Kehidupan sebelum dan selepas berkahwin pastinya berubah 360 darjah apabila mempunyai anak-anak. Namun setiap pasangan harus saling melengkapi dengan membantu antara satu sama lain. Hakikatnya kurang duit boleh cari, kurang masa tidak boleh dibeli. Oleh itu, setiap pasangan harus hargai antara satu sama lain. Begitulah perkongsian yang dipaparkan oleh Ade Azhar Ismail yang menyentuh bagaimana kekurangan masa dihadapi isteri lebih banyak berbanding suami setelah berkahwin. Ikuti perkongsiannya.
Tahu tak apa yang berkurangan selepas seseorang lelaki dan perempuan tu berkahwin?
Lelaki – kekurangan duit. Tanggungjawab semakin besar. Nak sara anak orang dan anak sendiri.
Bil-bil bertambah. Dulu sewa bilik, sekarang sewa rumah. Dulu boleh naik kapcai je, sekarang kurang-kurang kena ada kancil nak bawa anak-anak.
Isteri kurang masa berbanding suami
Perempuan – kekurangan masa. Semua masa yang ada dikorbankan untuk suami dan anak-anak.
✔ Dulu tetiap bulan pergi spa dan saloon. Sekarang spa ke mana, saloon ke mana. Terkejar-kejar dengan anak sampai rambut mengerbang kat rumah.
✔ Dulu mandi 30 minit paling cepatlah tu. Sekarang kalau dapat mandi 3 minit tanpa anak gendang pintu da kira nikmat.
✔ Dulu kalau rajin masak. Kalau malas beli je. Sekarang rajin ke malas, sihat ke sakit kena masak. Kalau bukan untuk diri sendiri dan suami, untuk anak-anak yang tak mengerti apa-apa.
✔ Dulu dapat tidur nyenyak tahap beta alpha memalam. Sekarang setakat ada lingkaran gelap bawah mata tu bukti ibu mithali berjaga malam.
✔ Dulu tiap kali keluar baju biru, handbag biru. Baju kuning handbag kuning. Sekarang cuma ada satu beg je – beg diapers.
✔ Dulu balik kerja boleh hang out dengan girlfriends. Sekarang sharp kol5 terus punch balik. Sebab nak amek anak kat pengasuh.
Sampai rumah nak masak pulak. Nak basuh baju. Nak sidai baju. Baju basuh malam tadi yang dah kering nak kena lipat.
Suami dan anak-anak dah terbongkang tidur, dia masih macam lipas kudung buat kerja-kerja rumah.
Nampak tak siapa sebenarnya yang lebih banyak ‘kekurangan’ selepas berkahwin? Kurang duit boleh cari, bro. Kurang masa kau tak boleh beli.
So, hargailah isteri korang. Setakat dia mintak Gucci baru dan pandora seurat untuk nak dekat-dekat raya ni apalah sangat kalau kau usahakan.
Ade Azhar ismail.
Masih cuba☺️