Kunci Rumah Tangga Bahagia Bila Isteri Masak & Hidang, Apa Salahnya Suami Pula Kemas Semua- Fazley Yaakob

Share

Di dalam sesebuah rumahtangga kena ada sifat memberi dan menerima  Suami isteri kena saling bekerjasama antara satu sama lain  Baik dalam semua hal termasuklah di dapur.

Kalau suami tak pandai masak, memadai tolong isteri kemas dapur atau cuci pinggan mangkuk.

 

Sebagai contoh, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangannya mengenai sikap kerjasama antara suami dan isteri di rumah.

Berkongsi paparan skrin dari laman Twitter yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Fazley berpendapat tiada salahnya untuk suami membantu isteri mengemas selepas selesai makan.

“Actually bukan perempuan yang pandai memasak je menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga, tetapi si suami yang rajin bantu basuh pinggan lepas isteri masak – bukan makan lepas tu tinggal je pinggan atas meja!

“Isteri dah masak, isteri dah hidang, apa salahnya suami pulak yang kemas semua?” kongsi Fazley.

 

Dato’ Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan  tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fazley bersetuju dengan pendapat cef selebriti itu.

sflenshq Setujuuu sangat ☺️☺️☺️👍👍👍

izzahfarahiyah @edfazli92 as you did everytime after we having meal together 😘

izzahfarahiyah @edfazli92 as you did everytime after we having meal together 😘

einzone_new_preloved Setuju sgt2!!! Kdg xtau apa mslh suami MALAS sgt basuh pinggan sendiri? Awat? Jatuh maruah ka basuh pinggan sndiri..bukan pinggan kita

hazrithhairi Thank you dato @fazleyyaakob . Saya ingatkan selama ni saya syok sendiri je. Hehehe

Sumber: IG fazleyyaakob