Lain Rupanya Briyani Malaysia Dengan Pakistan! Wanita Ni Ajar Step By Step Cara Buatnya

Share

Rupanya lain tempat lain jenis nasi Briyani.. Selalu yang kita makan ni Nasi Briyani orang Malaysia, apa kata ada masa lebih nanti cuba nasi Briyani negara Pakistan pula! Bila sekali buat dah sedap, nanti boleh la buat untuk jamu orang datang rumah. Masak sedap orang puas hati. Kan? Jom tengok caranya yang diajar oleh wanita bernama Jaja Razali ini, hasil dia belajar bersama keluarga mentua dari Pakistan. Wahhh, sudah tentu padu!

Resepi Nasi Briyani Pakistan. Hasil belajar dengan in law dari Pakistan.

PERBEZAAN BRIYANI PAKISTAN & BRIYANI MALAYSIA

Apa beza dengan Briyani Malaysia?

1. REMPAH DARI PAKISTAN MENGHASILKAN RASA YANG BERBEZA
Briyani Pakistan guna rempah dari Pakistan. Rasa memang berbeza dengan Briyani Malaysia. Ada jual di shopee jenama Shan atau National, selalu guna 2 brand ni saja.

2. CARA MASAK BERAS DENGAN GRAVY BERASINGAN


Briyani Pakistan kena masak beras dengan gravy asing asing lepastu layer dalam periuk.

Kalau yang masak gravy lepastu masuk beras masuk air masak semua sekali tu yang tu panggil Nasi Pulao bukan Nasi BRIYANI.

RESEPI NASI BRIYANI PAKISTAN ASLI:
Cara nak buat, anggaran 4-5 orang makan.

1. GRAVY

Ni kalau masak gravy ayam.

BAHAN-BAHAN:
6 biji bawang size sederhana.
1 ekor ayam atau 2kg daging/kambing.
1/2 cawan minyak.
1 packet rempah Briyani Pakistan.
5 cabai hidup.
Garam.
2 biji tomato size besar.
1/2 cawan yogurt.

CARA MASAK GRAVY:

Ni kalau masak gravy kambing.

1. Panaskan minyak, goreng bawang sampai perang.

2. Masuk tomato, goreng sekejap dalam 5 minit sampai naik bau.

3. Masukkan ayam/kambing biar 5 minit.

4. Masukkan yogurt, garam dan rempah briyani. Biar pada api slow, sampai ayam/kambing lembut dan naik minyak.

5. Last masukkan cabai hidup, biar few minutes.

2. CARA MASAK NASI

1. 3 cawan beras basmati (rendam 20 minit).

Air memang banyak takpe. Beras Basmati ni dia tak lembik macam beras berkanji.

2. 3 liter air didihkan dengan

Cumin seeds (1 teaspoon).
Black paper (1 teaspoon).
Cinamon stick (1 stick).
Cadamom (1 tablespoon).
Salt (4 to 5 tablespoon).

Gambar kiri, nasi dah masak. Gambar kanan, rupa beras 3/4 masak.

3. Bila mendidih masukkan beras dan biar sampai nasi 3/4 masak. Anggaran 10 minit. Tapis dengan penapis letak sebelah.

LANGKAH TERAKHIR GABUNGKAN KESEMUANYA!

1. Dalam periuk yang besar, masuk satu layer Nasi yang 3/4 masak tadi. Letak pewarna kuning/safron. Kemudian letak layer ayam/kambing.

(Siapa ada Le Cruset time ni la nak guna. Tapi Bila balik kampung dekat Pakistan, depa masak dalam periuk tanah liat je bau harum semerbak. Moral of the story periuk mahal tak menjamin kesedapan makanan. Makanan yang sedap perlu dimasak dari hati turun ke tangan. Betoi dak?)

2. Layer kedua ayam/kambing, letak layer ketiga pulak nasi atas dia letak lagi pewarna/safron. Ulang 2/3 layer, tutup periuk, masak 5 minit atas api sederhana dan 10-minit api paling slow.

3. Layer atas sekali. Atas ni boleh la kalau nk tambah telur rebus ke, gajus, kismis, bawang goreng…  Dah masak, gaul la nasi tu sebelum hidang.

BOLEH DIMAKAN BERSAMA RAITA / AIR ASAM BANJAR

Gaul dulu dengan lemah lembut sebelum hidang.

Boleh makan bersama Raita atau kalau makan dengan Air Asam Banjar pun sedap, especially kalau buat guna daging.

Try la! Sama ke tak dengan Nasi Briyani Pakistan, lain orang masak lain rasa dia. Nak tau rasa sebenar nasi BRIYANI Pakistan macam mana, korang boleh ikut trip sis pergi North Pakistan.

Hari-hari boleh makan Briyani. 8 hari makan Briyani, balik Malaysia boleh ingat dah macam mana rasa dia. Bila try buat tau la jadi ke tak. Mohon like page travel jaja JaJa-ToUch.

Nak share resepi ni or nak guna untuk meniaga ke, ambil je. Sedap tau Briyani Pakistan ni. Sis buat untuk jamuan raya office suami sampai termimpi-mimpi lah depa dok tanya bila nak dapat makan lagi.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Jaja Razali via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)