Runsing masalah perut yang sering terasa sebu dan nampak buncit elok kiranya amalkan minum jamu ini.
Menyediakan jamu ini juga mudah dan tidak memerlukan bahan yang sukar, semuanya sedia ada di dapur. Jom semak bahan-bahannya.
Kome ada masalah uk uk tak lawas! Kome ada masalah angin kush-kush hota heyy!!Kome ada masalah sebu perut!
Kome ada masalah peyut muncit! Kome nak kurus secara alami…Cikpooja amalkan nie je Jamu Halia Madu
Bahan-bahan pun mudah..
2 inci halia tua
2 biji limau nipis@ 1biji lemon
3 cawan air
1/2 cawan madu
Cara2 nak masak dia…ikut step kat pic yea
Step 1: Potong limau dan halia membulat.
Step 2 : Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air 3 cawan. Renih hingga air berbaki 2 cawan.
Step 3 : Masukkan dalam cawan dan biarkan suam. Kemudian masukkan dalam pengisian dan campur 1/2 cawan madu. Kisar halus.
Step 4 : Siap. Isi dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Ambil 3 sudu besar 2 kali sehari.
Nie cara cikpooja kurus secara alami…Selepas berpantang…baby dah 2 bulan…baru cikpooja amalkan minum ni…lelemak pon tak tepu lagi sebab baru habis pantang..sebab tu senang nak kikis.
Kalau lelemak kome dah jadi lemak tepu…bertabah la yea…lambat cikit la dia nak cair…..
Apa-apa pon yang kita buat…bergantung pada usaha konsisten nya seseorg tu yea…sbb kita ni Allah cipta kan sama…tapi berbeza…mohon hadam.
Sumber : Cik Pooja via MAHN