Lamanya usia perkahwinan bukan kayu pengukur menunjukkan seseorang itu mampu mematangkan pasangannya dalam menghargai hubungan dengan penuh kasih sayang.
Bahkan lebih menyedihkan ada yang bertahun-tahun kekal bersama pasangan namun semua itu disebabkan anak-anak dan bukan kerana hidup bahagia disayangi oleh pasangan.
Menurut perkongsian Firdaus Shakirin, sepatutnya lagi lama tempoh perkahwinan, lagi rapat kita dengan pasangan. Sebaliknya, lagi lama tempoh tu, lagi renggang kita dengan pasangan.
Tahu tak kenapa…?
Ada perkahwinan yang masih bertahan sehingga ke hari ini hanya atas dasar tanggungjawab sahaja…bukan dasar rasa sayang, rasa cinta terhadap pasangan…tapi semata-mata tanggungjawab untuk membesarkan anak dalam keadaan dia ada ibubapa macam orang lain dan tak nak anak tu terjejas ataupun terkesan jika dia ambik keputusan untuk berpisah dengan pasangan.
Mereka yang berpegang kepada alasan ini, kebiasaannya dia hanya tumpu pada dirinya sendiri…pasangan nak buat apa, jadi macam mana, terpulanglah pada dia…dia bahagiakan perasaan sendiri, dia gembirakan hati sendiri…
Banyak Makan Hati
Majoriti orang makin renggang dalam hubungan sebab banyak makan hati…makan hati dengan sikap, perangai dan perbuatan pasangan sendiri…
Bukan baru sebulan dua pasangan jadi macam tu, tapi dah bertahun-tahun dan tak nampak perubahan langsung untuk berubah…
Perbuatan yang menyakitkan hati, kata-kata yang melukakan hati dan perangai yang membuatkan hati jadi tawar-setawarnya…
Dia fokus kepada amal ibadatnya, dia perbaiki hubungan dengan Allah, dia cari syurga dan jadi solehah dengan caranya sendiri dan bukan kerana pasangannya…
Sebab tu ada orang lama dah berkahwin, tapi tak rapat dan mesra pun dengan pasangan sendiri…
Masing-masing bawa haluan sendiri walaupun tinggal di bawah satu bumbung…
Sumber : Firdaus Shakirin
ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA
dan join keluargagader clubJika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI