“Labuhkan Sedikit Lagi Tudungnya” Suami Jaga Penampilan Wany Hasrita Selepas Kahwin

Share

Suami kepada penyanyi Wany Hasrita, Mohd Al-Adib tidak menghalang isterinya untuk terus bergelar artis namun meletakkan syarat agar melabuhkan tudung setiap kali keluar bekerja.

Menurut Mohd Al-Adib, mereka berdua akan berbincang terlebih dahulu berkenaan sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

“Untuk syarat dan batas itu, selalunya saya dan dia akan berbincang. Wany akan bertanya kepada saya untuk melakukan sesuatu dan saya pun begitu, akan bertanya sama ada boleh atau tidak.

“Apabila saya kata boleh, kemudian barulah Wany akan buat, jika tidak maka sebaliknya.

Tapi syarat pertama sekali yang saya beritahu pada Wany selepas ini, untuk melabuhkan sedikit lagi tudungnya. Itu sahaja,” kata Mohd Al-Adib ringkas.

Wany dan Al-Adib ditemui ketika di Majlis Kesyukuran di Ruscuss Hall Forest Valley, semalam.

Meskipun beristerikan selebriti, Mohd Al-Adib masih menganggap media sosial bukan prioritinya sehingga kini. Malah, juruterbang berasal dari Kuching Sarawak itu menjadikan YouTube sebagai platform escapismenya.

“Bagi saya media sosial tiada kepentingan sangat untuk diri saya, sebab pekerjaan saya tidak memerlukan itu.

“Kerja saya pun jarang sangat untuk bermain telefon, saya tidak selalu memegang telefon, mungkin ada kalanya di waktu lapang, saya akan layan YouTube sekejap.

“Jadi selepas ini, mungkin saya masih sama seperti dulu, masih tidak sangat bermain media sosial, sebabnya sudah terbiasa.

“Untuk Wany memang dunia kerja dia sebegitu, jadi tidak mengapa untuk dia bermain media sosial kerana itu sebahagian dari kerja,” tambah Al-Adib.

Dalam pada itu, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah berharap agar tindakannya merahsiakan hubungan sehingga sah menjadi suami isteri dapat dicontohi orang ramai.

“Sebenarnya saya berahsia sebab pengalaman sebelum ini. Bila hubungan dengan Adib, saya dah tahu hujung yang mana (hala tuju). Yang mana saya boleh jaga, saya jaga.

“Sebab itu saya tak kongsi kepada umum. Kalau tak pasti, tak sah (jangan kongsi) sebab tak rugi apa pun sebenarnya. Kalau kongsi tetapi tak jadi nanti kena padam satu-satu. Harap sedikit sebanyak menjadi contoh kepada orang di luar sana.” katanya.

Pelantun lagu Menahan Rindu juga mengikuti nasihat ibu yang melarang untuk menayang kebahagiaan mahupun derita di media sosial.

“Saya gementar nak cakap.. kalau-kalau terbuat nanti. Tetapi saya bersetuju sebab ibu pun dah pesan..bahagia jangan tunjuk, derita pun jangan tunjuk. Gambar raya boleh kan kongsi (berseloroh).”, tambah Wany

Pada majlis yang berlangsung Jumaat lalu, pasangan pengantin itu telah selamat disatukan oleh bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56 dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al-Mukaramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al-Rasyid Mat Isa.

Wany telah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua belah pihak.

Sumber gambar : ejashahril

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini