Kurangkan Berat Badan, Rajin Amal Minuman Hijau Ni!

Share

Memulakan langkah untuk menurunkan berat bedan dan sekali gus mendapatkan berat badan ideal dan kekal awet muda, apa kata anda amalkan minuman kesihatan yang dikongsikan ini.

Penyediaannya cukup mudah dan bolehlah dicuba untuk mendapatkan manfaatnya seperti mana yang dikongsikan oleh wanita ini.

Assalamualaikum semua.

Di hari yang penuh barakah ini saya ingin kongsikan satu petua dan juga menu sihat.

Amalan ini saya gunakan untuk mengurangkan berat badan.

Boleh juga diamal oleh ibu yang selepas melahirkan untuk membanyakkan pengeluaran susu badan.

Khasiat

🌺Mengatasi sembelit
🌺Megurangkan angin dalam badan
🌺Mengatasi masalah dan
mencantikkan kulit
🌺Mengurangi kadar lemak setelah di amalkan selama 2 minggu
🌺Menguatkan Imunisasi bagi cegah
penyakit
🌺Mengatasi masalah kencing manis
dan menurunkan kadar glukos
🌺Melancarkan perjalanan darah
🌺Rahsia awet muda

BAHAN-BAHAN

 

1) Halia
2) Pegaga (bersama akarnya jika ada)
3) Segelas air
4) No sugar!

Semudah A B C kan?
Tapi sangat berkhasiat!

Cara-cara

Blendkan semua bahan,tapis dan minum.
Boleh juga campurkan sedikit madu jika mahu

 

Nota: Hampas boleh di buat scrub

Sumber : Azwani Muzammel