Bila ada ulser di dalam mulut akan menyebabkan rasa tidak selesa, sakit, pedih serta sukar untuk makan, minum malah bercakap pun payah.

Memahami dan mengenal pasti punca penyebab lepuh atau ulser mulut ini juga terasakan penting agar ianya dapat dielakkan.

Nak tahu detail, ikuti perkongsian daripada Dr Ahmad Samhan ini. Semoga bermanfaat.

9 FAKTA TENTANG ULSER MULUT

1. Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau “mata ikan” ini adalah luka pada mukosa mulut. Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.

2. Ulser boleh timbul kerana stress,kekurangan zat makanan, kurang rehat atau tidur, keadaan mulut yang kotor,perubahan hormon,jangkitan virus dan kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.

Ads

3. Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Sivakama Sunthari, berkata ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom awal kanser mulut.

4. Kanser ‘squamous cell carcinoma’ (SCC) adalah barah paling kerap berlaku di dalam rongga mulut, iaitu 90 peratus daripada kes semua kanser dalam mulut.

Kurang Rehat Pun Boleh Jadi Penyebab Ulser Mulut. Ketahui Fakta Lain Tentangnya!

Ads

5. Tips mengelakkan dari terkena ulser mulut adalah minum air 2 liter sehari,urus stress dengan baik,tidur secukupnya,berus gigi selepas makan,pastikan gigi palsu bersih,hindari fake braces,makan sayuran/buah(tinggi vitamin) dan berhenti merokok.

6. Kanak-kanak kurang dari 16 tahun ditegah dari menggunakan bonjela. Bonjela mengandungi Salicylic Acid. Salicylic Acid adalah kandungan dalam ubat yang dinamakan Aspirin(ubat cair darah).

Kurang Rehat Pun Boleh Jadi Penyebab Ulser Mulut. Ketahui Fakta Lain Tentangnya!

Ads

7. Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran ini sejak 2006, Aspirin boleh menyebabkan risiko Reye Syndrome. Satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian.

8. Untuk kanak-kanak kurang 16 tahun, disarankan menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi Hyaluronic Acid seperti Aftamed Gel, Aloclair Gel, Aloclair Spray dan Oral 7 gel.

Kurang Rehat Pun Boleh Jadi Penyebab Ulser Mulut. Ketahui Fakta Lain Tentangnya!

9. Selain itu, rawatan seperti berkumur dengan air garam, berkumur dengan antiseptik dan guna gel aloe vera juga digalakkan.

Sumber : Dr. Ahmad Samhan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI