Pasangan ini sememangnya sentiasa menjadi tumpuan netizen baik dalam lakonan mahupun rumah tangga. Sedikit masa lalu, mereka dihambat kntroversi, namun keutuhan kasih sayang antara keduanya membolehkan mereka mengecap bahagia bersama sepasang anak yang comel.
Lebih menyemarakkan lagi hubungan, kedua-duanya saling memberi hadiah terutama ketika menyambut hari istimewa. Sebelum ini Aeril Zafril menghadiahkan isterinya kereta dan Wawa Zainal turut berbuat demikian.
Terbaru, Aeril menghadiahkan rumah yang cukup cantik dengan dekorasi yang indah hasil sentuhan Lantera Timur membuatkan Wawa Zainal terpegun dan berterima kasih kepada suami kesayangannya itu.
Di dalam perkongsian mereka, rumah tersebut dibeli selepas enam tahun berumah tangga. Syukur kan dapat suami penyayang dan bertanggung jawab. Menurut Aeril, hubungan baik dengan isteri antara faktor seseorang itu murah rezeki.
Ads
“Jangan kita berputus asa, rezeki semua orang sudah tertulis cuma cara nak jemput rezeki itu sahaja yang berbeza.
“Saya amat berpegang pada pendirian bahawa kita perlu menjaga amalan dan hubungan dengan tuhan.
“Guru saya juga ada berpesan bahawa kunci kejayaan itu adalah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan isteri dan anak,” ujar Aeril
Ads
“Apa yang saya dapat hari ini bukanlah hasil usaha sekarang kerana ia adalah proses yang mengambil masa.
Ads
“Semua orang tahu kami hadapi kesukaran ketika baru berkahwin, tapi itu juga yang membuat kami kuat untuk menghadapi hari mendatang,” katanya.
Berasa lapar ini kadang kalanya tidak mengira waktu. Malah bukan perkara pelik, tiap kali anak-anak balik daripada sekolah, ayat pertama mereka rengekkan, “Mama, laparlah…nak makan apa ye?”.
Jadi apa kata kali ini kita sediakan menu yang cukup ringkas tapi nampak hebat menunya. Lain tidak bukan kita sediakan menu Lasagna yang dimasak menggunakan roti gardenia. Menarik bukan?
Jadi secara tidak langsung, habis juga roti yang dibeli beberapa hari lepas yang masih belum luak dimakan. Oleh itu, usah tunggu lagi, jom kita sediakan menu special ini untuk anak kita yang sedang berasa lapar tu. Pasti mereka nangti akan makan sampai licin dan hingga kekenyangan.
Bahan-bahan :
Bawang putih, bawang merah, daging kisar, cendawan butang, sos tomato, mix herb (tak ada pon tak apa) minyak olive oil (guna minyak masak biasa pon boleh)
Cara penyediaan :
Cara buat dia sama macam masak kuah spageti.. Saya guna sos tomato je, tak ada guna tomato dalam tin ke apa… tak beli.
2. Telur sebiji, campur dengan susu cair, saya tak ada susu cair, saya guna susu tepung yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
3. Rendam roti dalam campuran tadi.
4. Letak dalam bekas macam ni senang, beli dekat Mr Diy..
5. Letak inti lasagnea yang dimasak tadi atas roti.
6. Saya pakai cheese ni.. Saya potong sendiri nipis mana saya nak.. Kalau ada cheese kepingan tu lagi senang pakai yang tu..
7. Susun cheese tadi atas inti macam ni.. Ikut banyak mana kita suka..
8. Letak balik roti yang dicelup dalam campuran telur dan susu tadi, saya potong sikit tepi dia supaya muat dan cantik.
9. Last sekali tabur mozarella cheese atas dia.. Ikut suka nak tabur banyak mana..
10. Bakar ni ikut oven anda masing-masing. Saya bakar tadi dalam 25 minit suhu 180. Tapi tengok la jugak jangan sampai rentung.. Agak-agak atas dia dah cair dan coklat-coklat ok la tu..
Setahun sekali berkumpul, pasti terasa gembiranya. Namun ada insan di sekeliling kita yang terpaksa melupakan sejenak kegembiraan untuk berkumpul bersama ibu ayah dan seluruh keluarga demi menggalas tanggungjawab pada kerjaya.
Selain anggota polis, tentera, bomba, pegawai imigresen merupakan badan beruniform yang terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga keamanan negara. Dan bercuti di hari raya bukanlah yang selalu didambakan mereka sejak menerima tawaran kerja itu.
Bagi Nurul Jannah Juma’ah, 32 dan suaminya Mohd Noor Azihan Hassim, 35 tahun yang merupakan pegawai imigresen di Bahagian Operasi Kawalan KLIA, tidak dapat pulang berhari raya adalah satu perkara biasa bagi mereka berdua. Sejak bujang lagi kedua-duanya sudah tidak pulang bercuti bersama keluarga dan apabila dipertemukan jodoh bersama, mereka sepakat mengambil giliran yang sama.
“Isu tak balik beraya dah jadi perkara biasa bagi kami sejak dulu lagi. Masa bujang dulu, ketika tahun pertama bertugas terasa juga sedihnya. Tapi bila dah lebih 10 tahun berkhidmat, semua itu dah jadi perkara biasa.
Bukan tak sedih tapi mungkin dah awal-awal lagi set minda kerja yang semacam ini. Bagi saya tak ada masalah kerana suami pun ada sekali. Cuma pagi raya tipnya jangan sekali-kali buka Facebook. Melihat gambar rakan-rakan dan ahli keluarga di pagi raya automatik hati rasa sayu dan sedih kerana tak dapat beraya bersama. Jadi caranya kena kerja sahaja, jangan buka media sosial. ,” luah Jannah memulakan bicara awalnya.
Meriah Di Malam Raya
Jannah sudahpun berkhidmat lebih 10 tahun manakala suaminya berkhidmat lebih 12 tahun di jabatan yang sama.
Bagi pasangan yang dikurniakan dua orang anak comel, Muhammad Nur Zyadzachary, 5 tahun dan Nurul Hannah Sausan, 4 tahun, bertugas di hari raya sememangnya menyeronokkan.
“Semua pegawai sememangnya diberikan cuti mengikut sistem giliran tiga tahun. Jadi selepas tiga tahun barulah kami boleh bercuti di hari raya. Kalau kebetulan off di hari raya, itu satu bonus buat kami.
Sebenarnya tidak jadi masalah kerana ketika bekerja pun suasana raya masih lagi terasa. Malam raya merupakan waktu yang cukup meriah buat semua staf. Kami biasanya diminta untuk hiaskan pejabat mahupun pantry dengan mood raya menjelang esok hari.
Kalau bertugas di pagi raya biasanya kami akan jalankan tugas seperti biasa dan bila waktu rehat barulah kami menjamu selera yang disediakan buat staf. Dapatlah beraya bersama rakan-rakan sekerja. Memang meriah.
Malah suatu ketika dulu pernah kami diarahkan untuk bertugas dengan pakaian raya di waktu pagi raya. Semuanya melaram dengan baju raya masing-masing. Seronok juga ketika itu. Lari dari kebiasaan,” kata anak kelahiran Shah Alam ini lagi.
Tinggalkan Anak
Bagi Jannah dan suaminya, bertugas di hari raya tidaklah menjadi soal. Namun meninggalkan anak beraya sendiri dengan keluarga adalah perkara yang lebih dikisahkan mereka.
“Menjelang raya, dua tiga hari sebelum raya, saya akan hantar anak-anak pulang beraya bersama mak di Melaka. Dapatlah mereka beraya dengan sepupu mereka.
Pada saya bagi kita yang sudah dewasa beraya itu mungkin sudah biasa, nak-nak lagi bila terpaksa bekerja. Cuma saya mahu anak-anak merasai momen beraya mereka dengan indah supaya ada satu kegembiraan yang mereka boleh kenang nanti.
Kalau diikutkan sedih juga tak dapat bersama-sama mereka tapi apakan daya demi tugas. Biasanya selepas habis bekerja, petang raya saya dah ambil anak-anak. Jadi dapatlah kami beraya bersama-sama,” katanya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga isu Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelbagai jenis baja berada dipasaran yang boleh dijadikan sebagai ‘makanan tambahan’ buat pokok-pokok mahupun tanaman kesayangan agar menjadi lebih subur, segar dan membesar dengan sihat.Baja juga boleh dihasilkan sendiri dan menariknya ia cukup mudah didapati dan boleh dilakukan sendiri.
Telur yang telah digunakan, jangan dibuang kulitnya. Ini kerana sisa kulit telur tersebut juga bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai baja organik buat pokok-pokok mahupun tanaman di rumah.
Menerusi perkongsian Norisniyati Abdul Hamid beliau berkongsi cara menghasilkan baja organik daripada sisa kulit telur yang cukup mudah dilakukan. Apa yang penting ia selamat digunakan lagi menjimatkan, sekaligus mengelakkan pembaziran.
Telur kita makan.. kulit telur bagi pokok pulak makan.. so tiada pembaziran.. 🙂
Bahan-bahan:
Kulit Telur
Cara Membuat:
1.Basuh kulit telur tersebut.
2.Jemur kulit telur pada cahaya matahari.
3.Tumbuk hancur kulit telur tersebut menggunakan lesung batu.
4.Taburkan pada pokok/ tanaman seminggu sekali.
Siap! Selamat Mencuba!
Sumber:Norisniyati Abdul Hamid (Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.