Pelakon Atikah Suhaime yang kini sedang sarat hamil mengakui rasa pelik bila mana tugas seorang isteri yang menyediakan masakan untuk suami dan menemani suami dikatakan seperti pembantu rumah.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Atikah dilihat berkongsi satu kenyataan daripada pengguna aplikasi X mengenai peranan seorang isteri dalam rumah tangga yang didakwa tidak dipratikkan lagi.
Ujarnya, dia melakukan banyak perkara sebagai seorang isteri seperti mana yang diajar oleh ibunya.
“Ingatkan perkara ini normal?
“Dah tiada isteri buat macam ini lagi ke?
“Ke kalau buat, orang anggap macam bibik?
“Banyak perkara yang saya buat sebagai isteri, mengikut ajaran ibu saya.
” Saya masak untuk suami dan keluarga, teman suami,” ujarnya berkongsi.
Berkongsi lebih lanjut, pelakon berusia 33 tahun itu merasakan kurang selesa apabila segelintir masyarakat yang melabel peranan isteri seperti pembantu rumah.