Hati mana yang tidak sebak apabila duit simpanan untuk meniti hari tua telah lesap sekelip mata akibat penipuan sindiket Macau Scam.
Begitulah yang terjadi kepada seorang jururawat yang berusia 53 tahun yang didakwa telah ditipu oleh sindiket itu wang berjumlah RM350,000 setelah mendakwa mangsa tidak membayar cukai pendapatan berjumlah RM55,800.82.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 53 tahun yang menetap di Pokok Sena itu dihubungi seorang individu yang mengaku daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan pembayaran selama 15 bulan.
Bagaimanapun katanya, mangsa menafikan perkara itu dan memberitahu tidak pernah membuka akaun syarikat perniagaan (SSM) dengan nama syarikat AR Maju Trading yang didaftar di Kelantan.
Namun sindiket ini pintar dengan muslihat dengan menyuruh mangsa untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk menafikan mangsa tidak terbabit dengan kes berkenaan.
“Mangsa yang panik membuat panggilan itu dan disambung dengan ‘Datuk Nurul Huda Saleh’ dari IPK Kelantan yang kemudian meminta nombor Mykad mangsa untuk membuat pemeriksaan.
Ads
Minta nombor akaun bank
Taktik sindiket ini berjaya apabika meminta mangsa memberi nombor kad ATM serta nombor akaun Tabung Haji dan akaun Bank Islam.
“Mangsa menyedari ditipu selepas mangsa pergi ke Bank Islam cawangan Alor Setar untuk mengeluarkan wang dan terkejut apabila membuat semakan baki mendapati wang simpanannya berkurangan,” kata Superintendan Elias Omar.
RM350,000 telah lesap!
Siapa sangka, mereka sekali lagi berjaya memperdayakan mangsa. Semakan yang dilakukan mangsa mendapati wang sebanyak RM350,000 telah lesap.
Ads
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena, pada 18 Januari. Beliau berkata, berikutan itu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat perkongsian wanita ini dalam usaha membersihkan kuali yang telah berkerak hitam bertukar menjadi berkilat telah menarik perhatian ramai untuk mengetahui teknik yang dilakukan olehnya. Ini memandangkan cukup luar biasa hasil yang ditunjukkan.
Hari ni suami saya dah berjaya kilatkan 2 biji kuali saya. Beli steel wire brush dekat mr diy dan sambung pada drill. Pastikan pakai goggles@ cermin mata, ambil langkah-langkah keselamatan.- Tulis Lynn Norhaslinda di dalam group Tukang Apa Hari Ini?
Beginilah keadaan kuali di rumahnya, hitam berkerak disebabkan pada asalnya dapur gas bermasalah dengan apinya. Itu yang menjadikan bahagian bawah kuali hitam
“Kuali ni jadi teruk sangat sebab asalnya dapur gas saya bermasalah apinya, tu yang jadi hitam legam sangat berkerak tu😅 tengok dalm grup ni ada yang buat cara ni, saya mintak suami cuba. Dalam sejam lebih untuk 2 kali “ tulisnya di ruangan komen bila ramai bertanya berkenaan kualinya itu.
Jadi buat anda yang ingin mencuba teknik yang dilakukan oleh Lynn Norhaslinda, suaminya hanya menggunakan sejenis berus yang dibeli di MR DIY dengan harga RM5.90
Kemudian berus tersebut dipasangkan pada drill dan bermulalah proses ‘mengikis’ kerak periuk dilakukan secara perlahan-lahan.
Meninjau di ruangan komen pula, ada yang telah mencuba teknik yang dikongsikan, umpamanya perkongsiakan daripada Hazwani Kamal. Tulisnya, “Saya buat juga kelmarin. Tp half way. 🤭🤭🤭😅😅😅. Lenguh tgn dan masa tu dah nak buka dah. Okay. Esok sy sambung la. Semangat tgkk”
Badruddin Yunus pula memberi komen positif, “cemerlang hasilnya”
Manakala Zahirah Shamsuddin meninggalkan pesan di ruangan komen agar berhati-hati menggunakan alatan tersebut, “Ada yang pesan hati-hati serabutnya boleh masuk mata.. tercucuk badan pun sakit..”
Pngorbanan mereka yang bergelar anggota pasukan beruniform. Saat ahli keluarga enak menjamu selera, mereka bertungkus lumus memadamkan api yang marak menjulang. Tanpa menghiraukan pnasnya bahang api dan rasa dahaga setelah seharian berpuasa. Semuanya demi tugas dan khidmat kepada masyarakat.
Demikianlah yang berlaku kepada sekumpulan anggota bomba yang terpaksa berbuka puasa di lokasi kebakaran dek kerana tugas.
Malah, dalam kesempatan itu, mereka masih sempat menunaikan solat walaupun hanya di atas jalan dengan beralaskan pakaian seragam masing-masing.
Berbuka puasa di tepi jalan
Situasi tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook Friends of Bomba Malaysia. Malah perkongsian beberapa keping gambar sekumpulan anggota bomba itu menjadi tular sejak semalam lagi.
Rata-rata netizen memuji dan sebak melihat situasi yang terpaksa dilalui oleh anggota bomba berkenaan.
Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga!
Baju kalis api dijadikan sejadah
Gambar yang dirakam berlatarbelakangkan lokasi kejadian mengundang keprihatinan netizen yang menghargai usaha dan pengorbanan pasukan beruniform dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Marza ZainSubhanallah……betapa indahnya ciptaan Allah…..hamba2Nya sujud patuh perintah Allah bila tiba waktu tak kira dimana…..Allahu Akhbar
Mohd Abe JoePernah baru nak buka puasa makan karipap.air pun xsempat minum.bunyi siren api kilang.trus melompat dalam jentera..balik dari operasi..masuk tangan dalam poket..aa…karipap tadi xsempat makan..?
Shalawati Mahamudsaya bangga menjadi keluarga skuad merah oren.. sebahagian dari dugaan Ramadhan, kita yg memasak pun berasa bahang nya. Alhamdulillah, di mana2 pun solat masih dijaga. Semoga sentiasa dalam Lindungan dan Rahmat NYA. Aminn.
Aina SafiyaSemoga semua dilindungi Allah taala.saya dah tgk sendiri.diorg tgglkan nasi yg baru di masukkan dlm pinggan setelah dpt panggilan kebakaran
Syarfina KhairuddinTerima kasih abam bomba… Semoga Allah memberi ganjaran berlipat ganda untuk anda yg sudi berkhidmat untuk masyarakat
Nasrul Farkhan JumianSemoga Anggota Bomba Sentiasa Dalam lindungan Allah SWT, Dipermudahkan Segala Apa Jua Rintangan Dan Cabaran Sewaktu Bertugas, Terima Kasih Hero?? #Respect #Salute
Nina EfrinaAntara pengorbanan anggota bomba..anda semua wira ♥️ kami rkyat malaysia..
Ummi Atiqah KhalidSyabas anggota bomba..walau ape pun cabaran yang kalian hadapi dibulan ramadan,kalian sanggup berkorban tenaga .bomba i love u .
Pekerjaan yang sangat mulia
Rider PutihPanas2 bulan puasa ngadap api.X blh bayangkan.Moga anggota diberi kekuatan
Aliyya NasirThe real heroes ???? Pekerjaan yang sangat mulia . Salute dengan abang bomba ??? sebab adik pun dia dapat jadi anggota bomba . Semoga kalian sentiasa di bawah jagaan Allah . Aamiin ??
كاما شابSemoga Allah menjaga kamu semua sepertimana kamu berkorban menjaga keselamatan kami agar kami dpt hidup dengan selamat..
Nia AzuraSetiap kali tgok bomba2 mesti rasa sedih….
Dan rasa marah kalau ade yg pertikai kan kerja bomba…
Semoga Allah melindungi Ahli2 bomba penyelamat kita semasa menjalan kan tugas…
Tun TejaSalute & respect…. Moga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah….
Norkhuzaini MohdRespect kepada semua anggota..menjalankan tugas tanpa mengire mase…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Majalah Keluarga turut berkesempatan untuk bertanya lanjut mengenai fenomena filem epik ini kepada seorang pendidik iaitu Cikgu Mohd Zuraidi Bin Komari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam Selangor.
Pendidk ini juga merupakan penerima Sandang Kehormat Bintang Mahkota Pelangi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Negeri Selangor pada tahun 2022 dan merupakan salah seorang penasihat bersama Cikgu Hamidi Bin Shariff, Guru Besar & Cikgu Nor Hasmah Bt Md Isa, Penolong Kanan Kokurikulum.
“Penglibatan dan penyertaan murid memang menggalakkan dengan penambahan ahli seramai 35 ahli setiap minggu dan purata 5 orang sehari.
“Latihan silat diadakan setiap hari Sabtu, 4.00 petang – 5.30 petang di dataran dan Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2 dilatih oleh gurulatih bertauliah.”
Namun kataya lagi, sambutan sebelum filem mat kilau juga amat menggalakkan dikalangan ibu bapa setelah pelbagai promosi, persembahan dan demontrasi dibuat sebelum sesi latihan.
Namun, setelah filem Mat Kilau ditayangkan, permintaan terus bertambah dan ibu bapa hadir mendaftarkan anak-anak untuk mempelajari ilmu silat yang dulunya bukan pilihan utama ibu bapa berbanding seni mempertahankan diri yang lain.
Untuk makluman Penubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan ditubuhkan pada tahun 2018 di SK Bukit Kemuning 2 dengan 60 ahli pertama.
Ahli bertambah
“Ahli Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan di SK Bukit Kemuning 2 sebelum filem Mat Kilau seramai 120 orang ahli, Selepas filem mat kilau ditayangkan ahli silat telah meningkat kepada 250 ahli.”
“Ahli paling muda mendaftar untuk sertai silat di sekolah ini paling mudah adalah berumur 6 tahun. Saya percaya pendaftaran ahli akan terus bertambah setiap minggu.”
Pengaruh filem Mat Kilau
Apabila ditanya mengenai pengaruh filem epik ini, guru ini tidak menafikan bahawa pencetus kelas silat mendapat sambutan.
“Filem Mat Kilau ini telah memberi inspirasi, motivasi dan kesedaran kepada ibu bapa dan generasi muda untuk lebih menghargai ilmu silat sebagai warisan bangsa melayu yang perlu dipertahankan, dipelajari dan diwarisi generasi hari ini dan akan datang agar tidak hilang warisan melayu di dunia.
“Filem ini turut menyemarakkan semangat pahlawan dan pendekar dikalangan anak-anak muda agar bangkit dari lena untuk mempertahankan negara dari anasir yang akan merosakkan sejarah bangsa yang telah diperjuangkan sebelum ini. Jika tidak, perjuangan pejuang kemerdekaan sebelum ini sia-sia sahaja andai generasi hari ini tidak menghargainya dan tidak meneruskan perjuangan tersebut.
“Bangsa melayu juga perlu bersatu dan mengelakkan perpecahan dikalangan bangsa melayu. Kini, silat diperkatakan dipelbagai medium sosial oleh semua generasi malah menjadi ikutan anak-anak muda dengan memakai busana melayu bertanjak jika sebelum ini, tidak begitu menggalakkan dan jarang sekali silat ini ditularkan.
Silat Warisan Budaya Untuk Jati Diri Anak
“Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu serta Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan kini sudah menjadi satu warisan budaya kita. Silat membawa kita mengenal kembali jati diri sebagai bangsa Melayu.
“Ia merupakan salah satu warisan Melayu zaman berzaman. Di zaman yang serba canggih ini, silat sudah mula dilupakan dan hanya berapa kerat bangsa Melayu tahu bersilat. Silat menyatukan umat. Silat bukan hanya untuk orang Melayu.
“Apa jenis bangsa pun boleh belajar silat. Biasanya apabila kita menjadi ahli gelanggang, sifat kekeluargaan akan jadi menebal dalam setiap pesilat.
Nasihat cikgu, belajarlah ilmu silat untuk mempelajari ilmu lain selain ilmu akademik, pertahanan diri, tingkatkan keyakinan diri, tingkatkan jati diri, mendisiplinkan diri, cabar kemampuan diri, untuk kesihatan dan kecergasan & warisi silat ke generasi akan datang.
“Ibu bapa perlu istiqamah dalam memastikan kehadiran anak-anak ke sesi latihan setiap minggu. Hadir bersama anak-anak untuk memberikan sokongan dan galakan.
Andai berkemampuan, belikan set pakaian silat agar semangat anak-anak lebih dirasai aura pendekar atau pahlawan. Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai pertandingan atau kejohanan pencak silat bagi acara silat seni, tempur atau olahraga agar anak-anak dapat menguji tahap kemampuan diri dan mempraktikkan ilmu silat yang telah dipelajari.”
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...