Lagi Jururawat Kena Macau Scam, Rugi RM350,000. Ini Kronologi Dan Taktik Yang Digunakan. Take Note!

Share

Hati mana yang tidak sebak apabila duit simpanan untuk meniti hari tua telah lesap sekelip mata akibat penipuan sindiket Macau Scam.

Begitulah yang terjadi kepada seorang jururawat yang berusia 53 tahun yang didakwa telah ditipu oleh sindiket itu wang berjumlah RM350,000 setelah mendakwa mangsa tidak membayar cukai pendapatan berjumlah RM55,800.82.

Artikel berkaitan: Jururawat Berputih Mata Wang Simpanan RM94,000 Lesap. Rupanya Ini Yang Berlaku, Take Note Semua!

Muslihat dengan tunggakan LHDN 15 bulan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 53 tahun yang menetap di Pokok Sena itu dihubungi seorang individu yang mengaku daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan pembayaran selama 15 bulan.

Bagaimanapun katanya, mangsa  menafikan perkara itu dan memberitahu tidak pernah membuka akaun syarikat perniagaan (SSM) dengan nama syarikat AR Maju Trading yang didaftar di Kelantan.

Namun sindiket ini pintar dengan muslihat dengan menyuruh mangsa untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk menafikan mangsa tidak terbabit dengan kes berkenaan.

“Mangsa yang panik membuat panggilan itu dan disambung dengan ‘Datuk Nurul Huda Saleh’ dari IPK Kelantan yang kemudian meminta nombor Mykad mangsa untuk membuat pemeriksaan.

Minta nombor akaun bank

Gambar sekadar hiasan

Taktik sindiket ini berjaya apabika meminta mangsa memberi nombor kad ATM serta nombor akaun Tabung Haji dan akaun Bank Islam.

“Mangsa menyedari ditipu selepas mangsa pergi ke Bank Islam cawangan Alor Setar untuk mengeluarkan wang dan terkejut apabila membuat semakan baki mendapati wang simpanannya berkurangan,” kata Superintendan Elias Omar.

RM350,000 telah lesap!

Gambar sekadar hiasan

Siapa sangka, mereka sekali lagi berjaya memperdayakan mangsa. Semakan yang dilakukan mangsa mendapati wang sebanyak RM350,000 telah lesap.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena, pada 18 Januari. Beliau berkata, berikutan itu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sumber: Astro awani

 

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara