Pasangan ini sememangnya sentiasa menjadi tumpuan netizen baik dalam lakonan mahupun rumah tangga. Sedikit masa lalu, mereka dihambat kntroversi, namun keutuhan kasih sayang antara keduanya membolehkan mereka mengecap bahagia bersama sepasang anak yang comel.
Lebih menyemarakkan lagi hubungan, kedua-duanya saling memberi hadiah terutama ketika menyambut hari istimewa. Sebelum ini Aeril Zafril menghadiahkan isterinya kereta dan Wawa Zainal turut berbuat demikian.
Terbaru, Aeril menghadiahkan rumah yang cukup cantik dengan dekorasi yang indah hasil sentuhan Lantera Timur membuatkan Wawa Zainal terpegun dan berterima kasih kepada suami kesayangannya itu.
Di dalam perkongsian mereka, rumah tersebut dibeli selepas enam tahun berumah tangga. Syukur kan dapat suami penyayang dan bertanggung jawab. Menurut Aeril, hubungan baik dengan isteri antara faktor seseorang itu murah rezeki.
“Jangan kita berputus asa, rezeki semua orang sudah tertulis cuma cara nak jemput rezeki itu sahaja yang berbeza.
“Saya amat berpegang pada pendirian bahawa kita perlu menjaga amalan dan hubungan dengan tuhan.
“Guru saya juga ada berpesan bahawa kunci kejayaan itu adalah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan isteri dan anak,” ujar Aeril
“Apa yang saya dapat hari ini bukanlah hasil usaha sekarang kerana ia adalah proses yang mengambil masa.
“Semua orang tahu kami hadapi kesukaran ketika baru berkahwin, tapi itu juga yang membuat kami kuat untuk menghadapi hari mendatang,” katanya.
Sumber: Mstar Online & IG Aeril Zafril