Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam.
Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 830 – 930 pagi.
Ads
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Ads
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Ads
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
PENYANYI veteran Datuk Hail Amir meninggal dunia, meninggal dunia pada usia 76 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Terdahulu, anak perempuan Allahyarham, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL pada hari Isnin untuk menerima rawatan antibiotik akibat jangkitan kuman pada paru-paru tetapi Allah lebih menyayanginya.
Pada hari Ahad, rakan artis Farouk Hussain berkata bahawa Allahyarham sudah berada dalam keadaan tenat dan meminta rakan-rakan yang lain untuk menziarahi.
Berita pemergiannya itu dikongsi oleh rakan artis, Datin Salwa Abd Rahman di instastori miliknya semalam.
“Al-fatihah, Assalamualaikum dukacita dimaklumkan Hail Amir baru sahaja menghembuskan nafasnya sebentar tadi,” kapsyennya.
MENINGGALKAN KARYA SENI TERUNGGUL
Sepanjang hayatnya, Allahyarham terkenal dengan pasangan duet bersama Uji Rashid.
Antara lagu popular mereka adalah Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya menjadi dendangan ramai.
Allahyarham turut terkenal sebagai pelakon yang membintangi filem popular Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.
Selepas lebih lima dekad giat aktif dalam dunia seni, Allahyarham dikurniakan gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) iaitu Datuk pada tahun 2022.
Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Datin Safiah Ibrahim bersama empat orang anak dan lapan orang cucu.
Solat sambil buat ‘live’ di media sosial kurangkan khusyuk, pegang telefon dibenarkan. Tular di TikTok apabila seorang wanita membuat siaran langsung ketika menunaikan solat tarawih pada hari pertama Ramadan.
Solat Sambil Buat ‘Live’ Di Media Sosial Kurangkan Kusyuk, Pegang Telefon Dibenarkan
Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan wanita terbabit memegang telefon di sebelah tangannya sehingga mengundang persoalan dalam kalangan masyarakat.
Perbuatan memegang telefon ketika solat bagi membaca surah yang belum dihafal adalah dibenarkan asalkan tidak mengganggu kekhusyukan.
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, para ulama menjelaskan membaca daripada mushaf termasuk menerusi telefon dibolehkan berdasarkan amalan sebahagian ‘salaf’ yang membaca daripada mushaf ketika solat.
“Tetapi diingatkan untuk memegang telefon dengan satu tangan atau meletakkannya di tempat yang mudah dibaca adalah lebih baik daripada sering bergerak mengambil dan meletakkannya.
“Jadi, individu yang menggunakan telefon untuk membaca surah, solatnya tetap sah tanpa pergerakan banyak atau mengganggu khusyuk,” katanya bagi mengulas isu tersebut.
MOHD SUKKI BERKATA, PERBUATAN MEMBUAT SIARAN LANGSUNG DI MEDIA SOSIAL KETIKA MELAKSANAKAN SOLAT BOLEH MENGGANGGU TUMPUAN IBADAH HINGGA MENYEBABKAN IA TERBATAL.
“Dalam Islam, khusyuk adalah elemen penting ketika menunaikan solat. Jika seseorang melakukan perbuatan yang mengganggu fokus solat, ini boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah.
“Menurut pandangan Mazhab Syafie, sebarang perbuatan yang tidak berkaitan dengan solat dan mengganggu tumpuan boleh menyebabkan ibadah berkenaan terbatal,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai tindakan menanggalkan atau memakai semula cermin mata dalam solat pula, beliau berkata, ia tidak membatalkan jika pergerakan tidak melebihi tiga kali.
“Solat masih sah jika tiada pergerakan banyak dan tidak melibatkan interaksi dengan orang lain.
“Namun solat sambil bersiaran langsung boleh mengurangkan kekhusyukkan dan memberi kesan negatif kepada pemahaman masyarakat tentang adab dalam ibadah.
“Sebaiknya elakkan kerana solat adalah urusan peribadi antara hamba dengan ALLAH, bukan untuk tontonan umum,” katanya.
Jika di zaman 90-an dulu, pengangkutan awam ini paling ramai dinaiki terutamanya jika mahu ke ibu kota Kuala Lumpur. Ramai yang tidak sanggup untuk menempuh kesesakan ibu kota yang akan memakan masa perjalanan yang lama.
Namun hari ini, ramai di antara anak-anak muda tidak pernah menaikinya walaupun perkhidmatan ini menawarkan penjimatan waktu untuk ke destinasi yang dituju dengan tambang yang murah.
Mengambil peluang cuti sekolah, penyanyi dan pelakon Elyana serta suaminya, Khairul Anuar Husin telah meluangkan masa bersama keluarga menaiki pengangkutan awam perkhidmatan transit aliran ringan (LRT)
Menurut Elyana, ini adalah inisiatifnya dan suami untuk mengajar anak-anak menggunakan pengangkutan awam.
Bila terkenang semula zaman menaiki pengangkutan awam ini memang lucu. Ada yang tertinggal bas, ada yang terpaksa menapak lama kerana bas tidak kunjung tiba dan ada yang sampai kejung kaki sebab terpaksa berdiri lama.
Tapi itu semuanya adalah memori terindah yang tidak mungkin dilupakan. Muda-mudi zaman sekarang mungkin tidak dapat merasai pengalaman itu kerana terlalu bergantung pada kenderaan sendiri.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.