Keenakan rasa Laksa Johor diakui terletak pada kepekatan dan rasa kuah yang dimasak menggunakan ikan segar. Ini sekali gus memberi kesempurnaan rasa Laksa Johor apabila dimakan bersama spaghetti dan ramuan-ramuan lainnya. Tidak dinafikan memang boleh buat kita makan berselera apatah lagi buat penggemarnya.
Bercerita lanjut tentang rahsia menyediakan kuah laksa yang sedap, sebenarnya pemilihan jenis ikan juga memainkan peranan utama. Ini sebagaimana menurut perkongsian Puan Fatimah Ali
, hanya dengan menggunakan ikan tenggiri, kembung atau selar mata besar sahaja yang akan memberi rasa kuah Laksa Johor menjadi lebih enak.Bahkan turut dikongsikan olehnya resipi lengkap dan bolehlah dicuba untuk memasaknya dan seterusnya dinikmati bersama keluarga tercinta.
RESIPI LAKSA JOHOR IKAN TENGGIRI
BAHAN :
1 kg ikan- Ikan yang sedap untuk kuahnya adalah ikan tenggiri, kembung atau selar mata besar. Bersihkan, rebus dengan asam keping. Kemudian asingkan isi dan blend bersama air rebusan. Ketepikan
Satu paket spaghetti- Rebus dengan sedikit minyak. Bila sudah siap tos dan gulungkan.
BAHAN KISAR UNTUK KUAH :
15 tangkai lada kering
6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
Udang kering segenggam
2 peket kecil rempah kari
2 batang serai -dititik
2 keping asam keping
2 peket kecil kerisik
2 kotak kecil Santan
2 kuntum bunga kantan- potong 4
Daun kesum, selasih, pudina
Garam,gula,perasa
CARA-CARANYA :
1.Blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.Ketepikan.
2.Panaskan minyak, masukkan serai
3.Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak
5.Gaul rata dan kemudian masukkan isi ikan
6.Masukkan Asam keping, bunga kantan, daun kesum
9.Bila sudah siap boleh makan dengan hirisan timun,tauge,hirisan bawang,bunga kantan,daun selasih, pudina dan sambal belacan.
RESEPI SAMBAL BELACAN :
Cili hidup merah,hijau anggaran 10 biji
Segenggam cili padi
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan
Cara Buat :
1.Semua ni digoreng dengan minyak sedikit
2.Kemudian blend semua dengan sedikit air suam
3.Perasakan dengan gula, perasa atau garam. Saya tak letak garam sebab belacan sudah masin.
4.Perahkan dengan limau Kasturi.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club