“Lahirnya Bayi Yang Bakal Jadi Ketua Suatu Hari Nanti.” Isteri Selamat Bersalin, Alam Wakaka Timang Anak Lelaki!

Share

Penari profesional, Alam Wakaka berkongsi berita gembira selepas isterinya, Nurul Alisya Najwa selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram pemilik nama sebenar, Muhamad Haslam Abdul Rahman.

Dia melahirkan rasa syukur kerana isteri dan anak lelakinya itu kini berada dalam keadaan yang stabil tanpa sebarang komplikasi.

Assalamualaikum dunia. Syukur ke Hadrat Illahi. Alhamdulilah segala puji milik Allah. Hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti.

“Keadaan Alisya dan bayi stabil terima kasih pada doktor dan nurse yang sangat baik memberi layanan yang terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua,” tulisnya menerusi kapsyen.

Alam turut menzahirkan penghargaan kepada doktor dan petugas hospital yang telah merawat serta menjaga isteri dan anaknya itu dengan baik.

Malah, juara program So You Think You Can Dance musim pertama ini berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.

Dalam perkongsian Alam sebelum itu, dia memaklumkan isterinya itu bakal menjalani prosedur pembedahan bagi melahirkan cahaya mata sulung mereka itu.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumahtangga mereka pada tanggal 7 Mac 2021.

Sumber: alamwakaka


ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak

ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak

Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club