Menggunakan halia dalam bahan masakan adalah perkara biasa kita lakukan. Jika tidak dihiris halus, halia akan dikisar lumat untuk dijadikan pelengkap ramuan masakan kari, rendang dan sebagainya.
Malah ada juga halia diproses menjadi serbuk untuk memudahkan kita menyediakan air minuman berherba.
Namun tahukah anda, perbezaan cara pengambilan halia ini sebenarnya juga mempengaruhi kandungan khasiatnya. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari Dr Suri Roowi ini.
KHASIAT HALIA BERBEZA-BEZA MENGIKUT JENIS DAN CARA PENYEDIAANNYA
Kajian saintifik menunjukkan HALIA SEGAR boleh kurangkan demam. Ia disebabkan oleh kehadiran bahan zingiberene yang boleh menghalang jangkitan virus selain bersifat antibakteria dan antitumor. Kajian oleh Amerika Pain Society pada tahun 2010 menunjukkan halia boleh mengurangkan sakit otot akibat ‘exercise’ yang berlebihan.
Selain itu, HALIA SEGAR membantu masalah rheumatoid athritis, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengatasi masalah ‘gastric’.
Jika HALIA segar di MASAK, bahan berkhasiat dalam halia segar (yang dikenali sebagai gingerol) akan membentuk bahan berkhasiat lain yang dikenali sebagai zingeron. Zingeron boleh bantu kawal berat badan.
Kandungan gingerol paling tinggi dalam HALIA BARA diikuti HALIA BENTONG dan HALIA MAKAN. Kajian oleh Saintis UPM mendapati halia bentong dan halia bara yang di simpan dalam ‘chliller’ pada suhu 5C masih menunjukkan kuantiti khasiat yang tinggi walaupun telah disimpan selama 4-8 bulan
Apabila dikeringkan dan dikisar jadi HALIA SERBUK, bahan gingerol akan bertukar kepada shogaol.
Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol (bahan dalam halia segar).
Bahan shogaol boleh bertindak sebagai antioksidan dan boleh bertindak sebagai ubat batuk.
Shogaol juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merencatkan pertumbuhan kanser ovari dan kanser usus besar.
Kajian oleh Saintis India, HALIA SERBUK juga membantu penyerapan zat besi dan bagus untuk masalah anemia
Ambillah halia ikut teknik penyediaan yang betul
Rujukan
a. Ubat Dari Dapur b. The Journal of Pain, Vol 11, No 9 (September), 2010: pp 894-903
c. International Food Research Journal 17: 335-347 (2010)
d. Indian Journal of Traditional Knowledge (2012) 11:78-82
Sumber : Dr Suri Roowi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club