Pertandingan Piala Dunia Pastri telah dimulakan sejak tahun 1989 lagi. Dalam tempoh tersebut Malaysia yang turut serta bagaimana pun tidak bernasib baik untuk memperoleh sebarang anugerah. Termasuklah tidak pernah berjaya meletakkan nama antara Top 3.
Namun, tahun ini menyaksikan buat pertama kalinya negara Malaysia berjaya merangkul dalam Piala Dunia Pastri 2019 yang diadakan di Lyon, Perancis.
Kemenangan manis tersebut menyaksikan buat pertama kalinya lagu Kebangsaan Malaysia iaitu Negara ku Berkumandang di negara Perancis apabila pasukan negara berjaya mengalahkan 21 pasukan yang lain.
Pasukan Malaysia yang menyertai pertandingan yang diadakan pada 27 hingga 28 Januari yang lalu dipimpin Ketua Chef, Patrick Siau dari Sekolah Hospitaliti, Sunway University. Patrick Siau turut dibantu tiga lagi chef; Tan Wei Loon, Otto Tay dan Ming Ai Loi.
Menerusi kertas pemarkahan keseluruhan menunjukkan Malaysia berada di tangga teratas dengan meraih 11,904 markah untuk merangkul emas, diikuti Jepun (perak) dengan markah 11,862 selain Itali (gangsa) yang mencatat 11,083 markah.
View this post on InstagramA post shared by Coupe du Monde Pâtisserie (@cmpatisserie) on
Dalam pertandingan tersebut, setiap negara hanya diberikan masa selama 10 jam untuk menyediakan beberapa hidangan pastri
Image via Malaysia Good News
Antara hidangan itu adalah tiga pencuci mulut coklat cara Valrhona, 19 jenis pencuci mulut dan tiga pencuci mulut jenis buah beku daripada variasi capfruit.
Bukan itu sahaja, buat kali pertama sepanjang penganjuran kejohanan tersebut diadakan, kali ini penganjur menampilkan kelainan apabila setiap hidangan perlu mencerminkan gaya hidup vegetarian.
Kek yang dihasilkan pasukan Malaysia yang diukir menjadi monyet berpakaian seperti Elvis, berjaya menarik perhatian para juri dan dengan demikian, dinobatkan sebagai juara.
Pertandingan ini adalah sebahagian daripada Sirha, iaitu Pameran Katering Hotel dan Dagangan Makanan Antarabangsa di Lyon. Ia diadakan bagi meraikan seni coklat dan pakar pencuci mulut serta ais krim sempena sambutan ke-30 Coupe du Monde de la Patisserie.
Bertema Nature, Flora and Fauna, pertandingan ini juga memperkenalkan satu cabaran baru yang memerlukan setiap pasukan menghasilkan pencuci mulut 100 peratus vegan, tidak menggunakan sebarang produk berasaskan haiwan.
Pertandingan berprestij ini dianjurkan setiap dua tahun di Lyon yang bertujuan mengenalpasti bakat di kalangan Cef Pastri muda daripada seluruh dunia.
Awas, Kurus Tidak Semestinya Sihat. Kolesterol Tinggi Boleh Undang Risiko Mati Mengejut.
Anda pasti biasa dengar kan nada gurauan “I love cholesterol…” tatkala rakan atau anda sendiri mengambil makanan yang berpotensi sarat kolesterol.
Sebut pasal kolesterol, memang ramai mengetahui mengenainya. Ada yang prihatin, tidak kurang juga yang tidak ambil pusing tentang natijah pengabaiannya.
Acap kali juga golongan obes dikaitkan dengan kolesterol. Jangan pandang remeh, ‘si kedengkik’ (bertubuh kurus) pun berisiko kolesterol tinggi. Dengan kata lain, memiliki tubuh tidak gemuk bukanlah jaminan untuk terlepas daripada bahana kolesterol.
Pendapat kebanyakan pakar perubatan/kesihatan, kadar kolesterol tidak boleh diukur hanya dengan melihat tubuh secara fizikal. Kegemukan lebih melibatkan penyimpanan kolesterol pada bawah kulit. Manakala masalah berlebihan kolesterol lazimnya berkait rapat dengan pengumpulannya di dinding saluran.
Kadang-kadang pemeriksaan terhadap pesakit yang gemuk didapati tahap kolesterolnya adalah normal. Justeru, seseorang yang berasa dirinya kurus dan sihat tidak semestinya mempunyai kolesterol yang rendah.
Fenomena ini berkait rapat dengan pelbagai faktor. Meskipun begitu, tidak disangkal bahawa kegemukan boleh mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol berlebihan. Ini dikenali sebagai sindrom metabolik. Peningkatan usia dan faktor risiko penyakit kardiovaskular utama yang lain seperti diabetes dan darah tinggi turut berkait rapat dengan masalah ini.
Kandungan kolesterol yang tinggi juga ada kalanya bersangkut-paut dengan genetik individu. Namun ia bukan penyebab utama dan jarang berlaku.
Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang senaman dan pengambilan banyak makanan berkolesterol tinggi turut menjadi penyumbang.
Mati mengejut
Kolesterol merupakan suatu istilah saintifik. Ia merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dikategorikan di bawah kelompok lemak. Kandungannya yang melampau tahap normal berupaya mengakibatkan seseorang dilanda masalah kardiovaskular.
Namun kekurangannya juga meninggalkan impak pada tubuh. Acap kali dipandang negatif, kolesterol sebenarnya merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan pertumbuhan sel saraf badan.
Kolesterol boleh diperoleh daripada pelbagai sumber makanan. Antaranya kulit ayam, kuning telur, daging berlemak, santan dan makanan laut selain ikan.
Walau bagaimanapun, kolesterol dalam badan kebanyakannya dihasilkan sendiri oleh tubuh melalui proses sintesis di hati. Lantaran itu, pengambilan sumber kolesterol dari luar perlu dikawal melalui pengamalan diet yang seimbang agar arasnya tidak berlebihan.
Dalam badan manusia, kolesterol yang disintesiskan di hati akan dibawa ke dalam darah oleh lipoprotein. Kemudian lipoprotein akan membawanya ke sel-sel badan. Jika berlebihan, kolesterol ini akan mendap pada dinding arteri (salur darah). Ini akan menyebabkan berlaku penyempitan padanya dan akhirnya ia akan tersumbat.
Pemendapan kolesterol ini dikenali sebagai atheroma. Penyumbatan ini boleh berlaku pada salur darah di jantung, otak, buah pinggang, usus dan bahagian lain di seluruh tubuh. Proses penyempitan dan penyumbatan lazimnya memakan masa yang lama dan bukan cuma sehari dua. Komplikasi utama ialah penyakit jantung koronari dan strok. Keadaan ini boleh mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.
Kolesterol berlebihan dalam darah tidak banyak mempamerkan simptom. Namun, bagi segelintir individu, antara simptomnya adalah seperti kelihatan ada kumpulan lemak pada bahagian bawah kulit di sekitar kelopak mata dikenali sebagai xanthelasma.
Selain itu, ada juga yang memiliki bonjol lemak pada tempat lain di bawah kulit. Antaranya ialah di sendi tangan, siku dan pergelangan kaki. Namun, simptom ini lazimnya dialami oleh individu yang memiliki masalah kolesterol bertitik-tolak daripada faktor genetik.
Ujian paras kolesterol
Aras kolesterol boleh dikesan menerusi ujian darah sama ada disuntik pada pembuluh darah ataupun penghujung jari. Cara ini dianggap paling praktikal serta merupakan satu-satunya kaedah mengesan tahap kolesterol. Ia juga boleh dilaksanakan di mana-mana hospital mahupun klinik.
Melalui ujian darah, paras total kolesterol boleh diketahui. Pemeriksaan lebih teliti biasanya pada paras low density lipoprotein (LDL), high density lipoprotein (HDL) dan trglycerides (TG). Umumnya LDL dan TG merupakan kolesterol tidak baik. HDL pula adalah sebaliknya.
Menyentuh kaitan kolesterol dengan gaya hidup yang kurang sihat, setiap individu khususnya yang berhadapan dengan masalah ini perlu mengamalkan diet seimbang.
Senaman secara berkala juga perlu iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 hingga 40 minit. Kadar metabolisme badan akan menjadi tinggi apabila seseorang aktif dan membuat senaman. Ini membantu merendahkan kadar kolesterol khususnya dalam darah.
Selain itu, peringatan kepada si perokok, nikotin pada rokok pula bertindak sebagai pemangkin pembentukan atheroma di samping meningkatkan tekanan darah sehingga memudaratkan individu.
Kawal pemakanan
Untuk mengawal peningkatan kolesterol, . Nampak mudah, namun susah untuk diamalkan. Sesetengahnya malas untuk bersenam dan diet, sebaliknya lebih bergantung pada ubat sahaja, tetapi, perlu diketahui, ubat cuma untuk sementara waktu dan harganya pun agak mahal.
Menerusi penyelidikan, ubat memang terbukti bagus dan berkesan, namun apabila berhenti mengambilnya, potensi untuk kolesterol naik semula tidak mustahil. Justeru, beringat sebelum kena, mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Sumber: Majalah Keluarga Feb 2016
Cara Buat Laksa Beras Homemade, Mudah & Menjimatkan. Wanita Ni Kongsikan Caranya!
Siapa peminat laksa?Meh munculkan diri anda di sini. Biasanya kita asyik belajar buat resipi kuah je kan. Apa kata kali ini kita cuba pula buat sendiri laksa. Lagi puas hati nak makan.
Nak tahu caranya, jom tengok resipi oleh Natasya Addawiyah yang berkongsi resepi laksa beras homemade yang mudah, bersih, halal dan jimat.
LAKSA BERAS
Laksa pulas sendiri.. Tak penah lansung beli laksa kering/ basah di kedai. Buat makan, order dari costm memang buat mee laksa sendiri.
LAKSA BERAS
(hidangan utk 8-10 org makan)
5 cawan air di didihkan. Air panas kena betul2 panas.
½ kilo tepung beras cap teratai
3 sudu besaq tepung ubi (menggunung).
Ayak kesemua tepung. (rujuk dlm gambar)
Bila air dah jerang…tuang cket2 dulu.. Agak2 secawan dulu. Hati2 masa tuang air panas.
masukkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam adunan tepung (rujuk dlm gambar)
tepung masih panas gaul dgn senduk dulu. Da suam boleh uli dengan tangan.
kalau masih bertepung lagi tuang air panas cket2.
uli sebati sampai tak melekat di tangan.
masukkan dalam kebok @ acuan. Terus pulas atas periuk kukus.
(rujuk dlm gambar)
Kukus selama 15-20 minit.
mee laksa dah masak angkat periuk kukus tuang mee laksa ke dlm besen yg telah isi air. Biarkan sekejap 10 minit ke dlm air.
Angkat & tapis
siap di hidangkan dgn kuah laksa & sayur mayur.
Selamat mencuba…
Tak Tahu Cara Yang Betul Nak Beli Alat Bacaan Tekanan Darah, Ikuti Panduan Dr Ini.
Memiliki tahap kesihatan dan kecergasan diri yang baik bukan mudah.
Menjaga pemakanan serta gaya hidup yang sihat akan memberikan banyak manfaat kepada kita.
Bagi yang menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi harus tahu cara untuk mengawalnya ia termasuk memantau tekanan darah.
Biasanya pesakit perlu membeli alat untuk memeriksa tekanan darah secara konsisten.
Kebiasaannya alatan ini ada dijual di pasaran, namun sebagai pengguna pastinya keliru untuk memilih yang terbaik.
Nak tahu cara yang betul memilih alat tekanan darah, anda boleh jadikan penjelasan pegawai perubatan ini sebagai panduan.
Tekanan darah tinggi
Ikuti panduan daripada pegawai perubatan ini, Mohd Syamirulah Rahim
Penyakit darah tinggi merupakan penyakit yang biasa kita dengar. Mengikut laporan National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2019, tiga dari sepuluh rakyat Malaysia, menghidap penyakit darah tinggi. Ia bersamaan dengan hampir 6.5 juta orang!
Saya selalu ceritakan kepada pesakit saya – penyakit hypertension ini, penyakit yang tidak berlaku semalaman. Tidak ada pesakit hypertension yang, apabila dia bangun pagi, “eh aku rasa aku ada darah tinggi lah hari ini!”.
Proses untuk penyakit darah tinggi wujud, merupakan sebuah proses yang berterusan dan mungkin telah bermula sejak bertahun yang lalu. Kombinasi pelbagai faktor yang kita boleh bahagikan kepada faktor yang boleh diubah (pola pemakanan, aktiviti fizikal, stress harian) dan faktor yang tidak boleh diubah (kecenderungan genetik, jantina dan usia) memainkan peranan bagi penyakit ini wujud.
Dan saya juga selalu ceritakan kepada pesakit saya, penyakit darah tinggi ini lazimnya tidak mempunyai simptom yang spesifik, tambah-tambah di peringkat fasa awal kewujudannya.
Simtom seperti sakit kepala, adalah simtom yang sangat umum. Ramai orang yang menghidapi darah tinggi, tidak sedar mereka sebenarnya ada darah tinggi, dan hanya dikesan melalui pemeriksaan untuk penyakit lain; eg masuk wad kerana kemalangan, kemudian baru tahu rupanya ada darah tinggi ketika dirawat di wad.
Kerana itu kita menggalakkan orang awam, untuk kerap membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan, bagi orang dewasa yang sihat tubuh badan, kita galakkan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Pemeriksaan kesihatan ini penting untuk kita buat “Saringan”. Saringan bermaksud, kita kesan penyakit sebelum wujudnya simtom, supaya rawatan awal dapat diberikan.
Selalunya, berikut adalah perspektif doktor kita merawat, khasnya penyakit darah tinggi
1. Jika belum ada penyakit darah tinggi, aim kita adalah mencegah terjadinya darah tinggi. Caranya adalah kita kenalpasti faktor risiko dan cuba untuk mengurangkan faktor risiko, bagi faktor yang boleh diubah.
2. Jika sudah didiagnos penyakit darah tinggi, aim kita adalah mencegah terjadinya komplikasi bagi penyakit darah tinggi. Komplikasi penyakit darah tinggi berlaku apabila tekanan darah dibiarkan tidak terkawal. Kesannya, dalam tempoh beberapa tahun, saluran darah seperti arteri akan semakin menebal dan mengeras. Jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah, kerana salur darah yang tidak lagi kenyal. Salur darah kapilari iaitu salur darah yang halus didalam badan juga, akan mengeras, dan kesannya akan melibatkan organ seperti mata dan buah pinggang.
Justeru adalah amat tidak benar mitos mengatakan, makan ubat lama-kelamaan akan rosak buah pinggang. Kerana faktanya, yang membuatkan buah pinggang rosak adalah membiarkan tekanan darah tidak terkawal. Dengan rawatan, serta mengurangkan faktor risiko yang menjadi punca, seorang pesakit darah tinggi boleh mendapat tekanan darah yang terkawal sepanjang hayatnya, dan akhirnya meninggal dunia atas sebab yang tidak berkaitan darah tinggi atau penyakit cardiovascular pun.
PANDUAN MEMBELI ALAT BACAAN TEKANAN DARAH
Berikut adalah beberapa peralatan yang saya CADANGKAN untuk pesakit darah tinggi agar membantu mencapai kawalan tekanan darah yang baik. Peralatan dan cadangan ini adalah bersifat umum berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit. Setiap cadangan ini, bergantung kepada kesesuaian peribadi pesakit, dan tidak semestinya satu jenama adalah lebih baik dari jenama yang lain.
1. Sphygmomanometer
Ha, berbelit lidah nak sebut. Mudah kira, sebut sahaja “alat pemeriksa bacaan tekanan darah”. American Heart Association dalam guideline mereka mencadangkan bahawa SMBP (Self-Monitoring Blood Pressure) dapat membantu memperbaiki tahap kawalan tekanan darah seseorang. Kalau sebelum ini, kita selalu dapat bacaan tekanan darah ketika kita pergi ke klinik, atau dimasukkan ke wad. Acap kali, bacaan tekanan darah ini akan lebih tinggi, kerana pelbagai faktor seperti kita baru selepas berjalan, chuak/anxious/gabra dihadapan doktor (kita panggil white coat effect). Atas sebab itulah, bacaan tekanan darah ketika kita berada di rumah, dalam keadaan rileks dan selesa, adalah lebih tepat kerana ianya menggambarkan tekanan darah seharian kita yang sebenar. Begitu juga, bacaan tekanan darah secara bersiri contohnya pagi-petang untuk tiga hari berturut-turut, adalah bacaan yang lebih informatif dan tepat berbanding hanya satu bacaan. Ia dapat mengenalpasti adanya isolated hypertension, atau hypertension disebabkan faktor lain/luaran.
Cara memilih alat bacaan tekanan darah : Terdapat pelbagai jenama dan model dengan pelbagai fungsi dijual di pelbagai tempat – sama ada di farmasi, di kedai peralatan perubatan, bahkan secara online. Namun suka saya ingatkan, syarat pertama adalah memastikan alat bacaan tekanan darah tersebut, mempunyai pendaftaran dengan MDA (Medical Device Authority) Malaysia.
Saya ambil contoh, terdapat sebuah alat bacaan tekanan darah yang dijual di Shopee dengan harga RM38.90 dan TOP SELLING. Tidak ada nama jenama, mungkin ianya OEM, tetapi ada dinyatakan nama model nya. Semakan nama model di laman MDA tidak menjumpai nama model tersebut. Boleh jadi alat ini tidak didaftarkan di MDA. Lihat komen salah seorang pengguna :
#### “Seller pos cepat.Tp XXX lmbt. Btw mesin ni x accurate. BP sy xpernah tinggi..Dlm masa sminggu ni kene pantau.Skali sminggu ni tinggi mendadak smpai sakit kpala sy fikir..Td cek alat ni kt klinik, Terkejut nurse tgk.Pastu cube test gune klinik then 128 je normal terus ilang migrain! So rugi jela beli” ######
Sebab itulah, janganlah kita nampak Top Selling, terus kita beli! Walhal ianya tidak didaftarkan, dan tidak selamat untuk digunakan kerana memberikan bacaan yang tidak tepat. Terdapat baaaanyak alat bacaan tekanan darah OEM yang dijual secara online. Cuba elakkan untuk membeli jenama OEM/generik sebegini, kerana alatan sebegini kita nak guna untuk jaga kesihatan kita. Pilihlah yang lebih bermutu dan selamat.
Salah satu yang saya cadangkan, adalah dari jenama OUSON+ ini (https://shp.ee/g7b5d7x). Again, ini hanya cadangan, mungkin anda boleh jumpa jenama lain yang lebih sesuai dan murah. Tapi jangan lupa, pastikan berdaftar dengan MDA, ya! Alat pemeriksa bacaan tekanan darah dari jenama OUSON+ ini berdaftar dengan MDA : https://mdar.mda.gov.my/frontend/web/index.php…
Langkah kedua, adalah memilik cuff size yang sesuai dengan pengguna. Cuff Size adalah saiz bahagian alat yang kita nak lilit di lengan kita tu. Ada yang bersaiz besar, ada yang bersaiz kecil. Untuk jenama OUSON+ ini pun terdapat tiga saiz berbeza iaitu standard, L dan XL. Bagiamana nak tahu saiz yang sesuai dengan lengan kita?
1. Dapatkan tali atau pita pengukur, dan ukur di kawasan tengah-tengah lengan atas. Contohnya bacaan adalah 40cm.
2. Darabkan bacaan tersebut dengan 0.8 (80%). Jadi 40 x 0.8 : 32cm
3. Maka, saiz minima cuff anda adalah 32cm.
Jika kita tengok pada ketiga-tiga size cuff yang diberikan bersama mesin OUSON+ ini, sudah tentu saiz standard tidak sesuai untuk anda. Ini kerana saiz standard mempunyai ukuran 22 – 32cm sahaja. Upper limit sahaja sudah cukup-cukup 32. Dalam situasi ini, anda mungkin lebih sesuai mengambil saiz large atau bahkan XL.
Apa yang berlaku jika anda gasak juga nak ambil saiz standard? Kesannya anda terpaksa lilit lengan anda dengan lebih ketat, atau terpaksa memegang cuff ketika bacaan dibuat. Ini menyebabkan bacaan menjadi tidak tepat.
Ingat, ini adalah DUA PERKARA PENTING sebelum anda memilih alat bacaan tekanan darah, iaitu
– MDA APPROVED
– APPROPRIATE CUFF SIZE.
Selain dua perkara ini, adalah additional function yang boleh membantu anda. Antaranya seperti
– Sumber kuasa : bateri dan/atau USB-powered. Zaman sekarang, mesin BP pun boleh charge macam henfon dah. Mudah.
– Memory berserta Date/Time : Boleh menyimpan bacaan tekanan darah dan boleh scroll balik satu persatu. Memudahka, jika beberapa orang didalam rumah berkongsi mesin yang sama. Atau bahkan untuk kegunaan peribadi, kita boleh bandingkan antara bacaan.
– Voice Over : Mesin tersebut akan bacakan
– Bluetooth : Ada aplikasi di Playstore/Appstore yang boleh “sync” dengan alat anda.
Berikut adalah beberapa jenama dan model alat pemeriksaan tekanan darah untuk kegunaan di rumah. Sekali lagi saya mengingatkan, peralatan dan cadangan ini adalah bersifat umum berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit. Setiap cadangan ini, bergantung kepada kesesuaian peribadi pesakit, dan tidak semestinya satu jenama adalah lebih baik dari jenama yang lain.
Sumber: Mohd Syamirulah Rahim
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club