Kunyit hidup dan daun kunyit antara bahan yang kerap kita guna dalam masakan. Alang-alang sekarang ni ramai yang suka berkongsui cara menanam sayuran termasuklah juga kunyit, ibu-ibu boleh la cuba juga.
Nak jimat, lebih baik anda tanam sendiri di rumah, mudah juga nak guna ambil je tak payah beli lagi. Nak tahu cara yang mudah untuk menanam kunyit, jom baca perkongsian saudara Mohd Nor
ini.
TIPS TANAM POKOK KUNYIT
Kalau ada kunyit lama yang dah tumbuh tunas… jangan dibuang… boleh disemai… letak dalam bekas & isikan sedikit air agak2 basah bawahnya saja dan bukan sampai terendam.
Apabila akar dah mula keluar bolehlah dipindahkan ke pasu… jangan tanam dalam sangat kerana kunyitnya boleh rosak & membusuk… pokok boleh mati… timbuskan sikit2 je… siram sikit2 & jangan terlalu banyak air… letak ditempat teduh… semoga bermanfaat.
Cara tanam pokok kunyit
Letak dlm bekas & letak sedikit air… apabila akar keluar dah boleh pindahkan ke pasu…
Tanam jangan dalam sangat… kunyitnya boleh rosak membusuk…pokok boleh mati