Umumnya bila kita menyediakan hidangan laksa untuk keluarga, selain kita perlu memasak kuah laksa yang pekat dan enak, proses merebus mi laksa juga harus dilakukan dengan sempurna agar lembut dimakan.
Pun begitu, untuk merebus laksa kering akan mengambil masa yang lama.Tetapi andai digunakan teknik kukus, proses memasak mi laksa lebih mudah dan pantas.
Ini sebagaimana perkongsian pengalaman daripada dua wanita ini. Menurut mereka cara ini bukan sahaja cepat malah banyak lagi keistimewaan lain berbanding jika direbus.
Ingin mengetahui lanjut, ikuti perkongsian daripada Nor Fazura Asyraf via MAHN.
LAKSA KUKUS
Sejak tahu laksa kukus lagi sedap dan mudah, saya kukus je. Laksanya lebih tahan lama, tak mudah basi dan senang dimasak. Tak payah basuh dan tos dah lepas kukus. Biar je dalam periuk kukus tu.
Ads
Cara nak buat :
1.Rendam dulu untuk lembutkan kemudian basuh bersih.
2.Panaskan air dan kukus.
Ads
3. Kukus pun sekejap je berbanding rebus. Sebungkus laksa dalam 10 minit je atau sampai lembut. Sambil-sambil tu boleh kukus telur sekali bersama laksa.
Begitu juga dengan perkongsian daripada Sharifah Khairuddin melalui MAHN, menurutnya jika dikukus laksa tidak putus-putus dan tidak berair.
Ini perkongsiannya.
Harini melaksa pulak..buat kuah pekat melekat.
Ads
Carasaya nak bagi laksa tahan lama..Rendam laksa semalaman..kemudian kukus .
Laksa tak putus-putus dan tak berair.
Nak perangat laksa cuma perlu kukus je…walaupun perangat laksa tetap cantik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang perancangan kewangan keluarga, semua antara kita sedia maklum akan kepentingannya. Wang gaji atau sumber pendapatan keluarga yang diperolehi perlu diurus sebaiknya oleh suami sebagai ketua keluarga. Bahkan tidak ada salahnya bila suami turut melantik isterinya sebagai ‘Penasihat Kewangan’ dengan tujuan untuk sama-sama dapat mengurus dan merancang kewangan agar lebih teratur.
Apatah lagi bila memikirkan perlu menyediakan sumber kewangan yang secukupnya untuk pembiayaan sekolah anak-anak dari tadika hingga ke menara gading. Jika ingin dihitung, bukan suatu jumlah yang sedikit diperlukan. Begitu juga perlu berjimat dan menabung untuk membuat persiapan diri bagi menempuh waktu persaraan yang lebih selesa kelak.
Hakikatnya, apa sahaja perancangan mahupun persiapan kewangan masa kini yang kita laksanakan akan menentukan bagaimana kehidupan yang akan kita lalui kelak. Sama ada lebih memudahkan atau sebaliknya.
Ini seiring dengan pepatah Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan”. Jadi andai pula berlaku sesuatu yang tidak diingini pada diri, sekurang-kurangnya kita boleh mempersiapkan ‘bekalan’ untuk keluarga yang ditinggalkan agar mereka dapat terus dilindungi dan menjalani kehidupan tanpa perlu memikul beban kewangan akibat kegagalan kita merancang peninggalan legasi yang baik.
Rancang Masa Depan Dengan Pelan A-Life Legasi
Perancangan kewangan yang baik, bermula dengan pengurusan legasi yang betul. Menyedari akan kepentingan pengurusan legasi bagi sesebuah keluarga, AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) memperkenalkan A-Life Legasi, sebuah pelan takaful keluarga yang dapat membantu memastikan masa depan orang tersayang dilindungi melalui pengurusan legasi yang baik.
Legasi itu sendiri membawa maksud pemberian yang diwarisi daripada generasi sebelum ini. Legasi yang ditinggalkan sering kali dikaitkan dengan pengakhiran, tetapi sebenarnya, ia adalah permulaan kepada era baru yang lebih terjamin.
Hibah Ringankan Beban Keluarga Teruskan Hidup
Istimewanya pelan A-Life Legasi ini selain patuh syariah, ia memberi perlindungan terhadap kematian akibat kemalangan atau semasa mengerjakan haji atau umrah termasuk juga perlindungan hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Pelan ini bertindak sebagai salah satu kaedah pengurusan harta yang menawarkan nilai perlindungan minimum sebanyak RM350,000 dan akan membayar sehingga 6 kali ganda jumlah yang dilindungi dalam bentuk hibah kepada orang yang tersayang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Malah pelanggan juga boleh mendapatkan perlindungan hingga RM4 juta tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Fungsi hibah melalui pelan takaful ini akan menjadi legasi untuk diwarisi oleh anak-anak dan pasangan agar mereka dilindungi dari aspek kewangan dan tidak terus dibebani akibat kemalangan atau pemergian yang tidak diduga.
Berganda Wang Simpanan Dengan Akaun Legasi
Tidak dinafikan, pelan ini juga memberi peluang keemasan untuk kita meningkatkan simpanan melalui ganjaran yang berterusan dan amat rugi kiranya dilepaskan begitu sahaja. Sebagai contoh agar lebih mudah difahami berkenaan keistimewaan pelan A-Life Legasi ini; jika pelanggan mengamalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik yakni membuat caruman dalam tempoh ditetapkan, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Akaun Legasi setiap 2 tahun, pada tahun ke 20 dan pada tempoh sijil matang.
Di samping itu, sekiranya pelanggan berkahwin, menimang cahaya mata, bersara atau mencapai peringkat kehidupan lain, sehingga 50% daripada jumlah Akaun Legasi yang terkumpul akan dibayar kepada pelanggan.
Amal Jariah Bekalan Akhirat
Satu lagi keunikan pelan A-Life Legasi ini adalah ciri amalnya yang menyediakan saluran mudah kepada para pelanggan untuk menyumbang dan menginfaqkan faedah Takaful secara berterusan kepada komuniti dan golongan yang memerlukan.
Pelanggan boleh memilih untuk menyertakan manfaat tambahan (rider) A-Plus Infaq kepada pelan asas A-Life Legasi dan berkongsi legasi yang dibina bersama badan-badan amal pilihan pelanggan atau rakan amal rider iaitu Mercy Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Ini bermakna andai pelanggan meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal, amaun perlindungan rider akan disalurkan terus kepada badan amal tersebut tanpa memerlukan bantuan pihak luar.
Dengan adanya pelan menyeluruh seperti A-Life Legasi ini, ia bukan sahaja memudahkan kita untuk membuat persiapan kewangan yang mantap untuk diri dan tersayang, bahkan secara tidak langsung dapat membantu kita memungut saham akhirat melalui sedekah jariah kepada masyarakat.
Apa yang penting adalah kita perlu niat dan berusaha untuk melakukan yang terbaik sebelum berserah kepada ketentuan Ilahi. “Usaha dengan Takaful, Pelengkap Tawakal Anda”
Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Legasi dan A-Plus Infaqserta penyelesaian dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC Takaful, layari:
Peningkatan jumlah pesakit covid-19 yang semakin menggerunkan angka kenaikannya kini, pasti membuatkan kita cemas dan bimbang dengan setuasi semasa.
Apatah lagi andai keluarga kita tinggal di zon kuning dan merah. Kebarangkalian berlakunya kontak rapat dengan pesakit mungkin terjadi.
Jadi adalah lebih baik memahami dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan kontak rapat itu sangat penting.
Kefahaman yang jelas dan tepat dapat setidak-tidaknya untuk kita berjaga-jaga dan tahu apa prosedur seterusnya harus segera dilakukan.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari doktor ini.
Wabak Covid-19 semakin parah.
Walaupun tinggal di zon kuning dan merah, masih ada yang tak faham apa maksud Kontak Rapat dan apa prosedur yang perlu dilakukan pada setiap generasi jangkitan.
Kontak rapat itu maksudnya ialah:
1) Ahli keluarga serumah atau ahli dari kumpulan kecil yang sama dengan pesakit positif Covid-19. (tidur/makan bersama)
2) Bersemuka lebih 15 minit dalam jarak kurang 1 meter (dalam ruang tertutup) dengan pengidap Covid-19.
3) Tidak bersemuka tapi berada bersama dalam bilik berpenghawa dingin tertutup lebih dari 2 jam.
4) Menaiki kenderaan yang sama dalam jarak 2 kerusi lebih dari 2 jam dengan pengidap Covid-19.
5) Tinggal serumah dan berkongsi peralatan rumah dengan kes Covid-19.
6) Staff kesihatan yang terdedah pada pesakit Covid-19 tanpa memakai peralatan PPE.
7) Bekerja bersama dengan staf kesihatan yang dijangkiti Covid-19.
8 ) Melawat atau berada dalam bilik tertutup bersama pesakit covid-19.
Jika anda termasuk dalam kategori di atas ni, maknanya anda ialah kontak rapat.
Bersalam tangan dengan pesakit positif Covid-19 tak dikira kontak rapat. Tapi dikira sebagai “Casual contact”.
Kalian terus saja ke pusat saringan Covid-19 di negeri masing-masing sebab kontak rapat wajib disaring.
Perkara ni pun boleh kita kongsikan secara santai dengan anak-anak kita. Kita semua akan hidup lama bersama dengan virus ni.
Saya minta kawan-kawan tolong sebarkan info berguna ni pada orang lain. Biar lagi ramai orang yang tahu.
Rezeki untuk bertemu dan beramah mesra dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup mesra menjadi detik terindah buat seorang ibu hamil, Nor Asmalina Abdullah.
Tanpa diduga, niat untuk menyapa Permaisuri dan bergambar bersamanya disambut baik oleh Permaisuri kesayangan ramai ini.
Menerusi video yang tular, kelihatan Permaisuri yang sedang berjalan di sebuah premis didekali wanita ini yang menyuarakan hasratnya untuk bersalam.
Mendengar permintaan itu, Raja Permaisuri Agong yang sememangnya begitu dikenali dengan keramahan dan kemesraannya segera mendekati ibu mengandung berkenaan dan bersalaman.
“Mengandung ke ni? Kadang-kadang orang tu gemuk, saya kata mengandung… malu.
“Berapa bulan ni, enam bulan?” tanya Tunku Azizah sambil mengusap-usap perut wanita itu.
Dalam pertemuan singkat itu, paling yang tidak disangka Asmalina adalah Tunku Azizah berkenan mengusap perutnya yang bakal menimang cahaya mata perempuan pertama.
“Apabila tuanku pegang perut saya, siap dapat teka usia kandungan enam bulan, memang saya tak terkata. Tapi saya percaya tuanku ada naluri keibuan dan mempunyai ramai putera dan puteri, jadi baginda meneka berdasarkan pengalaman,” katanya.
Apa yang lebih menarik lagi, Asmalina yang menganggap pertemuan ini sebagai rezeki anak, dia dan suami mahu menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Permaisuri.
“Mulanya, netizen yang mencadangkan nama anak sempena nama tuanku. Saya dan suami pun belum lagi terfikir letak nama sebab masih terlalu awal.
“Tapi rezeki ini membuatkan kami bercadang untuk menamakan nama anak perempuan ini dengan nama Azizah Aminah sempena nama tuanku.
“Kebetulan anak lelaki saya ada huruf ‘AA’ iaitu Ayyash Anaqi, jadi sesuai juga ada ‘AA’ untuk anak kedua ini. Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya lagi yang begitu teruja dengan pertemuan itu.