukkan dan goreng batch kedua. Dah siap batch kedua masukkan balik batch pertama tadi dan goreng sampai keperangan.
Siap.
Untuk sos pula.
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sampai naik bau dan masukkan sos tomato, kicap, serbuk cili/paprika, 3 sudu air dan gula perang/melaka. Kacau sampai didih dan masukkan madu. Kacau sampai pekat.
Siappppp.
Tuang sos atas ayam dan gaul sebati biar bersalut semuanya. Kemudian taburkan bijan.
Taraaaaa.
Aku tak masukkan paprika dan serbuk cili, sebab tu kurang merah. Maklumlah nak makan dengan anak-anak, maka taknak lah pedas kan.
Nanti jenuh depa makan bersulam air.
Biar aku sahaja,
Cintai kamu bersulam rindu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...