Setiap hari ada sahaja perkongsian daripada penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah iaitu Kak Rara dan juga merupakan isteri kepada Ijoy Azhari ini yang mencuri tumpuan warganet.
Terbaru, Kak Rara berkongsi satu video throwback yang memaparkan iklan lakonan suaminya iaitu sekitar tahun 1986. Ijoy melakonkan watak utama di dalam iklan Scott’s Emulsion.
Dapat dilihat kanak-kanak lelaki di dalam iklan tersebut sangat cute, dan ceria orangnya. Rupanya dia adalah anak kepada pelakon jelita Maria Arshad. Jadi tidak hairanlah kanak-kanak di dalam iklan tersebut sangat comel orangnya.
Pun begitu, kebanyakkan warganet tidak menyedari kanak-kanak lelaki tersebut adalah ijoy sehinggalah didedahkan oleh Kak Rara.
Bahkan ramai juga akui iklan tersebut memang cukup popular ketika zaman mereka kanak-kanak, iaitu sekitar tahun 80-an dan akui turut menggemari keenakan rasa makanan tambahan tersebut.
Ads
Malah ramai juga yang perasan, bahawa muka anak-anak Kak Rara seperti wajah Ijoy dan meninjau di ruangan komen, diakui ramai mengakui bertapa comelnya wajah Ijoy ketika kanak-kanak.
Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ibu dan ayah ini apabila kehilangan dua anak serentak.
Tatkala mereka berdua bertungkus lumus memasak di kedai untuk dijamu kepada anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran di Pulau Indah, dua anak mereka ditemui rentung di rumah.
Pada kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi semalam, Nur Ain Sumayyah bersama kakaknya Nur Salsabila, 15, maut, akibat terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka, di Jalan Utama Kampung Endah, Banting. Mayat dua beradik dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Endah ditemui bomba dalam keadaan duduk bersebelahan di bilik tidur.
“Tak apa mama, Maya boleh jaga diri sendiri, lagikan kakak ada,” itu antara kata-kata yang diungkapkan Nur Ain Sumayyah Mohd Fakrul Khair, 13, yang maut dalam kebakaran di rumah mereka kepada ibunya Seri Hayati Ngainan, 48.
Seri Hayati dan suaminya Mohd Fakrul Khair Baharin, 41, mengusahakan gerai makanan di Hentian Rehat dan Rawat Pulau Indah, sebelum itu menerima tempahan menyediakan makanan anggota bomba yang terlibat dalam kerja memadam kebakaran sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Pulau Indah.
“Saya berada di rumah semasa menerima tempahan pada pukul 8 malam, saya dan suami hendak pergi menghantar pesanan makanan dan sebelum keluar, saya memeluk anak bongsu saya, Maya.
“Saya peluk dia dan cakap mama mintak maaf kerana tidak dapat jaga Maya demam, mama dengan ayah kena hantar makanan kepada bomba,”
Tambah Seri Hayati, kedua-dua anak perempuannya, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut, Tanjung Sepat itu, memang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.
“Maya dan kakak dia, Nur Salsabila memang tak pernah berpisah, pergi dan balik sekolah bersama-sama, mereka menjaga antara satu sama lain,” katanya sebak.
Bagi Mohd Fakrul Khair pula status aplikasi WhatApps Nur Salsabila pada 8.46 malam tadi yang memetik ayat dari al-Quran yang bermaksud, ‘jangan sesekali takut kerana Allah bersamamu’, ibarat petanda dia akan pergi selama-lamanya.
“Saya akan simpan ‘print skrin’ status whatapps ini sampai akhir hayat saya,” katanya sedih.
Dengan air mata yang berlinangan Mohd. Fakrul Khair berkata, mungkin ketika itu, anaknya sudah dapat merasakan bahawa masa dia (Nur Salsabila) bersama saya dan ibunya di dunia ini sudah hampir tamat.
Paling menyentuh hati perkongsian dari saudara yang turut mendengar mangsa menjerit meminta tolong.
“Lebih kurang 2.40 pagi. Ju baru balik dari kedai. Ju lalu Ju pandang rumah adik sebb tahu adik dan suaminya belum balik sebab kena masak untuk ahli-ahli bomba yang memadam api kilang terbakar di Port Klang.
“Ju masuk rumah. Abang kata nak siram tayar kereta kejap. Jadi pintu tak tutup. Tiba-tiba abg jerit-jerit rumah terbakar. Ju pun lari jerit-jerit kejutkan adik-adik sebelah rumah. Abang dah cuba masuk ke rumah tu… Tapi api terlalu marak. Nasib baik abang sempat keluar bila tong gas meletup.
Ju hanya dengar suara anak buah jerit…. Lama-lama hilang. Ya Allah… ” antara perbualan yang dikongsikan yang sungguh menyayat hati.
Abang kepada mangsa, Iman Muqriz turut memaklumkan perkara itu di Instastory yang memohon orang ramai agar menitipkan al-Fatihah untuk adik-adiknya.
Semoga diorang tenang kat sana. Amin!
Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada dua adik-beradik ini dan semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Sumber: Kosmo & Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekiranya Syawal yang lalu, ada ketua rumah yang kekok untuk menjadi imam Solat Sunat Aidilfitri, kini sekali lagi perasaan gementar kembali bertandang di hati menjelang Raya Haji yang bakal disambut esok hari iaitu pada 20 Julai 2021.
Memandangkan tidak semua berpeluang menunaikan solat Aidiladha di masjid dek kerana kekangan bagi menjaga SOP. Begitulah jika namanya raya, rasa macam tak kena kalau tak buat solat hari raya.
Jadi buat ketua keluarga bolehlah jadikan panduan yang dikongsikan ini sebagai rujukan anda bersama isteri dan anak-anak untuk mendirikan solat sunat Aidiladha di rumah.
Dikesempatan ini KELUARGA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban untuk semua dan semoga tahun hadapan kita dapat menyambutnya di dalam suasana yang lebih meriah dengan dapat berkumpul beramai-ramai di masjid menunaikan solat secara berjemaah. Amin…
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.
Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih
Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.
Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Lafaz tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.
Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha ◎ Rakaat Pertama
– Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
– Membaca doa iftitah.
– Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
◎ Rakaat kedua
– Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
– Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
– Memberi salam.
Khutbah Aidiladha
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Moga menjadi peringatan bermanfaat.. Amin..
KHUTBAH AIDILADHA 2021-JAKIM (EDISI BACAAN DI RUMAH)
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Mempunyai anak kecil di dalam rumah sememangnya menuntut penjagaan yang cukup rapi. Lebih-lebih lagi ruang yang boleh mendatangkan kemalangan atau kecederaan buat mereka. Antaranya termasuklah ruang dapur dan bilik air.
Sememangnya bilik air antara ruang yang cukup sensitif dan ibu bapa kena alert terutama lantainya yang licin boleh menyebabkan anak-anak terjatuh dan sebagainya.
Perkongsian ibu bernama Hani Mynis mungkin boleh dijadikan panduan. Beliau mengubahsuai tandas supaya menjadi lebih child friendly!
Ayuh kita lihat bagaimana hasilnya. Mana tahu boleh try di rumah sendiri.
IDEA PENSTORAN BILIK AIR (CHILD-FRIENDLY)
Alang2 setiap hari Selasa hani buat deep cleaning bilik air, hani kongsi idea penstoran yg ada dalam bilik air.
Biasalah selalu berangan nak ada bilik air spa-like gitu, tapi memandangkan ni satu satunya bilik air kat rumah sewa ni, Hani pastikan bilik air ni praktikal untuk kita orang sekeluarga (terutamanya untuk budak bertuah Aqil ?)
So deep cleaning bilik air hn merangkumi:
spray clorox dalam mangkuk tandas. Sementara buat kerja lain, clorox tengah menjalankan tugasnya dgn jayanya.
2) Bersihkan lantai dan dinding dgn magic span
3) Spray cermin dengan pencuci cermin
4) Bersihkan dalam sinki dengan magic span
5) Rendam mainan Aqil dengan dettol + air panas
6) Bersihkan rak sabun
7) Bersihkan mangkuk tandas
Dah siap. Total masa: tak sampai 20 minit (tak smpai setengah jam pun sbb hari2 masa mandi kita jirus gosok2 lap2 sikit mana yg patut ?)
P/s : recycle gambar minggu lepas dari IG je ?
Good night. Semoga bermanfaat ?
P/s: Maaf kalau gambar sensitif (bilik air kan? ?) tapi hanya berkongsi idea penstoran. Kalau deko2 tak cantik mana pun bilik air ni hahaha
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.Penyanyi lagu...