Bila kurang darah biasanya seseorang itu akan rasa seakan hendak pitam. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu sedang mengandung. Kekurangan darah atau juga dikenali darah rendah, tips ini sesuai diamalkan.
Sejak akhir akhir ni ramai yang tanya akak tips tok naik kan HB… jadi kat sini akak kongsikan cara menambah HB selain meminum jus guava, boleh amalkan petua lama ini.
Ads
1.Halba sepeket di goreng kering
2.Ambil sesudu dari sepeket tu di rendam dengan air panas hingga suam.
3. Tambah secamca madu asli dan minum ketika suam.
Ads
Amalkan meminum air halba ini 2 kali sehari untuk menambah darah dan meningkatkan susu badan bagi yg susu semakin kurang.
Ads
Semoga bermanafaat
sumber : berpantangbynazirafrijand
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang belum pernah mengerjakan haji pasti tertanya-tanya bagaimanakah perasaan bila berada di sana. Tambahan pula andai pergi bersama suami, apa pula pengalaman menarik yang sering dirasai oleh jemaah haji sepanjang berada di bumi barakah.
Katanya hubungan dengan pasangan semakin romantik, ini sebagaimana perkongsian pengalaman daripada Siera Haiyi.
So kawan-kawan..inilah dianya kerja haji ni. Mudah ke susah? Ada orang rezekinya mudah. Ada yang susah. Apapun kita terima saja apa Allah nak beri pada kita.Terima dengan sabar. Bak kata ustaz saya , “Haji ini kita kena set mind kita yang ianya TAK MUDAH. Kalau kita dah set mudah, nanti berlaku kesusahan kat sana kita akan frust. Tak redha dan hilang sabar”
Dan saya pernah juga terbaca,“TIDAKLAH NAMANYA HAJI JIKA TIADA KESUSAHAN”. Jadi fahamlah kita yang haji ini bukan kerja mudah-mudah. Tapi tak mustahil untuk kita laksanakan kan?
KORANG YANG BACA NI RASA PENAT TAK KERJA HAJI NI?
So…Sebenarnya inilah antara MISSION besar saya kenapa saya berkongsi kisah haji saya.
Saya nak rakan-rakan bersedia mental, fizikal dan emosi dari sekarang. Saya amat amat sarankan rakan-rakan untuk pergi haji diusia muda. Bayangkan kita yang muda pun rasa penat dan sukar, inikan mak ayah kita yang dah berusia tu. Memang kesian sangat.
MUDA IS THE BEST TIME TO DO HAJJ.
Tengah sihat,bertenaga dan minda masih kuat.Tolak tepi semua alasan. Alasan kerja, jaga anak, tak ada cuti.
Sebab apa tau? Selagi kita tak tolak alasan-alasan ni selagi itulah kita akan ada je alasan betul tak? Yakin, Allah akan mudahkan kerja kita. Percayalah. Dahulukan hak Dia,Dia akan beri segala hak kita balik. Sebab saya dah rasa semua ni betapa lepas satu-satu Allah mudahkan kekusutan hidup saya apabila saya pergi haji.
Dan paling best sekali..PERGILAH DENGAN SUAMI. MasyaAllah. Rasa macam bercinta semula dengan suami sendiri! Rasa macam honeymoon. Romantik saja setiap masa.
Bukan saya je. Suami pun rasa macamtu. Bukan kami je. Malah ramai lagi pasangan lain yang rasa macamtu.
Begitulah magiknya bumi barakah. Magiknya kuasa Allah. Allah bukan jemput saja-saja. Dia jemput dengan HADIAH.
Jadi rakan-rakan…Tunggu apa lagi. Pasang niat untuk pergi haji awal.
Daftarlah nama di Tabung Haji. Hanya RM1,300. Nak pakai akaun KWSP pun boleh. Tanya staff Tabung haji.
Kalau dah daftar haji, buat surat rayuan. Bulan Disember ni dah boleh hantar dah. Nanti saya usahakan tunjuk sample surat rayuan saya dulu.
Lepas tu DOA. Setiap kali lepas solat,doa.
“YA ALLAH JEMPUTLAH AKU MENJADI TETAMU MU YA ALLAH. AKU NAK PERGI HAJI TAHUN 2018 JUGA. AKU NAK PERGI DIWAKTU AKU SIHAT. PILIHLAH AKU YA ALLAH”
Kerjalah rajin-rajin. Ada duit lebih,jangan beli kereta, rumah atau travel dulu,buat haji dulu. Percayalah, lepas tu rezeki lagi melimpah ruah Allah beri pada kita.
Saya doakan moga rakan-rakan cepat-cepat dapat panggilan haji. Dan semoga sharing ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat memberi gambaran buat anda semua.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya yang tak seberapa ini.Moga ianya menjadi dakwah kecil buat saya untuk rakan-rakan yang saya sayangi.
Tekanan darah tinggi dikenali juga sebagai penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Apatah lagi kebiasaannya penyakit ini tidak menunjukkan gejala yang jelas.
Atas sebab ini juga, satu-satunya cara untuk kita mengetahui dan memantau kesihatan sama ada seseorang itu menghidap tekanan darah tinggi adalah dengan mengukur tekanan darah dengan menggunakan alatan yang khusus sama ada dilakukan oleh pegawai kesihatan di klinik atau pengidap sendiri boleh menggunakan alat pemantau tekanan darah di rumah.
Mengukur dan mengetahui cara penggunaan alatan tersebut dan bagaimana membaca bacaan tekanan darah yang tepat adalah penting untuk diagnosis yang betul.
Atas sebab ini juga Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi info bagaimana menggunakan ‘Digital Sphygmomanometer’. Menurutnya, bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, Dr. mencadangkan agar beli “digital sphygmomanometer” agar dapat memantau sendiri tekanan darah di rumah.
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan.
1.Elakkan pengambilan minuman berkafein atau beralkohol 30 minit sebelum melakukan pemeriksaan.
2.Duduk diam dan rehat dengan bersandar di kerusi dan kaki tidak bersilang selama 5 minit sebelum mengambil bacaan tekanan darah.
3.Letakkan lengan di atas meja, sama paras dengan jantung.
4.Balut pembalut alat pembaca (cuff) pada lengan tanpa sebarang lapik baju.
5.Jangan bercakap ketika pemeriksaan.
6.Selepas mengambil bacaan pertama, ambil bacaan kedua tanpa membuka pembalut alat pembaca. Ambil bacaan kedua. Jika kedua-dua bacaan tidak jauh bezanya, ambil purata keduanya. Jika bacaan kedua terlalu jauh bezanya, ambil bacaan ketiga. Kira bacaan purata dari dua bacaan yang tidak jauh bezanya.
7.Simpan rekod bacaan setiap hari.
8.Lakukan pemeriksaan pada waktu yang sama setiap hari.
Perkongsian seorang suami ini tentang bagaimana sewajarnya menghargai seorang isteri, harus dipraktikan oleh semua lelaki.
Bila ini dilakukan, pastinya seorang isteri berasa bahagia dan syukur dikurniakan suami yang prihatin.
Nak tahu lebih lanjut, jom semak perkongsian ini.
Bila hantar isteri setiap pagi ke tempat kerja, kadang rasa kesian sangat.
Sepatutnya, bukan dia yang memikul tanggungjawab dan mencari rezeki ni.
Tapi, isteri tetap mahu membantu meringankan beban dalam setiap usaha dan kerja hari-hari.
Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam lrt, meredah hujan dan panas lagi,
Betapa kuatnya wanita hari ini hidup dan terus hidup lagi.
Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti.
Ini tipsnya.
1. Kadang kita takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita. Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali.
2. Tengah sibuk, tengah serabut, tengah kelam kelibut, jangan minta isteri melayani kita. Buatkan air, tolong urutkan badan, tolong gembirakan, tolong puaskan kita. Tengok isteri penat baru balik kerja, anak tiba-tiba nak susu, kita bangunlah buatkan. Sibuk pagi-pagi, kita tolong isteri siapkan baju anak-anak ke taska dan sekolah.
3. Isteri kalau penat, semua benda dia nak marah. Semua benda dia nak baling. Semua benda dia nak hangin. Cara bantu mereka adalah dengan sabar. Diam je. Pergilah siram bunga ke, betulkan meja makan ke, suap anak biskut ke. Tapi kalau dia rimas dan suruh kita berhenti buat apa-apa, bertukarlah jadi tiang. Yang kekal tegak berdiri.
4. Kalau isteri tunjuk bil, bagitahu perbelanjaan dan kewangan, itu yang paling isteri risau dan pening. Kalau kita tak mampu bantu, kita dengar dan bagi idea dan ingatkan isteri, tentang rezeki yang Allah nak beri. Kuatkan keyakinan dia. Ajak isteri berusaha lagi dan kita akan terus kuat untuk rumahtangga ini.
5. Hiburan isteri, satu sahaja dalam hidup ni. Suami! Ya! Suami adalah hiburan utama pada isteri. Kita kalau tidak menjadi sumber hiburan isteri, maka isteri akan mencari hiburan yang lain. Maka, hiburkanlah isteri. Jadilah seorang penyanyi. Seorang pelawak. Seorang penyair. Seorang penjual shawl.
6. Kalau isteri penat, peluklah dia. Letakkan bahu supaya dia boleh bersandar. Doakan isteri kita. Selawat dan ciumlah dahinya. Kita pun bukan suami romantik sangat, tapi apa yang kita buat ni, demi amanah yang Allah beri.
Hari ni,
Kita sebagai suami dan isteri, bukan lagi pasangan yang biasa.
Kita di uji dan di sakiti hari-hari.
Dengan tekanan dan sara hidup yang gila, dengan ujian di tempat kerja, soal anak yang hari-hari menambah sakit kepala, dan soal pasangan kita yang berubah dan menyakiti hati dengan sikapnya.
Jadi, apakah jalan keluarnya?
Apa sikap dan cara kita mendepaninya?
Hanya dengan kembali menjadi hamba. Hamba yang banyak memberi dari meminta. Yang terus berjuang dari mengeluarkan pedang dan ajak berperang.
Rumahtangga itu tempat untuk kita mengusahakan bahagia.