
Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti kita membanyangkan banyak tarikan dan keindahannya termasuk makanan.
Terletak di barat laut Semenanjung Malaysia, Pulau Mutiara ini, dikatakan ‘syurga’ makanan.
Selain terkenal enakkan nasi kandar, di Pulau Pinang juga menawarkan pilihan begitu banyak makanan jalanan yang menyelerakan.
Menarik perkongsian akaun Tiktok milik Bella Waverly yang telah berkunjung ke sebuah kedai Mamak yang menghidangkan roti canai, Gemas Road Broathers, Pulau Pinang.
“Wow! No mesin money! Pejam mata aje kira2.. laju weii.”
Apa yang menarik paparan video menyaksikan, seorang kakitangan kedai berkenaan membuat kira-kira untuk bayaran makanan tanpa menggunakan mesin duit. Namun kadang kala memerlukan pertolongan teman sekerja menggunakan kalkulator untuk jumlah bayaran yang besat.
INGATAN YANG KUAT
Malah, lelaki berkenaan kelihatan mempunyai ingatan yang kuat apabila setiap pelanggan akan menyebut makanan yang dimakanan. Manakala dia akan mengira dengan pantas dan laju sambil memejam mata.
Hanya berdiri dan bertanya pelanggan apa yang dimakanan. Lancar, jelas dan yakin. Nyata bukan calang-calang lelaki ini boleh berbuat demikian.
Situasi ini membuatkan ramai pelanggannya terutama pelanggan dari luar Pulau Pinang mengambil video dan gambar di kedai unik itu.
Sumber: Bella Waverly
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Viral Anak Kak KM Usia 2 Hari Tumbuh Gigi, Rupanya Satu Dalam 2000, Dr Ini Jelaskan Sebabnya.

Tular video anak usahawan kontroversi Kak KM yang baru berusia dua hari telah dikatakan mempunyai gigi.
Bayi berkenaan juga merupakan cucu kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri. Kak Kam atau nama sebenarnya Nor Liana Rosli meluahkan rasa syukur dengan anugerah itu yang dikatakan membawa tuah.
Memilih nama Cinta Carissa untuk bayi barunya yang dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg. D


*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Already 59cm. Tingginya Anak Mummy!” Zahirah MacWilson Kongsi Ketinggian Anak, Warganet Teruja Nak Tengok Wajah Bayi.

Bergelar ibu buat pertama kali pastinya membuatkan selebriti popular Zahirah MacWilson begitu teruja melalui momen indah bersama cahaya mata pertama.
Sehingga saat ini, wajah dan nama anak lelaki sulung hasi perkahwinannya bersama Aiman Hakim, masih dirahsiakan.
Peminat kedua pasangan ini sabar menanti sejak bayi dilahirkan sejak awal Januari tahun ini.
CEPATNYA TINGGI!
Terbaru menerusi instastori Zahirah berkongsi kegembiraan mengenai ketinggiannya anak lelakinya.
Menurutnya dalam tempoh 6 minggu anaknya kelahiran anaknya meningkat dengan cepat sebanyak 8cm.
Dalam pada itu, Zahirah tetap berkongsi bayi namun masih tidak menampakkan wajah bayi berkenaan.
TAK SABAR NAK LIHAT BABY DIMPLE
Menerusi sebuah instagram, peminat melahirkan rasa teruja untuk melihat wajah bayi kedua pasangan ini selain memuji ketinggian bayi.
“Like parent,like son mommy and daddy kan tinggi so baby dimples pun kena tingg.”
“model like mommy.mommy n daddy tinggi.”
Sumber: Instagram zahirahmacwilson dan Zahirahhaimann
Jika Berlaku Kematian Dalam Ahli Keluarga Terdekat, Jangan Cemas, Wajib Ikut Langkah Ini Untuk Lancarkan Semua Proses!

Kematian adalah ketentuan Allah SWT. Sesiapapun tidak mampu menentukan bila dan di mana kita bakal dijemput panggilan Ilahi.
Sebagai hamba-Nya wajib untuk kita membuat persediaan menghadapi kematian ini. Paling utama sudah tentu amalan namun tak kurang penting adalah cara menguruskan kematian.
Ini kerana ramai yang tidak tahu apa perlu dilakukan bila ada kematian terutama jika melibatkan ahli keluarga terdekat dan berlaku di rumah sendiri. Sebagai panduan perkara berikut perlu kita tahu.
Persediaan Sebelum :
Simpan nombor telefon ahli jawatankuasa masjid.
Boleh juga ambil tahu nama-nama AJK masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka.
Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.Ini bagi memastikan bayaran pengurusan jenazah dari awal
seperti urusan memandikan, mengkafankan sehinggalah selamat dikebumikan, boleh didahulukan oleh pihak masjid.
Persediaan Selepas Berlaku Kematian:
1. Jangan cemas. Bertenang hadapi kematian.
2. Maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah.
3. Hubungi saudara mara dan ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan kematian.
4. Sementara itu, pejamkan kedua-dua mata arwah dan ikat kedua-dua rahangnya menggunakan kain agar mulutnya tidak terbuka.Sapu
sedikit minyak bayi di kelopak mata arwah untuk melembutkannya dan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
5. Begitu juga dengan setiap tulang-tulang sendinya.Sapu sedikit minyak pada kedua-dua siku untuk lembutkannya kemudian letakkan
kedua-dua tangan di atas perut.
6. Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya agar ia tidak kelihatan kembung.
7. Disunatkan agar ditanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain yang nipis.
8. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.
9. Letakkan jenazah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai seperti di atas tilam serta menghadapkannya ke arah kiblat.
10. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh jika kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
11. Dapatkan pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
12. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
13. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
14. Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.
INFO EKSTRA!
Terdapat dua perkara yang perlu diambil perhatian oleh ahli waris jika si mati meninggalkan harta. Pertama adalah membersihkan
harta peninggalan si mati dan kemudian mengenalpasti siapakah mereka yang layak menerima harta warisan si mati.
Sebelum harta warisan diagih-agihkan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dari perkara-perkara yang masih diperlukan atau
mempunyai kewajipan ke atas si mati. Perkara tersebut ialah:
– Menolak perbelanjaan penyelenggaraan dan pengkebumian jenazah. Contohnya membeli kain kafan, menggali kubur, sewa kereta
jenazah, upah kepada yang memandikan dan sebagainya.
– Menyelesaikan hutang si mati sama ada hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia. Contoh hutang kepada Allah adalah seperti
kifarat, nazar, haji dan lain-lain yang belum sempat ditunaikan oleh si mati.
– Melaksanakan wasiat si mati. Wasiat mestilah dipastikan tidak melebihi 1/3 daripada harta
– Tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian perlulah di nilai dan dikembalikan kepada pasangan si mati atau mereka yang
mempunyai kepentingan terhadap sesuatu harta atau asset yang ditinggalkan.
– Selesai keempat-empat urusan di atas, barulah baki harta boleh di agih-agihkan kepada ahli waris yang berhak.
Sumber: Blog Ustaz Saifudin & Kewangan Islam