
Kunyit hidup dan daun kunyit antara bahan yang kerap kita guna dalam masakan. Alang-alang sekarang ni ramai yang suka berkongsui cara menanam sayuran termasuklah juga kunyit, ibu-ibu boleh la cuba juga.
Nak jimat, lebih baik anda tanam sendiri di rumah, mudah juga nak guna ambil je tak payah beli lagi. Nak tahu cara yang mudah untuk menanam kunyit, jom baca perkongsian saudara Mohd Nor ini.
TIPS TANAM POKOK KUNYIT
Kalau ada kunyit lama yang dah tumbuh tunas… jangan dibuang… boleh disemai… letak dalam bekas & isikan sedikit air agak2 basah bawahnya saja dan bukan sampai terendam.
Apabila akar dah mula keluar bolehlah dipindahkan ke pasu… jangan tanam dalam sangat kerana kunyitnya boleh rosak & membusuk… pokok boleh mati… timbuskan sikit2 je… siram sikit2 & jangan terlalu banyak air… letak ditempat teduh… semoga bermanfaat.
Cara tanam pokok kunyit
Letak dlm bekas & letak sedikit air… apabila akar keluar dah boleh pindahkan ke pasu…
Tanam jangan dalam sangat… kunyitnya boleh rosak membusuk…pokok boleh mati
Letak ditempat teduh.
Petua Turun- Temurun Yang Ringkas Tapi Berkesan Untuk Kekal Cergas & Bertenaga. Cubalah Minum Jamu Orang Jawa

Kesibukan dengan urusan kerja dan rumah tangga adakalanya membuatkan badan kita jadi lesu dan tidak bermaya. Penat badan dan otak membuatkan kita jadi lemah dan malas sehingga mengabaikan penjagaan diri.
Kita mungkin biasa lihat orang dulu-dulu yang kekal cergas & ‘kuat’ biarpun sudah dimamah usia. masih bertenaga melakukan kerja-kerja seperti biasa. Rupanya mereka ada rahsia kenapa masih kekal fit dan cergas. Jom admin kongsikan petuanya!
Nie la rahsia kalau nak badan cergas. Amalan tradisi kami orang Jawa sejak dari zaman anak dara. Biasanya bila orang jumpa saya, orang tanya saya, jamu apa yang saya makan sampai “kuat” walau buat pelbagai jenis kerja dalam satu masa.
.
Nie la jamu yang mak saya ajar buat dan minum dan dari arwah nenek juga mak saya belajar. Boleh diamalkan tapi jangan selalu ya😊.
.
Bahan asas:
.
Untuk 3-5 kali minuman
.
2-3 biji lempuyang (yang nie wajib ada sebenarnya, tapi susah nak dapat)
2-3 ketul kunyit hidup
1 biji manjakani
3 inci Halia
1 sudu besar gula melaka
2-3 sudu asam Jawa
3 gelas air masak
.
Lempuyang, Halia, Kunyit Hidup tu dibersihkan dan dikisar halus dan dicampur dengan sedikit air. Manakala manjakani pula dibersihkan dan dikisar kering.
.
Tapiskan kesemuanya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serbuk manjakani yang dah dikisar tadi, gula melaka dan asam jawa dan tambahkan air masak.
.
Masak sehingga lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Tapis dan sejukkan.
.
Sedia diminum.
.
*Boleh diminum bila² masa saja. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Tambahan:
.
Tak perlu la minum jamu ni hari². Bila rasa badan tak sedap, boleh la buat dan minum. Sebulan sekali dua pun ok. Saya sendiri bila rasa badan tak sedap, baru buat dan minum. Bagi yang baru bersalin, elakkan dulu minum. Kalau nak minum tunggu baby dah bebas jaundis atau dah nak habis pantang atau selepas berpantang. Nie amalan saya dari zaman anak dara ( sejak berumur 13 tahun sehingga sekarang dah hampir nak ke 40an).
.
Ada orang mungkin tak serasi. Ikut keserasian badan juga ya😉
.
Kredit : Suhaili Ellie Mohamed Tauhid
“Semoga Tenang Hero. Saya Akan Sentiasa Beritahu Anak Betapa Baiknya Kamu.” Lelaki India Ini Kongsi Kisah Bersama Muhammad Adib.

Memasuki hari kedua kepulangan allahyarham Muhammad Adib ke Negara Abadi, pelbagai pihak bercerita dan berkongsi pengalaman bersama dengannya.
Terbaru menerusi faceebook, seorang lelaki keturunan India berkongsi beberapa keping foto kenangan ketika bersama Allahyarham.
Menurut Prema Mathibalan, Allahyarham cukup baik melayan mereka sekeluarga.
Semoga tenang Hero. Anak saya ada kenangan bersama kamu. Saya akan selamanya beritahu mereka betapa baiknya kamu melayan kami. Saya kehilangan kata-kata.
Saya marah saya sedih. Kamu tak sepatutnya dilayan begini. Berehatlah.
Melihat dia di dalam gambar ini. Bolehkah orang yang menyakiti bawa dia kembali. Dunia tidak adil.
Perkongsian tersebut mendapat respond positif daripada netizen.
Sarah Samsuri X mampu nk kata apa² Al-fatihah bt Adib
Ralph Lauren Badan yg sihat penuh semangat dgn hati yg waja utk membantu tanpa mengira bangsa n agama…xspttnya diperlakukan sedemikian dgn kejam sehingga meninggal ….tp takdir Allah itu pasti
Terlalu sakit utk engkau menanggungnya
Damailah kau di Sana..
Tamarai Selvi Roytuz It’s really sad, hmm hope he rest in peace.. I hope the police can take action on this matter strictly..
Nur Atiey Mohammad al fatihah damai la kamu disana adib. semoga allah mengangkat roh mu setinggi darjat mu… semoga kamu adib ditempatkan golongan org2 yg soleh n beriman amin3 ………..
Ingat Susah Tanam Cendawan Tiram, Rupanya Mudah Sangat. Ni Kena Tahu!

Rupanya tidak susah pun untuk menanam cendawan di rumah dengan syarat boleh ikuti sepertimana yang dikongsikan oleh Syafiq Baharin.
Alhamdulillah dah mula keluar hasil cendawan ni. Ingatkan susah, senang je rupanya.
1. Beli bongkah kat Shopee, RM2.50 gitu per bongkah.
Tips : Cari seller yang jual bongkah yang dah matang, so tak perlu tunggu lama untuk keluar hasil. Kalau tak lama juga nak tunggu bongkah tu matang. Ni hasil lepas 4 hari je.
Tips 2 : Nak tahu dah matang or belum, tengok bawah tapak bongkah ni. Kalau dah putih kat bawah tu, dah matang lah tu.
2. Kain balut tu optional je, cendawan ni suka suhu yang lembab & sejuk sikit. Jadi bila balut kain tu, kita siram je air kat kain tu 2 kali sehari. Kalau rajin 3 kali. Bila ada kain tu, lama la sikit tahan lembab dia tu.
3. Tak perlu tempat gelap pun. Dulu ingat wajib gelap. Rupanya cukup teduh, tak panas dan ada udara yang cukup.
4. Bila sampai bongkah tu, yang saya beli ni tak perlu korek pun lepas buka penutup tu. Balut & siram dengan air je kat kain tu. Janji air tak masuk kat dalam ‘pintu’ bongkah tu. Siram air kat atas je.
Jangan pi rajin masuk jari dalam tu, jari kita banyak bakteria. Ganggu pertumbuhan cendawan.
5. Done. Tunggu hasil je insyaAllah.
6. Nak tuai, just tarik je sambil goyang-goyangkan sampai tercabut habis semua akar dia. Jangan pi gunting pulak ye. Kena bagi keluar habis sampai akar.
7. Then ambil lah sudu kecik ke, kasi rendam dalam air panas dulu ke, biar sudu tu takda bakteria jahat. Lepas tu korek sikit saki baki akar putih yg melekat lepas dari baru tuai tu.
8. Lepas tu tutup semula bongkah tu. Rehatkan dalam seminggu tanpa siram.
9. Buka semula penutup dan mula siram semula kain tu. insyaAllah cendawan akan keluar semula.
10. Boleh 4 ke 6 kali tuai, ikut tahap jagaan kita. InsyaAllah.
Manakala melihat di ruangan komen, ramai juga berkongsi info dan pengalaman.
Norhayati Mohd Zaini : Saya tambah sikit dari tips di atas berdasarkn pengalaman sy. Kalau penjagaan baik, bongkah boleh dituai beberapa bulan.. Bongkah yg baik, tiada kulat hijau di dalam bongkah atau bongkah menjadi keras dan kering. Pastikan bongkah tidak dimasuki serangga seperti lipas dan semut. Cendawan boleh dituai sebelum keliling cendawan menjadi kerinting atau tua. Bila tua (lupa tuai), spora putih akan bertaburan di sekeliling bongkah.
Fatin Farhana : Yg penting kena open air.. jgn letak benda ni dlm bilik tido
Isma Laily : klu nk bnyk cendawan lg bolehla tebuk dkt belakang tu. nanti cendawan akan keluar depan belakang
Ummi Lin : Saya pun Ada cendawan ni. Memang jimat. Skrg nk cari lagi bongkah, yang aritu dah bbrpa kali tuai, kecik dh cendawannya.
Sumber : Syafiq Bajarin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri