Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 33melabuhkan tirainya ahad yang lalu. Namun sehingga kini ia masih diperkata oleh netizen. Antara 12 lagu yang dipertandingkan, lagu yang dinyanyikan oleh Siti Sarah Raisuddin antara yang disebut-sebut memiliki kelebihan untuk memenangi anugerah pada malam tersebut.
Namun tanggapan ramai meleset bila mana gagal tersebut gagal membawa pulang sebarang gelaran.
Disebalik kekecewaan tersebut, tulang belakang dan juga penyokong kuat kepada Siti Sarah pastinya adalah suaminya, Shuib Sepahtu.
Di dalam perkongsiannya di instagram, pelakon dan pelawak ini cuba memujuk hati isterinya yang kecewa. Namun kata-kata Shuib walaupun dalam nada gurau, namun sangat sweet.
“Terima kasih diatas segala sokongan dan doa utk kami sepanjang di AJL33,,,Berada dipentas Final sudah satu kemenangan buat kami.
“Ok ibu nak tau tak apa perbezaan lagu Semakin dgn U?Lagu Semakin di CIPTA oleh Daddy,Tp Ibu di CIPTA utk Daddy…. cia!!!!!!!
“Insyaallah kita jumpa tahun depan,,,Amin… Tahniah kepada semua barisan pemenang utk AJL33,”tulis Shuib dikapsyennya.
Para pengikut Siti Sarah turut memberikan kata-kata semangat supaya tidak putus asa.
Sumber: IG shuibsepahtu