Kurangkan Marah Anak Sepanjang Bulan Mulia, 7 Tip Kawal Kemarahan Ibu-Ibu Perlu Tahu

Share

Hubungan kekeluargaan pastinya tidak lepas daripada ditimpa masalah. Marah adalah satu penyakit emosi yang sememangnya sukar dikawal. Apabila dimarahi atau memarahi ahli keluarga, banyak perkara yang perlu anda fikirkan.

Jangan hanya sewenang-wenangnya melemparkan kemarahan anda tanpa usul periksa. Ini semua akan hanya mengundangkan masalah kecil hati dan punya impak yang besar dalam hubungan.

Tambah lagi ketika ini kita sedang berada di bulan puasa nan mulia. Ada baiknya kita mengawal kemarahan yang meluap-luap. Semua ini adalah bisikan syaitan yang tidak sihat untuk minda kita.

Tip tenangkan diri ini patut anda contohi bila setiap kali anda marah.

Tip Kawal Kemarahan


*Tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan supaya oksigen mulai masuk ke kepala dan ini membuatkan anda akan mula berfikir dengan lebih mendalam serta rasional.

* Duduk dalam keadaan badan tegak, letakkan kedua tangan di atas paha dan genggam tangan kemas. Buka dan genggam tangan anda dengan pantas sambil menarik nafas yang dalam. Ini akan membantu tubuh menjadi lebih relak dan kemarahan juga makin reda.

*Perlahankan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan.

*Kendurkan dan regangkan otot-otot yang tegang akibat kemarahan melampau.

*Berfikirlah secara rasional dan positif sebaik oksigen mulai masuk ke kepala. Berfikirlah dengan lebih membina dan kawallah kemarahan perlahan-lahan.

*Membuat sedikit lawak jenaka pastinya buat minda anda lebih terbuka dan relaks. Secara tidak langsung kemarahan juga makin reda.

* Jika perlu, beralihlah dari persekitaran dan sumber yang menyumbangkan kepada perasaan marah anda. Keluar dari rumah atau bercucuk tanam di luar rumah pastinya buat mood anda semakin baik.