Sebelum ini kecoh duit pelanggan bank ‘hilang’ begitu sahaja dan ini membuatkan ramai pengguna bank berasa cemas dan membayangkan pasti ada tindakan mempertingkatkan keselamatan yang dibuat oleh pihak bank bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang kembali.
Namun belum pun sempat reda isu tersebut, wargamaya sekali lagi dikejutkan dengan perkongsian daripada seorang wanita yang menangis apabila duit baki yang ada di dalam akaun tinggal RM22.90.
Tharina Amri berkongsi berkenaan insiden duitnya lesap dalam akaun CIMB dan hanya berbaki RM22.90 sahaja dan hal ini mencetuskan rasa simpati warganet.
Difahamkan walaupun jumlah wang yang ‘dicuri’ tidaklah hingga mencecah puluhan ribuan ringgit namun bagi sesetengah antara kita nilai ratusan ringgit juga cukup besar jumlahnya.
Nampaknya scammer semakin rancak dan ‘bijak’ mengambil wang pelanggan bank tanpa perlu TAC!
Daripada perkongsian Tharina ada memaklumkan bahawa dia sedikit pun tidak menyangka hal ini boleh terjadi pada dirinya. Sebelum ini hanya membaca kisah-kisah orang lain yang kehilangan wang akibat scammer, namun beberapa hari lalu dirinya sendiri mengalaminya.
Wang dalam akaun hanya berbaki RM22.90 dan lebih menyedihkan menurutnya duit itulah sahaja yang ada untuk menampung kehidupannya hingga hujung bulan ini.
Selama ni tgk org hok kene.. kali ni aku pulok yg kene
Allahuakbar sekelip mata duit hilang tanpa sampai TAC ke ape tu je wehh duit blnje smpai akhir bulan saloh nape la aku smpai kene gini nya tinggal byk tu je mmg xselamat dh simpan dalam acc lening
Berkongsi lanjut susulan kehilangan wang tersebut, Tharina memaklumkan bahawa dia telah pergi ke CIMB bank dan kad sudah pun di block. Namun hingga kini, masih menunggu siasatan dan jauh di sudut hati dia sendiri tidak begitu yakin duit yang hilang daripada akaunnya itu dapat dikembalikan semula.
Meninjau diruangan komen ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan dengan masalah yang sama. Antaranya komen daripada Noorlela Hj Saion, tulisnya “gi bank cimb..isi dispute form. Tunjuk kat pegawai. Save pdf slip pengeluaran tu. Atau print,bagi pd pegawai. Akak baru kena jgk,rhb bank. Rm700++ scammer amik duit…tetiba dpt sms tac no. Alhamdulillah dah dpt balik semula duit. Seminggu shj dah dpt.”
Begitu juga komen daripada Mizlilly Lyana berkongsi pengalaman, “Husband saya pun baru kena beberapa hari lepas. .memang termenung dibuatnya. Baru seminggu gaji. Nasiblah komitmen utama da settle terus lepas gaji. Kalau x meraung
Manakala Tengku Nurfatnin memberi peringatan, ujarnya “Dapat mesej berbentuk link jgn tekan dpt call sruh bg ic jgn bgi dpt link terima bantuan kerajaan jgn buka scammer xperlu TAC dah kita tekan link pun diorang dah boleh ambil.”
Sumber : Tharina Amri
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club