Dah jadi kebiasaan sekarang ini setiap keluarga mengambil gambar di studio supaya boleh diabadikan sebagai kenangan dan simpanan sendiri terutamanya di hari yang bersejarah seperti majlis konvokesyen dan hari raya.
Mana tidaknya, waktu itu kita boleh lihat jelas kecantikan ahli keluarga masing-masing dengan berpakaian yang serba kemas dan segak bergaya demi sekeping foto yang bakal menjadi bukti hubungan erat sesama sendiri.
Namun, dalam kegembiraan tersebut tidak lupa pada yang tiada. Pasti ada juga yang berduka kerana kehilangan orang tersayang sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya disambut bersama. Sejujurnya, hari raya tidak akan lengkap tanpa salah seorang ahli keluarga yang lain.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok Fitrin Ruslee yang juga merupakan seorang jurugambar dan juruvideo. Dalam satu video terkini, difahamkan dia sedang melakukan ‘photoshoot’ raya bersama-sama sebuah keluarga besar.
Melihat video itu, pada awalnya semuanya seakan baik-baik sahaja. Bagaimanapun sewaktu penggambaran baru hendak dimulakan, lelaki tersebut mula sebak dan teresak-esak kesedihan sambil menatap bingkai gambar di tangannya.
Ads
Rupa-rupanya, apa yang menyentuh hati adalah mereka baru sahaja kehilangan salah seorang ahli keluarga yang juga merupakan isteri kepada lelaki dalam video tersebut.
Dan apa yang lebih sebak, bingkai potret yang dipegang kemas di tangannya itu adalah gambar arwah isterinya yang baru sahaja ‘kembali’ ke Rahmatullah baru-baru ini dipercayai akibat kanser dan wabak COVID-19.
Tidak lagi mampu menahan segala rasa sedih yang menggunung di sebalik wajah, akhirnya terjurailah air mata pilu si lelaki itu biarpun suasana tersebut dirakam lensa kamera bagi sesi penggambaran mereka sekeluarga.
Ads
Menurut video yang dikongsikan, warna kuning lembut yang digayakan oleh mereka sekeluarga sebenarnya adalah pilihan arwah sendiri kerana ia adalah warna kesukaannya.
Turut berada dalam video tersebut adalah bapa kepada arwah yang juga memegang potrait wajah arwah dengan pakaian bewarna kuning lembut. Namun, bak kata pepatah, segarang-garang seorang ayah, hilangnya anak perempuan, hilanglah juga ‘dunianya’.
Tidak kurang juga, juruvideo tersebut, Fitrin Ruslee turut berkongsi nama sebenar arwah di ruangan komentar bagi memberi peluang kepada warganet untuk mendoakannya.
Ads
“Al-Fatihah. Semoga roh arwah Hanis Rahman ditempatkan bersama para nabi, siddiqin (orang-orang yang benar), syuhada’ (orang-orang yang syahid) dan solihin (orang-orang yang soleh). Amin,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut melontarkan rasa sebak mereka. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa dengan nasib menimpa suami arwah.
Sumber: Fitrin Ruslee
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebut tentang Kieda Crepe, pasti rata-rata mengenali pempengaruh media sosial dan juga usahawan Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra yang menjual pencuci mulut Crepe yang menggunakan sistem ‘support vendor dulu baru Kieda’ dan sering menjadi tumpuan ramai untuk membelinya.
Semalam, Kieda berkongsi khabar duka apabila bapanya meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam pada Selasa.
Perkara ini dikongsikan oleh Kieda di aplikasi TikTok dengan menyatakan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga terdekat.
“Kieda hilang lelaki pertama yang cinta dan sayangkan Kieda. Allah sayang abah lebih daripada kami sayang dia. Abah tarik nafas waktu kami ajar mengucap. Abah pergi depan isteri dan anak menantu.” katanya dalam video tersebut.
Malah, Kieda juga akui bahawa kehilangan ini adalah dugaan besar yang berlaku dalam kehidupannya.
“Dalam banyak-banyak ujian Kieda dapat bulan tujuh (Julai), ujian ini paling berat. Kieda boleh kuat dalam segala hal tapi bukan dengan kehilangan orang tua Kieda.
“Dalam pada itu, pengusaha makanan terkenal ini memohon orang ramai agar mendoakan semoga arwah bapanya ditempatkan di kalangan orang beriman.
“Kieda minta doa agar orang tua Kieda dipermudah segala urusan, ditempatkan dengan orang beriman. Alhamdulillah dia (bapa) tak sakit lama.
“Reda tu memang kena reda. Tapi antara reda dengan sayang tu, dia macam berbahagi sebab saya baru nak senang, nak bagi abah senang.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata membuat ucapan takziah atas pemergian ayahanda tercinta. Malah, ada juga yang mendoakan dan beri semangat buat kieda untuk terus tabah menghadapi ujian.
Tidak semua selebriti yang suka berkongsi kehidupan peribadi keluarga untuk tatapan orang ramai.
Selain privacy, ini juga salah satu cara menjaga keselamatan ahli keluarga. Namun pelakon cantik manis ini tidak lokek berbuat demikian.
Penampilan pelakon Zila Bakarin yang kini sudah bertudung dilihat semakin sopan juga turut meraih pujian ramai.
Zila mengambil keputusan untuk berhijab pada awal November 2018. Selepas itu, dia jarang muncul di kaca TV. Untuk rekod, Zila berkahwin dengan Azri Izhar pada 2008
Menerusi Instagramnya, pelakon cantik dan putih orangnya ni memuat naik gambar anak perempuannya iaitu Kaseh dan Cinta. Masing-masing kini berusia 9 dan 12 tahun di ruangan instagramnya.
Sebagai seorang ibu, naluri untuk melindungi anak sentiasa kuat, namun bagi Syasya, bekas anggota kumpulan Dolla, pengalaman pertama mengandung membawa cabaran besar.
Ketika kandungannya baru berusia 30 minggu, beliau hampir melahirkan bayi pra-matang, dan perasaan takut serta bimbang semakin mendalam apabila dimaklumkan bahawa bayinya mungkin tidak dapat bertahan hidup jika dilahirkan terlalu awal. Pengalaman ini memberi erti yang sangat mendalam tentang perjuangan seorang ibu.
“Ketika mengemas barang baby bersama suami, tiba-tiba saya rasa basah. Saya lihat ada darah tetapi tidak berasa sakit dan tertanya-tanya adakah ini normal?
“Jam 12 malam kami ke hospital, ketika itu saya sudah ada kontraksi selang 10 minit. Doktor kata kemungkinan besar saya akan bersalin pada hari itu atau keesokkan harinya.
“Baby baru 30 minggu, berat pun dalam 1.3 kilogram. Jika bersalin memang baby akan terus di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Saya sedih sangat kerana takut apa-apa berlaku jika dia dilahirkan ketika itu,” ujar Syasya.
Oleh sebab itu, Syasya telah ditahan di wad bersalin selama empat hari untuk doktor memantau keadaannya dan bayi dalam kandungan.
Kongsi Syasya lagi, perkara yang memberi kekuatan sepanjang detik cemas itu adalah doa Nabi Yunus, selain sering berbual dengan anak dalam kandungannya.
“Masa itu saya tidak fikir banyak, cuma doa kepada Allah supaya baby tidak keluar lagi pada masa itu. Jika dia keluar sangat berisiko dan saya harap dia boleh tunggu sampai waktunya.
“Setiap kali kontraksi saya tidak henti membaca doa Nabi Yunus yang dikongsi ibu, selain saya rajin berbual dengan baby sambil mengusap perut. Sebenarnya baby boleh faham apa yang kita cakap,” turut Syasya berkongsi pengalamannya dalam video yang dimuat naik di TikTok.
Syasya berasa lega apabila pemeriksaan kesihatan yang dijalankan selepas itu mengesahkan kandungannya berada dalam keadaan sihat dan pendarahan yang dialami juga telah berhenti.
“Masa mengandung ini harus selalu bersedia dengan perkara tidak terjangka. Perkara yang saya rasa tidak akan berlaku pada diri sendiri akhirnya berlaku. Jadi, berhati-hati dan banyak berzikir.
“Alhamdulillah, keadaan saya okey, kandungan pun sudah masuk 36 minggu dan hanya tunggu masa untuk lahir,” tutur Syasya.
Syasya melangsungkan perkahwinan dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada 21 April lalu selepas membuat pengumuman mengejut mengundur diri daripada kumpulan Dolla atas alasan peribad
Sumber: Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...