Red dates (jujube) atau kurma merah bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan oleh kaum Cina, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis masakan harian mereka. Dikatakan kurma merah ini mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri dan jika diamalkan akan memberi manfaat pada tubuh badan dan dikatakan rahsia untuk kekal awer muda.
Begitu juga dengan air rebusannya apabila diamalkan oleh ibu-ibu dalam pantang akan mampu memanaskan tubuh serta menambah bekalan susu badan menjadi lebih banyak.
Buah kurma merah ini juga sering dilabelkan sebagai ‘the king of nuts’, kurma merah kering dengan isinya yang lembut dan beraroma manis sering kali ditemui sebagai penambah rasa yang istimewa.
Untuk itu, apa kata kita pelajari satu resipi sup ayam yang dicampur dengan kurma merah ini bersama herba-herba Cina yang lainnya untuk dinikmati bersama keluarga. Bukan sekadar memberi variasi hidangan, malah seisi keluarga dapat khasiat daripada hidangan tersebut.
Resipi yang dikongsikan oleh Deyana Hatazad ini ringkas penyediaannya dan bolehlah dicuba.
Resepi Sup Ayam Organik Herba Cina
Bahan-bahan:
1 paket herba cina (beli kat pasar di kedai jual herba cina)
Antara yang dalam paket tue ada kurma merah, barli cina, longan kering, biji teratai, dried magnolia petals, wai san, gingko, herba kayu 1 lagi tak tahu nama)
Ayam organik 1 mangkuk ( elok guna ayam organik atau ayam kampung )
500ml air
Halia sikit
1 sudu lada hitam
Garam secukup rasa
Ads
Cara-cara memasak :
Rebuskan barli cina dan biji teratai sehingga lembu.
2. Masukkan ayam organik, wai san, herba kayu dan dried magnolia petals
3. Masukkan halia, lada hitam dan garam
4. Reneh api kecil dalam 30minit
Ads
5. Baru masukkan longan kering, kurma merah dan gingko ( tak perlu lama nanti tak sedap )
6. Renehkan lagi dalam 15 minit
7. Dah siap
Ads
Ekstra info :
Ibu mengandung, ibu dalam pantang, orang-orang tua serta kanak yang demam dan selsema bagus diberi sup ini kerana sup ini mempunyai khasiat :-
– Anti radang, anti virus, anti batuk, anti kekejangan dan decongestant yang dipercayai bertindak secara sinergi dalam meredakan penyakit2, demam, selsema dan flu
– Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku kerana kandungan gelatin dan pelbagai mineral termasuk zink
Rata-rata warga maya memuji penampilan tersebut dan mendoakan semoga Fazeera istiqamah dalam menutup aurat.
Sekadar info, Fizo bernika dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Orang kita memang terkenal dengan pelbagai petua dan hingga kini masih kekal diamalkan bagi pelbagai tujuan. Salah satunya adalah bagi tujuan penjagaan rahim. Istimewanya tentang petua nan satu ini, tidaklah perlu diamalkan setiap hari. Memadai diambil sekali sebulan, atau dengan lebih tepat lagi sekali selepas habisnya haid.
Nak tahu apakah bahan penyediaan herba tersebut, yang dikatakan berfungsi untuk ‘mencuci’ rahim agar lebih bersih dan sihat selepas tempoh period. Jom semak!
Bahan-bahan:
Halia sebesar ibu jari
Kunyit sebesar ibu jari
2 batang serai
2 helai daun pandan-disimpul
3 cawan air
2 helai daun sirih
1 biji manjakani
Sedikit gula batu atau madu
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Rebus sehingga menjadi satu cawan air.
3. Sedia untuk diminum ketika suam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sayuran bayam ini tengah viral di sana -sini. Selain rasanya yang sedap, ia juga kaya dengan khasiatnya iaitu. Antara nya membantu melawan kanser, mngekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K, menguatkan tulang, membantu menurunkan berat badan dan banyak lagi.
Buat ibu-ibu yang nak cuba , apa kata cuba pula menu Bayam Brazil celup tepung dari perkongsian Dania Danisha. Selamat mencuba!
Resepi keropok bayam Brazil Cara saya
Cara membuat:
Bersih Kan bayam Brazil sampai btol2 bersih. Rendam dlm banyak Air sbb nk tanggalkan pasir yg byk melekat bawah2 daun. Bilas sampai bersih tau..
2.Gaul dgn telur. Utk sebesen ni Sha taruh 3 biji telur Baru nt Tepung elok melekat
3. Gaul dengan Tepung Kentucky. Atau Tepung goreng Ayam Ala2 KFC tu.. Yg ni Sha Guna Tepung Kentucky Jenama Nona Hot & spicy. Gaul Tepung sampai rasa elok melekat pd bayam Brazil tu
4, Sha x de sukatan berapa byk Tepung. Ejas sendiri jer sampai rasa puas hati
5. Gaul sampai mcm ni.. Agak kurg blh tambah Tepung lg. Nk tau hasilnya ok ke tidok try goreng setangkai dua. Klu ok.. Tak payah tambah Tepung. Klu tak ok tambah laa Tepung sampai nampak ok
Goreng sampai garing. Jangan sampai hangit yer.. Nt pait plak..
Dah siap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita jual rantai emas untung RM16,404, dulu beli baru RM2,300. Ramai masih menganggap emas hanyalah untuk bergaya dan menambah seri penampilan, tetapi hakikatnya, emas merupakan aset bernilai yang mampu memberikan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang.