Red dates (jujube) atau kurma merah bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan oleh kaum Cina, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis masakan harian mereka. Dikatakan kurma merah ini mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri dan jika diamalkan akan memberi manfaat pada tubuh badan dan dikatakan rahsia untuk kekal awer muda.
Begitu juga dengan air rebusannya apabila diamalkan oleh ibu-ibu dalam pantang akan mampu memanaskan tubuh serta menambah bekalan susu badan menjadi lebih banyak.
Buah kurma merah ini juga sering dilabelkan sebagai ‘the king of nuts’, kurma merah kering dengan isinya yang lembut dan beraroma manis sering kali ditemui sebagai penambah rasa yang istimewa.
Untuk itu, apa kata kita pelajari satu resipi sup ayam yang dicampur dengan kurma merah ini bersama herba-herba Cina yang lainnya untuk dinikmati bersama keluarga. Bukan sekadar memberi variasi hidangan, malah seisi keluarga dapat khasiat daripada hidangan tersebut.
Resipi yang dikongsikan oleh Deyana Hatazad ini ringkas penyediaannya dan bolehlah dicuba.
Resepi Sup Ayam Organik Herba Cina
Bahan-bahan:
1 paket herba cina (beli kat pasar di kedai jual herba cina)
Antara yang dalam paket tue ada kurma merah, barli cina, longan kering, biji teratai, dried magnolia petals, wai san, gingko, herba kayu 1 lagi tak tahu nama)
Ayam organik 1 mangkuk ( elok guna ayam organik atau ayam kampung )
500ml air
Halia sikit
1 sudu lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak :
- Rebuskan barli cina dan biji teratai sehingga lembu.
2. Masukkan ayam organik, wai san, herba kayu dan dried magnolia petals
3. Masukkan halia, lada hitam dan garam
4. Reneh api kecil dalam 30minit
5. Baru masukkan longan kering, kurma merah dan gingko ( tak perlu lama nanti tak sedap )
6. Renehkan lagi dalam 15 minit
7. Dah siap
Ekstra info :
Ibu mengandung, ibu dalam pantang, orang-orang tua serta kanak yang demam dan selsema bagus diberi sup ini kerana sup ini mempunyai khasiat :-
– Anti radang, anti virus, anti batuk, anti kekejangan dan decongestant yang dipercayai bertindak secara sinergi dalam meredakan penyakit2, demam, selsema dan flu
– Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku kerana kandungan gelatin dan pelbagai mineral termasuk zink
– Menguatkan tulang-tulang
– Memberi kesegaran badan yang lemah dan penat
sumber : Deyana Hatazad via MAHN