Jika selama ini, kita akan buang kulit ayam ke tong sampah, namun bagi orang lain yang serba daif, ia adalah makanan buat mereka. Sampah buat kita, makanan buat orang lain. Sesungguhnya, dalam leka kita dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda, ada golongan yang susah. Bukan mereka tidak berusaha untuk keluar dari kehidupan yang susah, tetapi dengan pendapatan yang tidak seberapa, menyebabkan mereka berjimat cermat untuk meneruskan kehidupan seharian.
Perkongsian oleh lelaki ini Muhammad Hassan ini meruntun jiwa mengenai kisah sebuah keluarga serba daif ini. Mereka seramai 14 orang tinggal disebuah rumah yang uzur termasuk seorang menantu lelaki dan 4 orang anak OKU. Lebih menyedihkan, ibu kepada anak-anak kecil ini mempunyai masalah kesihatan, hyperthyroidism.
Masih ingat makcik yang kutip kulit ayam untuk hidangan keluarga mereka?
Syukur sangat dapat juga jumpa rumah beliau hari ini. Sebenarnya kami dah cari hampir 4 hari. Turun asar hinggalah berbuka masih juga tak ketemu. Ya Allah susahnya nak cari jalan masuk rumah beliau.
Saya tengok dari jauh dah mula sebak. Kami sampai depan rumah beliau semua anak anak keluar menyambut kami dengan penuh gembira. Bila saya minta izin masuk dalam rumah, ya Allah.. daif sangat sangat.
Saya masuk dapur memang betul ada kulit ayam yang sedang digoreng dan ikan rebus untuk berbuka puasa.
Saya tak boleh bayangkan rumah sebesar ini dihuni seramai 14 orang termasuk seorang menantu lelaki dan 4 orang anak OKU. Suami pula uzur,makcik ini pula ada masalah kesihatan. (Hyperthyroidism).
Pendapatan pula hanya bergantung kepada hasil dari jualan pucuk pokok nipah yang digunakan sebagai rokok daun.
Tadi kami beri sedikit sumbangan barangan keperluan dapur . Insyaallah keluarga ini saya akan pantau dari masa ke semasa,terutama persekolahan anak,kebersihan rumah dan kesihatan anak anak beliau.
Saya pesan kat makcik tadi. Lepas ini jangan lagi kutip kulit ayam ya. Makcik pergi je ambil apa sahaja keperluan dapur kat kedai ayam tu,nanti saya akan bayar semua.
Sahabat. Pandanglah sekeliling kita. Carilah mereka yang sangat memerlukan kita. Jangan persoalkan kenapa dan kenapa. Mereka sikit pun tak meminta minta dari kita,bahkan setiap kesusahan mereka kita akan dipertanggungjawabkan kelak. Apa saya nak jawab depan Tuhan?
Kepada yang ingin memberikan sedekah di bulan Ramadan boleh whatsApp nombor 011-12887515 kepada encik Muhammad Hassan. Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan dan ada cahaya sinar kegembiraan untuk mereka meraikan syawal tidak lama lagi.