Kanak-kanak lelaki 12 tahun di daerah ini meninggal dunia semalam selepas disyaki mengalami simptom strok haba.
Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini kira-kira jam 7 pagi.
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.
Katanya, pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.
“Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.
“Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu,” katanya.
Ads
Menurut Syahrol, dia menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
“Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.
“Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.
Katanya, jam 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK supaya membeli lampin pakai buang buat anaknya namun tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.
Ads
“Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak,” katanya.
Katanya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat.
“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” tambahnya.
Ads
Katanya, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini sudah stabil dan masih berada di wad HEBHK.
“Anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor,” katanya.
Ajal, maut, jodoh dan rezeki segalanya ketentuan Ilahi. Apa segala perancangan yang dibuat adalah dengan iziNya. Sebuah perkongsian menyentuh hati, apabila seorang isteri yang menghidap kanser telah meraikan sambutan hari jadi buat suami tercinta.
Sejurus selesai kimoterapi ke 6 dari hospital, wanita ini telah prank dengan mengatakan tersasar ke airport. Untuk mengelak kejutan diketahui suami, wanita ini hanya berselipar sahaja. Begitu inspirasi!
Beliau merupakan seorang pesakit kanser payudara tahap empat, Wan Musfirah Aimi Yusof, 34, yang disahkan menghidap kanser tersebut pada 2015. Kini, Wan Musfirah Aimi atau lebih mesra disapa Aimi masih menjalani rawatan susulan termasuk kemoterapi bagi memanjangkan tempoh kanser tersebut.
Penyakit kanser yang dihadapinya langsung tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk meraikan suami tercinta. Lebih teruja, wanita ini telah prank suaminya! Walaupun perkongsian dipaparkan penuh keceriaan, namun diakhir coretannya, sungguh meruntun jiwa. Luahan hati seorang isteri yang begitu menghargai suami!
Moga, Aimi bertambah tabah ini untuk terus menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh optimis dan semangat di samping suami tersayang.
Tahniah prank anda berjaya! Jom lihat perkongsiannya meraikan hari jadi suaminya
Sampai kita tua…Sampai jadi debuInsya Allah sayang.. i will live for you & our dear family… Happy 40th BirthdayNik Eric Iskandar.This special photo compilation of the best 40 photos of US.. on your 40th birthday semalam… hope you like it ?.PS: Dont bother cari gamba all our overseas trip, i dont include any of that coz i sedih cant travel far with u again ? .#husbandturns40#happiness#cancercaretaker#cancercaregiver#youarethebest#prayforaimi#bangkokbirthdaytrip#vintage#born1979#youareold#lifebeginsat40#happybirthday#myhubbysudah4series#birthdaydinner#supper#liveband#favouritediner#favouritenightspot#hardrock#hardrockbangkok
Hati mana yang tidak sebak apabila, barang kenangan orang tersayang hilang daripada padangan mata. Lebih menyedihkan jika ia pemberian itu daripada tersayang yang telah pergi berjumpa Sang Pencipta.
Begitulah yang dikongsi oleh saudara Eddie Dieana yang berusaha membantu mendapatkan kembali telefon milik seorang pemuda setelah menyedari banyak kenangan. Mujur nasib menyebelahi pemuda berkenaan, telefon telah dijumpa setelah mendapatkan bantuan pengawal yang bertugas.
Menurutnya, pemuda berkenaan mampu untuk membeli telefon lain, namun pemberian hadiah daripada arwah ibu amat dihargai dan dijadikan kenangan kala rindu datang menerpa.
“Handphone tu pemberian arwah mak saya. Dan yg paling penting bagi saya.Banyak voice note saya berbual dengan arwah mak dan gambar² mak saya dalam tu.”
Sebak dengan perkongsian ini, moga menjadi iktibar buat agar menghargai pasangan dan ibu bapa ketika mereka masih ada di sisi sebelum mereka meninggalkan kita.
Ikuti perkongsian ini.
Gambar hiasan
Tadi masa saya tengah buat kerja dekat Changi. Ada seorang hamba Allah ni datang dekat saya.
“Bang, Maaf nak tanya. Ada nampak Handphone saya tak, saya tertinggal dalam bakul motor ni tadi?”
Saya pun jawablah. “Sorry bro, kitorang pun baru sampai ni. Memang tak nampak apa² handphone pun masa lalu tadi.”
“Oh, kalau macamtu takpe lah bro.”
Hamba Allah tu terus pergi meninggalkan saya dan rakan² lain. Tak lama berselang. Saya dan kawan hendak topup CashCard. Saat kami melalui ruang legar pintu masuk bangunan tersebut.
Saya nampak Hamba Allah tadi sedang duduk sambil mengesat air mata dia. Dapat saya lihat dari riak wajah dia seperti baru sahaja menangis.
Saya pun beranikan diri untuk tegur lagi sekali. “Dah jumpa ke bro Handphone awak?”
“Belum bang.”
“Handphone apa yg hilang tu. Iphone ke?” tanya saya berseloroh.
“Tak lah bang, Handphone murah je. Samsung lama”
“Oh, Kalau handphone murah takpelah. Nanti saya ajak kawan² saya buat donation. Kita beli handphone lain yang murah². Nak tak? Dekat sini $150 dah dapat handphone yg okay². Boleh la buat pakai sementara.”
BANYAK KENANGAN
Gambar hiasan
“Tapi saya taknak handphone lain bang. Saya nak handphone tu jugak.”
“Apa yg penting sangat ada dalam handphone tu?”
“Dalam handhone tu ada macam² bang. Walaupun murah. Tapi……”
“Tapi apa?”
Handphone tu pemberian arwah mak saya. Dan yg paling penting bagi saya. Banyak voice note saya berbual dengan arwah mak dan gambar² mak saya dalam tu.”
“Apa? Voicenote dari arwah mak dan gambar² mak?”
Saya terdiam. Berkaca jap mata. Tak jadi nak tanya lagi. Saya cuma cakap.
“Jangan pergi kemana². Duduk situ dulu sebab saya nk cuba tanya Security dekat sini.”
“Baik bang”
DAPATKAN BANTUAN PENGAWAL KESELAMATAN
Saya pun dengan kawan saya cepat² pergi ke bilik security. Sebab kebetulan Security dekat situ memang kami kenal rapat. Bila sampai je terus kami tanya.
“Bang,Tadi ada nampak handphone tak tertinggal dekat bakul motor.”
“Bakul motor, Motor apa?”
“Motor LC135 bang.”
“Oh, ada. Masa buat rondaan tadi budak aku jumpa. Dia letak atas meja ni.”
“Terima kasih bang.”
Saya pun tandatangan dekat buku sebagai tanda terima barang tersebut dan cepat² lari ke hamba Allah tadi.
Bila nampak wajah dia tengah kusut. Saya terus tegur.
“Bro, Nah. Amek ni nyawa awak.”
“Ya Allah, Abang jumpa kat mane.”
“Dekat bilik security.”
Dia terus bangun dan peluk saya dan kawan saya. Dia ucap terima kasih lebih dari 10x sambil kesat air mata dia.
Sebelum beredar dia sempat ambil gambar saya. Dan dia ada cakap.
“Sebenarnya, saya mampu je untuk beli handphone yg lebih baik bang. Tapi sebagai tanda menghargai pemberian arwah mak. Saya tetap akan pakai walaupun handphone ni selalu je hang(Sangkut²). Saya harap abang dan kawan² hargai mak abang selagi mereka masih ada.”
Tersentap dengan kata² akhir dia. Saya pun cepat² video call mak saya.
Semoga arwah mak awak ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Bertuah mak awak dapat awak. Sebab sangat menghargai emaknya.
HARGAI TERSAYANG SEMENTARA MASIH ADA
Buat teman² saya diluar sana. Hargailah ibu anda selagi mereka masih ada. Sayangilah ibu kamu kerana mereka yg melahirkan kamu dan membesarkan kamu dengan kasih sayang dan penuh belaian. Sama seperti mana kamu menyayangi anak kamu sekarang.
Untuk anak² lelaki. Walaupun kamu sudah beristeri sekalipun, syurgamu tetap di bawah telapak kaki ibu mu, Janganlah sesekali menjatuhkan air mata dan melukai hati ibu mu.
Wahai wanita yg bergelar isteri pada suami. Janganlah jadikan suami mu derhaka terhadap Ibunya, Sayangilah Ibu suami mu seperti mana kamu menyayangi Ibumu sendiri.
Biasanya encik suami pasti perasan perubahan tingkah laku isterinya. Jika dulu katanya, isterinya manja dan lemah lembut tapi kini berubah garang dan kasar.
Pun begitu, sewajarnya encik suami jangan mengkritik sahaja tahunya. Pasti ada sebab isteri bertindak sedemikian.
Andai difahami bebenan yang ditanggung setiap isteri hari ini sebagaimana perkongsian pandangan daripada Firdaus Shakirin ini, pasti tidak ada lagi suami mengeluh tetapi rasa bersimpati dengan isteri tercinta.
Kenapa isteri zaman sekarang ni garang, kasar dan tak lagi lembut macam isteri zaman dulu-dulu?
Dia jadi macam tu sebab dah terlalu banyak beban yang dia pikul…lebih dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang isteri…kudrat dia dengan kudrat suami tak sama, letih dia dengan letih suami pun tak sama…tugasnya bukan sekadar menjadi seorang isteri, seorang ibu tapi dia juga terpaksa keluar mencari rezeki untuk bayar itu ini…apa yang dia buat tu dah lebih dari tenaga yang dia ada…jadi macam mana dia nak jadi “lembut” jika dia memerlukan kekuatan dan kecekalan untuk terus bertahan dalam kehidupannya…?
Dia garang sebab tekanan…dia tak lagi berlembut sebab keadaan…
Tekanan dan keadaan itu yang menjadikan siapa dia pada ketika ini, pada hari ini…kalau kita sebagai suami faham, kita pasti akan mengurangkan beban yang dipikul mereka…tapi sayang, ramai lelaki memiliki wanita, tapi tak ramai lelaki yang memahami hati seorang wanita…apa yang dirasainya, apa yang dilaluinya…kenapa dia jadi garang, kenapa dia jadi kasar, kenapa dia cepat marah, kenapa dia suka beremosi…
Jangan tunggu dia meletup baru kita nak sedar…
Dia tak minta kita ganti tempat dia, ambik alih jaga anak, kemas umah, basuh baju, memasak dan sebagainya…dia cuma minta kita FAHAM dia, HARGAI dia supaya apa yang dia buat tu, bukan sia-sia…
ITU SAHAJA…takkan itu pun susah?
Cuba tolong meringankan kerja-kerja dia dan jangan letak semua beban tu atas bahu dia…kekuatan dia dan kita berbeza, mental dia dan mental kita pun berbeza…dia beremosi dengan kepayahan, keletihan dan kepenatan yang dilaluinya…bukan sebab dia lahir-lahir dah garang, dah kasar, dah panas baran TAPI sebab keadaan dan tekanan yang dihadapinya…
Jangan persoalkan kelembutan dia sebab wanita itu pada fitrahnya memang hamba Allah yang lemah lembut, tapi jika dia terlalu berlembut, kita akan pijak kepala dia…
Sama-sanalah kita sebagai suami membantu isteri, isteri itu bukan hamba dan kita bukan tuannya…
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.