Ramai yang terlepas pandang, dengan membuang kulit udang dan hanya mengambil isinya sahaja. Sebenarnya, air rebusan kulit udang tu banyak kegunaannya di samping ada khasiat di dalamnya!
Udang yang baru sahaja dibawa naik dari laut dan masih segar, pasti membuatkan masakan menjadi lebih ‘manis’. Bukan sahaja isi, malah air rebusan udang juga boleh digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, ada sesetengah orang akan membuang kulit udang ke tong sampah.
Tahukah anda, sebenarnya terdapat rahsia di sebalik kulit udang yang anda anggap ‘sampah’ itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian info yang menarik daripada Doktor Mazliana Mazlan di Facebook miliknya.
Kulit udang jangan buang tau. Tinggi betul dengan kalsium, bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak-anak. Kalau udang kecil, ajak je anak makan sekali dengan kulit.
Kalau udang besar dan anak tak boleh makan, kopek siap-siap dan reneh sup kulit udang untuk anak. Simpan dan guna bila perlu.
Masuk sup kulit udang dalam sayur pun sedap sangat kan.Kita yang dewasa, kalau boleh makan udang sekali dengan kulitnya, itu pun boleh top up kalsium dalam badan kita. Kan makin berusia, makin rapuh tulang kita.
Khasiat lain dari kulit udang, selain kalsium adalah Fosforus, Iron, Magnesium, Zink, Sodium, Potasium dan Selenium. Banyak kan mineral yang ada.
Makanan yang kita selalu buang, yang tak nampak macam ada nilai pun, tapi sebenarnya banyak betul khasiat yang ada kan.
Inilah namanya real food. Betul-betul kita boleh panggil sebagai makanan dan ianya beri nutrisi pada tubuh badan anak.
Korang cuba cari udang laut k, insyaAllah pilihan lebih baik dari udang bela.
Kita cuba sama-sama tau, perbanyakkan real food tinggi nutrisi buat anak-anak. Dan elakkan ultra processed food yang mungkin boleh bawa keburukan pada anak-anak jika diambil dengan kadar yang kerap.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan