Penari profesional, Alam Wakaka berkongsi berita gembira selepas isterinya, Nurul Alisya Najwa selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram pemilik nama sebenar, Muhamad Haslam Abdul Rahman.
Dia melahirkan rasa syukur kerana isteri dan anak lelakinya itu kini berada dalam keadaan yang stabil tanpa sebarang komplikasi.
“Assalamualaikum dunia. Syukur ke Hadrat Illahi. Alhamdulilah segala puji milik Allah. Hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti.
“Keadaan Alisya dan bayi stabil terima kasih pada doktor dan nurse yang sangat baik memberi layanan yang terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua,” tulisnya menerusi kapsyen.
Alam turut menzahirkan penghargaan kepada doktor dan petugas hospital yang telah merawat serta menjaga isteri dan anaknya itu dengan baik.
Malah, juara program So You Think You Can Dance musim pertama ini berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.
Dalam perkongsian Alam sebelum itu, dia memaklumkan isterinya itu bakal menjalani prosedur pembedahan bagi melahirkan cahaya mata sulung mereka itu.
Kanak-kanak biasanya ‘belajar’ perkataan yang tidak elok dari sekeliling seperti mencarut, menyumpah atau kata-kata yang negatif. Bila sebut sekeliling, bukan sekadar dari orang dewasa, bahkan ia termasuklah daripada rakan sebaya, TV dan internet, atau jika yang sudah pandai membaca, boleh jadi daripada bahan bacaan.
Kadang-kadang kita ibu bapa risau, sedaya upaya menjaga perkataan yang disebut di rumah dengan perkataan yang baik. Tetapi, kita terkejut bila tiba-tiba terpacul dari mulut si kecil seperti bodoh atau kata-kata kesat yang lain. Kalau ada saudara mara yang terdengar, kita yang malu.
Kita pun mungkin tuduh sesiapa mungkin perkataan itu dari taska atau tadika, mungkin bila bawa main ke taman permainan dan mendengar dari kanak-kanak lain yang bermain di tempat yang sama.
Ini adalah sifat semula jadi manusia untuk belajar berkomunikasi dengan mendengar perbualan dari sekeliling, kemudian perbendaharaan kata mereka pun bertambah (vocab) dan tadaaaa, mereka pun boleh turut sama berbual.
ANAK SEAWAL DUA TAHUN BOLEH TAHU 1 PERKATAAN TAK ELOK!
Kajian dari Stanford Universiti di bawah pakar bahasa, Melissa Mohr ada menyatakan dalam setiap bahasa, ada lebih kurang 0.7% perkataan berbentuk ‘swearing’ yang mana perkataan ini lebih banyak dituturkan di dalam perbualan harian. Melissa juga menekankan kaitan yang significant kenapa kanak-kanak boleh tahu sekurang-kurangnya satu perkataan yang tidak elok pada umur 2 tahun!
Sebab pada umur bawah 3 tahun, Montessori merujuk otak kanak-kanak di bawah unconscious mind. Mereka akan serap apa sahaja dan mendengar apa sahaja yang berata di sekeliling. Di dalam Islam, umur begini kita kata kan belum mumayyiz iaitu tidak tahu membezakan yang mana baik dan buruk sehingga umur 6/7 tahun.
Jadi, kenapa kanak-kanak cakap perkataan yang tidak baik?
Sebab mereka tak tahu. Benar, mereka tak tahu pun perkataan yang dia tiru adalah perkataan yang tidak baik. Mereka hanya memerhati dari sekeliling (atau menonton), perkataan yang digunakan dengan situasi-situasi tertentu. Oh, bila berlaku situasi begini, kena sebut perkataan ini.
Mereka tidak akan tahu menggunakan perkataan tersebut kalau orang sekeliling tidak menggunakan. Mereka pun kadang-kadang bereksperimen dengan perkataan yang digunakan itu betul atau tidak dalam pelbagai konteks dan situasi. Adakah perkataan itu perkataan yang kelakar, atau menarik perhatian, atau buat orang lain sedum dan marah?Mereka cuma tak tahu.
BEHAVIOR MODIFICATION
Kita dibiasakan dengan kaedah ‘behavior modification’ iaitu untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak, kita perlukan sesuatu seperti reinforcement (pengukuhan/peneguhan) dan punishment (hukuman). Dua-dua itu bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku yang baik, atau membuang tingkahlaku yang tidak baik.
Cuma kadang-kadang kita tersilap. Sebab ibu bapa pun panik. Kali pertama kan dengar. Kita ter ‘overreact’ dengan situasi yang terjadi.
Kalau ibu bapa terdengar anak sebut perkataan yang tidak elok, apa yang ibu bapa buat? Ya, lazimnya kita akan terus marah mereka. Atau terus melakukan proses reinforcement atau punishment.
Anak pun terpinga-pinga kena marah. Ini yang selalu terjadi.
Kredit foto: Unsplash
Ibu Bapa Jangan Hanya Marah, Pukul, Ada Cara Yang Perlu Dibuat
APA YANG KITA KENA BUAT?
#1 Tenang, dan bagi tahu kepada anak yang perkataan itu tidak elok dan tidak boleh digunakan. Bagi pilihan perkataan yang lain yang lebih baik dan sesuai. Bagi tahu yang perkataan yang tidak elok itu sama sakitnya macam kena tumbuk or cubit.
#2 Jangan gelak! Kita mungkin kelakar sebab si kecil cakap benda yang tak elok atau salah tempat. Ingat ya tadi, mereka nak explore penggunaan perkataan either perkataan itu untuk marah ke, sedih ke, lucu ke.. Kalau kita gelak, mereka akan salah faham dan akan ulang berulangkali.
#3 Tolong check apa yang ditonton. TV ke, Youtube ke. Bukan boleh percaya sangat rancangan kanak-kanak ini.
#4 Berbalik kepada kita, tengok diri sendiri berbual bagaimana. Mungkin kita secara tak sedar tersebut depan anak ke. Berborak dekat telefon dengan kawan sambil menyumpah. Kalau perasan silap kita, cepat-cepat bagi tahu dekat anak perkataan itu tidak sesuai dan minta maaf.
#5 Kalau ada improvement, anak tak sebut perkataan yang tidak elok even dalam situasi yang sama, jangan lupa puji! Pujian merupakan salah satu positive reinforcement untuk meningkatkan tingkat laku yang baik. Ini lebih efektif.
#6 Yang paling penting, konsisten. Kalau hari ini kita tegur guna perkataan lain, esok kita biarkan dia sebut perkataan tak elok, pun tak jadi juga. Istiqamah dalam mengubah tingkah laku anak-anak. Jangan on-off bila teringat.
Tapi ingat ya, setiap anak berbeza. Maka hasilnya juga berbeza, cepat atau lambat je.
Walaupun sudah hampir setengah tahun, masih sempat lagi untuk didik diri menabung.Kepada yang belum start lagi, boleh cuba cara wanita ini buat.
Strategi wanita ini menabung memang menarik. Menggunakan konsep tabung tunggang terbalik.
Nak tahu cara bagaimana caranya. Ikuti cara
HudaIdris berkongsi tip menabung cara terbalik di laman facebooknya supaya menjadi inspirasi buat semua.
TIPS MENABUNG TUNGGANG TERBALIK
Kalau namanya susah nak menabung, selagi tak start memang sampai bebila la tak menjadi kan.
Anak-anak tengah membesar ni sedang elok la kita ajar menabung. Sesikit tetiap hari pun takpe. Lelama nanti banyak jugak kan.
Mak pak plak meh mama share tips menabung cara tunggang tebalik ni ha. Sebulan boleh dapat RM465 tau. Manyak tuuuu.
Sedang elok la minggu ni ada yang dah gaji kan. Time tengah berduit ni lagi bagus kalau kita mula selagi belum lupa daratan dan lautan nyopping sana sini. Hehe.
Buat jadual macam dalam gambar ni. Contoh bulan Nov 2018. Bulan Nov kan ada 30 hari. Belah kiri letak tarikh, tengah jumlah duit, hujung tu column untuk tick setiap kali dah masukkan duit dalam tabung.
Alaa, botol kuih raya aritu kan banyak. Guna je botol tu buat tabung. Apadehal. Haha
Tetiap hari jangan miss masuk duit ikut jadual tu. Bila masuk tengah bulan pun selambe badak je nanti boleh masukkan duitnya. Ye la kan, makin hari makin sikit jumlah nak kena masukkan. Bijak takkk?
Kalau bulan tu 31 hari dapat RM496. Perghhh, sedang elok la bulan Dec nanti nak pakai duit banyak anak-anak nak sekolah tahun depan kan. Boleh la jugak buat ringan beban bayar memacam yuran sekolah anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkongsian daripada suami ini ada betulnya tentang ragam orang perempuan bila dipuji oleh suami dalam bab menyediakan hidangan.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
Isteri saya pandai memasak. Ramai yang puji masakan dia. Tapi ada satu benda yang dia buat saya tak boleh makan. Benda tu ialah sambal belacan. Saya rasa sambal belacan dia ada sesuatu yang mentah.
Saya pernah tegur dia, saya cakap kenapa sambal belacan ni rasa mentah ? Dia jawab sambil merengus, “makan jela”. Jadi selepas itu saya tak makan dah kalau dia buat sambal belacan. Saya malas nak bergaduh. Sebabnya orang perempuan ni kadangkala 10x kita puji masakan dia, dia tak nampak. Tetapi yang kita tegur sekali tu lah yang akan berkesan dalam hati dia.
Selepas anak kedua saya dilahirkan, emak saya ada datang ke Istanbul menziarahi kami. Saya minta mak saya buatkan sambal belacan. Sebab saya memang suka makan sambal belacan emak saya buat. Lepas tu isteri saya mengomel pada mak saya yang dia selalu buat sambal belacan tetapi saya yang taknak makan.
Lama juga saya fikir macam mana nak bagitahu dia yang dia sebenarnya pandai masak, cuma saya memang tak boleh makan sambal belacan dia. Pada suatu hari saya dapat idea. Saya tunggu mood dia betul-betul ok. Kami sedang bersiap sedia untuk makan tengahari. Saya pun buat-buat seperti bercakap dengan anak-anak.
“Sedapnya umi masak, bestkan dapat makan sedap hari-hari. Tapi itulah, banyak-banyak yang umi masak, cuma satu je yang abi tak boleh makan, sambal belacan yang umi buat”. Lepas dengar saya cakap macam tu, dia senyum je sambil cakap “yela nanti umi buat sambal belacan macam abi suka”.
Percaya atau tidak dialog tersebut telah berlaku pada 2 tahun lepas. Dan baru-baru ini kami ada buat majlis rumah terbuka untuk komuniti Malaysia di Istanbul. Isteri saya ada buatkan sambal belacan, dan sambal belacan yang dia buat itu sangatlah sedap tidak terperi. Kalau tak percaya boleh tanya tetamu yang hadir baru-baru ini ke rumah kami.
Bulan depan cukup ulangtahun ke 5 perkahwinan kami. 2012 kami berkahwin, 2015 saya baru jumpa ayat yang betul untuk menegur dia dan 2017 baru saya dapat merasai sambal belacan yang sangat sedap. Itulah dia namanya perkahwinan. Bukan kahwin je terus ‘happily ever after’. Ada banyak perkara akan mengambil masa. Kadangkala sangat lama. Tambahan pula jika tidak bercinta sebelum kahwin.
Itu baru satu bab, bab sambal belacan. Belum bab-bab lain. Jika orang tanya apa itu perkahwinan ? Saya akan jawab “sumpah ! Perkahwinan adalah satu perjalanan yang sangat panjanggggg!” Perkahwinan bukan seperti drama pukul 7 petang. Bukan juga seperti yang dipamerkan oleh instafemas. Kita nak bahagia bukan sahaja depan kamera tetapi juga disebalik kamera.
*Berkahwin atau tidak, bercerai jadi duda atau janda, ada anak atau tidak, yang penting kedudukan kita disisi Allah SWT.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...