“Ladang Pahala Kita Berbeza. Mungkin Ramadan Seorang Ibu Allah Uji Dengan Sabarnya Melayan Karenah Anak. ” Deep Perkongsian Ibu Ni!

Share

Bergelar ibu , banyak yang perlu dikorbankan. Bukan hanya tenaga, masa dan wang ringgit, malah ada masanya kita terpaksa lupakan seketika apa yang ingin dilakukan. Semuanya demi anak-anak dan keluarga.

Tiada lagi istilah untuk membuang masa, bahkan setiap minit begitu berharga untuk seorang ibu. Lebih-lebih lagi yang bergelar suri rumah. Tidak keterlaluan andai dikatakan mereka lebih banyak berkorban dibandingkan yang lain.

Begitu juga dengan ibu yang bekerjaya. Pulang dari kerja, terus ke dapur untuk menyediakan sajian seisi keluarga. Tanpa rehat namun tidak merungut jauh sekali mengeluh kerana apa yang dilakukan itui adalah demi kasih sayang kepada suami dan anak-anak.

Luahan ibu bernama Hajar Akma Mohd Rawi begitu menyentuh hati. Memang benar, ladang pahala seseorang itu berbeza, namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk seorang ibu. Jom baca perkongsian ibu ini.


Sejak jadi ibu, tak pernah lagi solat terawih kat masjid.

Semalam rasa frustrated sangat. Tengah solat, si Aman dok depan konon nak jadi imam. Husna tengah bising dok main playdoh. Dengar satu-satu okay dia cakap apa. Hanaa’ tengah memanjat.

Baru bukak Al Quran, ada yang berak, ada yang nak air, nak susu.

Nak tunggu Encik Suami selesai solat, masa tu mesti dah mengantuk dan sibuk nak siapkan makanan sahur.

 

I was like, come on, Ramadan sekali je setahun. Tahun depan belum tentu jumpa Ramadan lagi. Bagi la can nak beribadah dengan khusyuk dan tenang. Masa tu memang sedih dan frust.

Tapi bila tengok muka anak-anak, well I guess my ladang pahala is different now. Mungkin Ramadan seorang ibu itu Allah uji dengan sabarnya melayan karenah anak-anak.

 

Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya sempat solat sunat 2 rakaat ketika malam, disempurnakan dengan ikhlasnya dia menyediakan sahur buat keluarga.

Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya semuka sahaja Quran sempat dibaca, Allah lipat gandakan pahalanya kerana nak baca semuka tu pun struggle.

It’s okay dear moms. You’re not alone. Allah Maha Kaya. Allah Maha Tahu.

Betulkan niat, ikhlaskan hati. Peringatan utamanya untuk diri sendiri ?

With ,
Ibu triple H.

#SHAMR