Hati mana yang tidak sedih apabila disahkan ada jangkitan virus yang belum ada penawarnya. Bimbang akan diri dan juga keluarga. Terutama anak-anak. Jangkitan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Begitulah yang dilalui seorang frontliner yang meluahkan rasa hati apabila dirinya kini dijangkiti virus covid-19. Ia berlaku setelah seorang pesakit yang tidak berterus terang status kesihatan.
Ikuti lanjut perkongsian beliau. Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita supaya jangan terlalu ‘berahsia’ atau ‘sorok’ kesihatan diri, walaupun hanya sekadar demam atau batuk yang kita anggap biasa-biasa, tapi sekarang era pendemik ini, masalah kesihatan ini adalah mesti diberitahu dengan telus!
Ikuti perkongsian ini.
PESAKIT TIPU DI SARINGAN, PETUGAS KESIHATAN MENJADI MANGSA COVID
Seorang pesakit telah datang ke hospital dan telah disaring di pintu masuk jabatan sebelum menjalani pemeriksaan CT scan. Suhu normal. Pesakit mengaku sihat dan dibenarkan masuk.
Saya merupakan doktor yang menyediakan pesakit ini untuk scan ( penerangan prosedur, pemasangan IV branula dan sebagainya).
Terkejutnya kami bila melihat gambar paru-parunya di CT sama seperti paru-paru pesakit Covid-19.
Bila ditanya semula, akhirnya dia mengaku yang dia batuk dan demam selama seminggu, tetapi berasa sedikit sihat untuk datang ke temujanji CT.
Allahu..
Ternyata tindakannya menyusahkan orang lain. Pesakit disahkan positif covid selepas 2 hari.
KEPUTUSAN SWAB POSITIF!
Pada mulanya saya dikategorikan sebagai kontak risiko rendah, sebab kedua-dua nya memakai surgical masks(bagi pesakit berisiko rendah), dan pesakit tidak batuk di hadapan saya. Cuma jarak tak dapat di elakkan kerana terpaksa menyediakan saluran IV untuknya sebelum CT scan. Masa kontak tidak lama, lebih kurang 5-15minit.
Saya mengamalkan hand hygiene mengikut SOP sebab saya memang paranoid!
** untuk penggunaan PPE penuh, hanya bagi petugas yang merawat pesakit berisiko tinggi,kerana stok PPE adalah terhad.
Saya diberitahu bahawa tiada kuarantin atau swab diperlukan buat masa sekarang.
Tetapi hati ini kurang senang, saya ambil keputusan untuk menjalani swab di hospital lain.
Saya mengambil keputusan untuk kuarantin sendiri walaupun tidak bergejala. Namun sempat bekerja selama 2 hari di jabatan, sebelum kuarantin.
Keputusan swab mendapati saya positif .Saya MENANGIS semasa dapat tahu.. sebab sedih terpaksa terpisah dengan anak-anak dan suami. Risau terhadap keluarga dan rakan sekerja yang mungkin saya jangkiti. Kecewa terhadap sikap pesakit saya. Cerita dalam ward, saya akan tulis dalam post seterusnya.
Moral of the story:
Mohon jangan tipu kami sekiranta anda bergejala. Tindakan anda melibatkan pesakit-pesakit lain, petugas kesihatan serta keluarga mereka. Kami manusia juga.
Sumber: Nur Marini Zainal