Semalam 18/4 adalah tarikh pengeluaran KWSP di salurkan kepada pemohon secara berperingkat.
Ada segelintir pencarum telah menerima pengeluaran KWSP sebanyak RM10K. Sudah tentu pelbagai perancangan kewangan yang dilakukan oleh pencaruman untuk menfaatkan pengeluaran kali terakhir itu.
Bagi saudara Amran X Aminudin, pengeluaran itu digunakan untuk memberikan kepada ibunya. Bukan beberapa ribu tetapi semuanya!
Katanya, bimbang ‘tak sempat’ merasa duit itu ketika pencen menyebabkan ia memberikan kesemuanya kepada ibunya.
KWSP 10K semua aku serah sama mama syurga ku .
Mama ku sedih. Dia cakap kenapa dikasi keluar nak , kenapa tidak simpan jak nak didalam KWSP .
Aku jawab , tak apa lah mak , Kalau mau tunggu aku pencen pun ndak tau siapa antara kita antara mak @ aku yang jalan dulu
Aku tau mak , mama tua sudahh . Tuaa sangat sangat . Aku tahu mama banyakkkk sakitt banyakkk sangat sangatt . Dari ubat ubatan mama pun aku tauu mama tahannn jaa dengan sakit mama . Aku takuttt mak ndak dapat bahagiakan mama . Sebab tu aku masih rasa ndak puass berbaktii sama mama
Ads
Aku masih boleh bekerja mak , Duit KWSP aku masih boleh kumpul kalau Allah panjangkan umur ku .
Mamak rasalah sikit hasil titik peluhku selama mamak besarkan aku ni 😘. Apalah sangat nilai 10K ni dengan pengorbanan mama lahirkan aku dan besarkan aku dengan penuh didikan yang baik sampai aku boleh bekerja cari duit .
Anak mama ni masih bujang lagi . Kalau anak mama ni sudah kawin mungkin masa tu anak mama ni susah suda mau berlaku adil .
Mama doakan ja aku supaya rezeki ku diperbesarkan lagi supaya aku bole bekongsi rezeki sama keluarga dan org lain yah .
Sayang mama Dunia Akhirat
Meninjau di ruangan komen, ramai memuji cara anak bongsu kepada wanita itu menunjukkan kasih sayangnya.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Ads
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila isteri sakit atau demam, suami kena ambil peduli. Jangan biarkan isteri buat kerja rumah macam biasa. Ketika ini mereka ini perlu rehat. Isteri ni bukannya robot atau saka, tetapi adalah manusia yang selamanya sihat.
Jadi, apabila isteri sakit, suami perlu berperhatian kepada isteri seperti menjaga anak atau ambil cuti untuk menjaganya. Sementara isteri ada disisi buatlah terbaik untuknya. Pasangan kita hanya pinjama semata!
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin mengenai hal ini. Moga En Suami menghargai penat lelah isteri menguruskan rumahtangga.
Ada masanya, dia akan sakit, akan demam, dan ketika itu, dengan keadaannya yang macam tu, adakah kita masih mengharapkan dia melakukan tugas-tugas seorang isteri?
“Ayang, bangun-bangun, tolong sidai baju jap…ayang, dah rasa sihat sikit? Tolong lipat baju jap…ayang, ababg lapar, boleh tolong masak tak?…ayang, tengok anak-anak tu, ayang itu, ayang ini…”
Tapi dia tak sihat kan, dia sakit kan…kenapa masih nak mengharapkan dia buat kerja-kerja tu lagi?
Sebab tu kadang-kadang apa yang kita boleh lihat, isteri ni, dia tengah demam ke, dia tengah sakit kepala ke, dia lemah satu badan ke, dia tengah berpantang ke, dia masih berbakti untuk suaminya, masih lagi buat kerja-kerja rumah, masih lagi jaga anak-anak, buat keje yang selalu dia buat
Sebab kalau bukan dia yang buat semua tu, nak harap siapa lagi yg buat? Digagahkan jugak diri utk buat walaupun tak larat sangat-sangat dikuatkan jugak diri tu…sedih kalau dah sampai tahap macam ni…dah terlebih berkorban jika dia dah tak lagi mementingkan keadaan dirinya
AMBIL CUTI URUSKAN RUMAHTANGGA BILA ISTERI SAKIT
Bila disuarakan , “abg boleh teman ayang kat umh tak, jangan pergi kerje”…kita balas ”awak jangan manja sangat, jangan ikut sangat sakit tu, jangan mengada-ngaga.”
Ambillah cuti, jagalah isteri dirumah. Jagalah anak-anak untuk dia. Buatlah kerja-kerja rumah untuk dia. Bungkuskan makanan untuk dia makan. Bagi dia berehat, jangan bagi dia buat apa-apa, dia perlukan “cuti” daripada semua pekerjaan yang dia selalu buat. Dia manusia, bukan robot, bukan saka, dia juga tak akan selamanya sihat untuk kita.
Tolak ansur lah dalam rumahtangga. Nanti kita sakit, dia jugak yang akan jaga kita. Tak nak jaga dia pun, kita berkira? Dan kepada semua isteri diluar sana, awak semua kena kuat untuk keluarga awak, awak semua kena sihat untuk keluarga awak. Syurga ganjaran untuk awak semua. InsyaAllah…
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Perkongsian bapa bernama Basri Husin pasti memberi inspirasi kepada orang lain baik yang normal mahupun Orang Kelainan Upaya untuk mengejar cita-cita dan berjaya tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai satu penghalang.
Semangat dan dorongan isteri antara pembakar semangat buat bapa kepada dua anak ini. Jom baca kisah lelaki ini. Semoga kita mendapat manfaat daripada kisah hidupnya ini yang mungkin berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
Dr Basri bersama isteri yang juga tulang belakang serta pembakar semangat yang membolehkan beliau berjaya menghabiskan PHD.
KALAU TIDAK BUAT UNTUK DIRI SENDIRI, BUATLAH UNTUK ANAK-ANAK
Takdir berkerusi roda sudah lama ku terima. Masakan tidak, banyak aktiviti setelah berkerusi roda aku ceburi. Dari memandu, berskuba sehinggalah umrah. Semuanya boleh dilakukan.
Namun untuk kembali menulis tesis amatlah sukar. Hendak menjeling tesis pun malas apatah lagi hendak menyiapkan saki-baki bab penulisan.
2 Semester berlalu begitu sahaja. Aku daftar agar tidak luput pencalonan. Aku daftar kerana nak ambil hati semua orang. Padahal tesis tidak berjalan. Aku tidak menulis pun!
Aku masih mencari kata-kata sakti. Kata-kata yang melonjak motivasi diri. Yang mendorong dengan tindakan. Bukan yang sekadar khayalan.
Segala pujukan dan kata-kata dorongan orang sekeliling aku terima. Tetapi tidak dapat dijelmakan dalam bentuk tindakan.
Seperti biasa, isterilah tidak jemu-jemu memujuk. Sehinggalah suatu hari, pujukan itu berbentuk sentapan. “Baba,buatlah tesis”. Lantas aku segera jawab “buat apa nak buat tesis lagi, aku kan dah lumpuh, ”. Sungguh beremosi aku pada haritu. Tak tahu entah kenapa.
Riak isteri sudah berbeza, tutur katanya sedikit tinggi tetapi tersentap terus ke dalam jiwa. “Ye memang awak dah lumpuh, jadi buat sesuatu yang buat anak bangga, memang kaki awak tak boleh begerak, tapi otak awak boleh pakai lagi”.
Beliau meneruskan leterannya, kali ini kata-katanya luar biasa. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk anak-anak”. Beliau terus ke dapur meninggalkan aku dengan kata-kata tersebut.
Tersentak!
Sambil melihat anakku diruang tamu, air mataku tiba-tiba bergenang.
Kata-kata ini sungguh keramat diungkapkan oleh isteri. Ia bagaikan satu dorongan untuk terus berusaha demi kepentingan anak-anak. Memang itulah yang aku cari, sekiranya aku tak nak buat untuk diriku, buatlah demi anak-anak. Biar mereka membesar dengan penuh semangat dan motivasi. Motivasi yang tidak akan melumpuhkan semangat mereka kerana mereka mempunyai bapa yang bersungguh-sungguh untuk masa hadapan mereka.
Ia juga sebagai senjata dan persediaan sekiranya kawan-kawan ingin buli mereka berdua. Berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
Pada usia Humaira dan Firdaus yang masih muda. Mereka tak mengerti apa-apa yang mengapa babanya berkerusi roda. Aku yang berkerusi roda tidak di anggap sebagai orang sakit. Kerana aku mengubah pemikiran mereka. Berkerusi roda tapi boleh buat apa sahaja. Dari memandu, pergi umrah sehinggalah berskuba. Namun aktiviti tersebut sekadar aktiviti biasa.
Menghabiskan PhD akan membuat mereka lebih bangga.
Saat paling menggembirakan anak-anak adalah apabila aku kembali memandu dan menghantar mereka berdua ke sekolah. Wajah mereka bertukar ceria.
“Yay!!! Baba hari ini Baba hantar saya ke sekolah”. Pernah aku bertanya, “Humaira malu ke Baba hantar pergi sekolah? Nanti kawan-kawan cakap “ayah awak cacat” pakai kerusi roda.”
“Tak! Saya suka, Ayah saya walaupun pakai kerusi roda dia buat PhD di UM.” Kata-kata ini ku ingat kembali.
Aku dapat rasakan, dia akan kecewa sekiranya aku abaikan pengajian. Semangatnya pasti luntur pada masa hadapan.
Itulah antara semangat untuk aku siapkan pengajian walaupun pada mulanya selepas lumpuh dah taknak lagi pandang tesis. Mereka mengajar dan memberi semangat kepada diriku sebagai seorang bapa yang perlu memikul tanggungjawab membesarkan mereka walau apapun perkara yang terjadi.
Aku sedar aku perlu menjadi hero kepada mereka. Hero untuk masa depan mereka. Hero dalam membesarkan mereka.
Menyedari hakikat ini, langkah demi langkah aku teruskan tanpa menoleh kebelakang. Terus fokus pada kajian. Biar sedikit kesusahan pada hari ini, membawa erti yang besar pada mereka.
Kini, mereka boleh berbangga. Walaupun berkerusi roda banyak benda boleh dilakukan. Yang paling penting memori ini akan berkekalan.
Terima kasih buat isteri yang menyentap jiwaku. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri buatlah untuk anak-anak”.
Beginilah perasaan apabila keluar dari dewan konvokesyen selepas majlis graduasi PhD 2018 di UM. Diberi penuh penghormatan dan sokongan. Selalunya pergerakan wheelchair dilakukan sendiri, tetapi hari ini semuanya diraikan dengan rasa penuh hormat. Suatu moment yang sukar untuk dilupakan.
Posted by Basri Husin on Saturday, October 20, 2018
Setiap wanita ingin menjadi seorang isteri yang terbaik kepada suaminya. Begitu juga soal menyediakan juadah buat keluarga tercinta.
Menerusi facebook, seorang ustaz Khairul Basri Anuar menyuarakan pendapat bahawa ketika bulan ramadan adalah waktu para isteri mengadakan pahala hanya dengan memasak juadah berbuka puasa.
IKUTI PERKONGSIANNYA
Orang yang paling banyak pahala puasa di rumah musim PKP ni ialah isteri-isteri dan mak-mak kita.
Apa sebabnya?
Sebab mereka ni masak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa.
Nampak macam biasa-biasa je masak setiap petang bulan puasa kan? Tapi sebenarnya pahala mereka bukan kaleng-kaleng tau!
Sebanyak mana ahli keluarga yang makan masakan yang mereka masak, semua pahala puasa diorang tu mereka akan dapat.
Pahala puasa suami.
Pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya.
Pahala puasa mertua kalau ‘tersangkut’ rumah mertua.
Rasulullah SAW cakap, orang yang beri makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala puasa orang yang makan makanan yang dia beri.
Kita ingat makanan yang kita sedekah je kan? Yang tu betul la.
Tapi, kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa jugak.
Jadi, isteri-isteri dan mak-mak jangan pernah rasa letih untuk masak petang-petang. Sebab pahalanya sangat besar.
Walau masak tak jadi ke. Walau masak tak sedap ke. Itu lain cerita.
Yang penting, masak saja. Lepas tu ada orang makan untuk buka puasa. Dah dicatat pahala sama dengan pahala puasa setiap orang yang makan masakan tu.
Hebat… hebat….
Apa lagi kalau masak dengan ikhlas. Masak dengan wajah manis. Masak sambil berzikir. Masak sambil dengar bacaan Al-Quran.
Lagi la bertambah banyak pahalanya tu.
Share ilmu ni kat mak dan isteri kita. Semoga mereka semua bahagia dunia dan akhirat.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.