Wanita bernama Natalia Aivy Dibit berkongsi pandangan kenapa dia begitu mengagumi sikap dan perwatakan yang ada pada diri Datin Eina.
Baik dari segi penampilan diri dan juga karakter pelakon putih melepak ini mahupun cara pembawaan dirinya.
Perempuan macam saya pun suka tengok perempuan cantik dan berbakat. Saya adore Datin Eina sebab dia seorang yang sangat humble and down to earth. Dia mengaku dia baru belajar memasak masa dah kahwin. Dia ada maid but still masak setiap hari untuk keluarga. Look at her.
Leher kosong tiada aksesori berat.
Tangan kosong tiada aksesori berkilat.
Kuku pendek dan tak berwarna.
Dia tahu handle makanan tangan kena kosong dari aksesori, kuku kena pendek.
Dia lemah lembut bila bercakap dan terangkan satu per satu cara masak.
Periuk kukus itu legend. Orang sekarang dah guna macam-macam yang hebat dan auto masak. Datin Eina masih guna periuk legend. Itu belum kamu nampak blender kesayangan dia yang dia sayang nak tukar baru. Blender biasa. Mungkin blender itulah benda pertama dia beli untuk belajar memasak bagi suami dan anak-anak.
Datin Eina buat saya rasa dekat dengan dia sebab dia pakai serba biasa, bahan masakan mudah dan peralatan memasak yang mostly kita ada di rumah. Shes a dime with big heart.
Kunci kepada hati suami adalah air tangan seorang isteri. Itu yang saya belajar dari dia.
Women empowered women. Datin Eina Azman