Kurangkan Makanan Manis Dalam Keluarga Ye! Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Share

Memang best makan makanan manis, terutama kek, coklat atau aiskrim. Malah kadang-kala, ibu ayah pun gemar membeli anak-anak makanan manis ini. Hakikatnya makanan manis ini selain bahaya untuk kesihatan, ia juga boleh menjejaskan daya ingatan seseorang orang.

Oleh itu, demi memastikan kehidupan keluarga anda sihat, kurangkan pengambilan makanan manis. Ikuti penjelasan doktor ini DrRizal Abu Bakar

dengan hurian yang mudah untuk kita fahami. Jadi berubahlah sekarang demi memastikan keluarga selamat dan sihat.

_________________________________________________________________

KENAPA CEPAT LUPA?
Apa rasa apabila dicubit? Sakit? Apa pula kesan warna pada kulit akibat dicubit? Merah?

Bagaimana pula kalau kita dicubit setiap hari?

Dicubit di tempat yang sama. Sehari 4 hingga 5 kali. Dari sehari tukar kepada minggu.

Dari minggu tukar kepada bulan. Akhirnya bertahun dicubit. Di tempat yang sama.

Bayangkan kesan cubitan itu? Lebamkah? Tertanggalkah kulit?

Otak kita juga kena penangan kesan seolah olah dicubit. Merah menyala jadinya. Bahasa mediknya ialah keradangan atau inflamasi.
.
Kesan ini berlaku setiap hari. Berlaku pada pusat memori. Namanya hippocampus.

Apabila kita makan makanan bergula kita seolah mencubit cubit pusat memori ini. Hippocampus akan beraduh. Menjerit kesakitan.

Malangnya kita tidak dengar jeritan dan rayuannya. Kita terus telan makanan dan minuman manis. Terus bedal semahunya.

Hippocampus menjadi lemah. Ada selnya yang mati. Maklumlah dicubit 5 kali sehari. Setiap hari. Tanpa jemu.

Apabila mahu ambil makanan bergula, ingatlah ada jeritan kesakitan pada hippocampus. Akan ada kematian.

Apabila hippocampus sakit dan selnya mati, kita tidak akan mampu mengingati. Lupa akan jadi penyakit kekal abadi.
.
#DrOtak
#AmazingBrainAmazingYou
#cocoOCOC

Sumber: FB DrRizal Abu Bakar