Berita

KWSP Cari Ahli Usia 100 tahun Ke Atas, Segera Tuntut Wang Simpanan Sebelum 2025

Share

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau waris segera tuntut simpanan sebelum tahun 2025 sebelum wang  dipindahkan Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD).

Memetik New Straits Times, KWSP, menerusi satu notis, berkata ia sedang menghubungi ahli berumur 100 tahun ke atas yang masih belum mengeluarkan sepenuhnya simpanan persaraan mereka sebelum 31 Mac 2025.

“Ahli atau waris mereka boleh menyemak baki simpanan yang tidak dituntut menggunakan nombor dokumen pengenalan diri ahli atau nombor keahlian KWSP.

“Ahli atau waris mereka mesti mengemukakan tuntutan untuk simpanan tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.

“Selepas tarikh ini, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Sebarang tuntutan selepas itu mesti dikemukakan terus kepada BWTD,” katanya.

KWSP menambah, untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu, ahli atau waris mereka boleh melayari laman web rasmi KWSP atau melayari pejabat KWSP berhampiran.

UNTUK INFO: 

Seperti yang diumumkan oleh KWSP dalam satu kenyataan media bertarikh 3 November 2016, berkuatkuasa 1 Januari 2017, ahli yang memilih untuk mengekalkan sebahagian daripada simpanan mereka dalam akaun KWSP akan terus menerima bayaran dividen ke atas simpanan tersebut sehingga umur 100 tahun.

Apabila ahli mencapai umur seratus (100tahun dan tiada permohonan pengeluaran dibuat, kesemua simpanan KWSP ahli akan dipindahkan ke Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD) sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 51A, Akta KWSP 1991.

Sumber: NST