Pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan, Naz Rahman yang mendedahkan punca berat badannya semakin menurun setelah 10 kali dibedah akibat tumor yang dikenali sebagai gastrointestinal stromal tumor (GIST) di dalam perutnya.
Memetik laporan daripada Siakap Keli, Naz diakatakan telah hilang lebih 14 kilogram selepas melakukan pembedahan dan saiz perutnya turut berkurangan sebanyak 15 peratus.
Tambahnya lagi, penyakitnya bukan sahaja baru terjadi sehingga ramai orang membuat pelbagai spekulasi terhadapnya.
“Saya pernah ada tumor di dalam perut, dah lebih 4 tahun keadaan begitu juga. Ramai yang tanya kenapa saya kurus. ‘kau ni hisap dadah ker?,” kata Naz.
Walaubagaimanapun, Naz tetap kuat dan kekal ceria demi keluarga tercinta. Isterinya Sheahnee Iman Lee dan tiga orang anaknya, Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Ziyad Aakil menjadi sumber kekuatannya selama ini.
“Saya masih boleh bekerja, saya masih ada nyawa, boleh merasa nikmat kehidupan dan saya masih hendak melihat anak-anak membesar. Jadi saya ambil keputusan untuk positif,” luah Naz.
Sumber: Siakap Keli