Keadaan ekonomi yang tak stabil telah membuatkan ramai antara kita mengambil langkah berjimat cermat untuk perbelanjaan isi rumah.
Oleh itu, ramai yang mencari kedai yang menawarkan harga yang murah. Biarpun ada pro dan kontra mengenai harga murah dari sudut kualiti dan ketahanan jangka masa panjang. Apa yang pasti, setiap antara kita punya rezeki yang berbeza dan syukur nikmat seadanya.
Begitulah coretan mengenai hal ini. Ikuti perkongsian wanita ini. Moga kita istiqomah dalam menjalani kehidupan dengan kehidupan seadanya.
Hari ini masa beli barang….
Saya dengar seseorang ketawakan temannya yang bercadang nak ke kedai Eco.
” Pakai sehari….punahhhh .Baik beli yang mahal sikit berbaloi “
Sengih saja si teman bila dikritik.
Sepatah pun tak dibalasnya.
Hati saya pula rasa nak menjawab
Tapi saya cepat – cepat berlalu.
Dunia ni….
Lain orang lain rezekinya
Saya teringat kata – kata seorang sahabat
” Aku bersyukur sangat ada kedai rm2.
Kalau barang anak hilang, tak lah rasa mahal sgt nak pergi beli baru.Hilang stoking, boleh lah beli di kedai RM2, beli di tempat lain paling murah RM 5 .”
Saya akui….tak semua barangnya tahan lama
Tapi ia telah membantu ramai orang di luar sana.
Ia telah menghiburkan banyak hati yang selama ini tak berpeluang merasa shopping satu bakul
Tapi kedai RM 2 ini telah memberi perasaan itu kepada mereka.
HARGA MURAH HIBURAN BUAT KELUARGA.
Anak yang tak pernah dpt mainan,
Akan dapat paling tidak satu mainan bila ke kedai RM 2
Rumah yang tak pernah dihias, dapat juga letak sebuah pasu comel dengan harga RM 2.
Anak yang tak pernah ada pensil warna besar,
Ada juga merasa bawa pensil warna besar ke sekolah
Inilah hiburan ….
Hiburan yang kita tak nampak kerana kita sudah ada semua.
Jadi….jangan hina mereka yang suka ke kedai RM2.
Saya juga antara pengunjung setia
Mana yang boleh dibeli di sana, saya akan beli.
Buat apa bayar harga pasu RM 10 di luar jika di sini boleh dapat dengan harga RM 2 kan?
Apa pun….
Ini adalah pilihan kita.
Jika tak suka,
Diam jangan mengata.
Takut nanti semua harta yang kita ada direntap semula.
Entah esok lusa ,kita pula yang setiap hari berkunjung ke sana.
Sumber: Reyna Ibrahim