Bukan semua orang terpilih untuk memiliki anak istimewa, namun Penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir antara salah seorang insan terpilih tersebut.
Berkongsi luahan dalam satu video menerusi laman instagramnya, pelantun lagu Gemuruh ini memberitahu anak ketujuhnya yang baru lahir adalah anak syurga.
“Salah satu benda baru untuk tahun 2022 saya dan keluarga adalah kehadiran anak ketujuh,. Anak perempuan. Now tiga lelaki dan empat perempuan.
“Kami pilih nama Maryam Tahirah Mohd Faizal. Nama Maryam nama ibu Nabi Isa a.s Manakala Tahirah adalah daripada nama arwah saya. Mohd Tahir yang telah kembali ‘kerahmatullah. Anak saya ini adalah cucu yang arwah ayah tak sabar nak jumpa tapi tak kesampaian.
“Maryam Allah beri yang cukup istimewa buat kami. Dalam kandungan isteri saya, ada beberapa masalah komplikasi . mula-mula masalah jantung kemudian ada masalah campuran darah dan oksigen tak cantik. Memang nak kena buat pembedahan lepas lahir. Jadi kami kena bersedia dari segi mental, fizikal dan juga kewangan.
Dua komplikasi sah down sindrom
Menurutnya lagi, terdapat komplikasi yang menjurus kepada jawapan si kecil rupa-rupanya down sindrom.
“Beberapa bulan kemudian scan dan ada masalah lain, di mana ada masalah ‘double bubble’ dalam perut yang membuatkan dia bermasalah untuk makan kelak. Bila kaitkan masalah ini dengan komplikasi jantung dan sebagainya, doktor agak berat nak cakap dan minta kami buat pemeriksaan terperinci . Kemungkinan apabila ada dua komplikasi ini anak kami down sindrom.
“Sebulan sebelum due bersalin, doktor sahkan anak kami down sindrom. Saya terima dengan baik dan reda. Tak ada rasa down atau frust kenapa tiba-tiba anak saya down sindrom.
Alah kurnia anak syurga
Paling meyentuh hatinya apabila sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan membuatkan dia dan isteri bersyukur miliki anak syurga.
“Apabila diberitahu mengenai berita ini kepada kawan-kawan, keluarga kedua belah pihak tak sangka jawapan sangat postif dan memberi semangat, ini membuatkan saya sangat bersyukur. Malah ada cakap Allah kurniakan saya anak syurga,membuatkan saya tersentuh dan terpilih diberikan anak istimewa. Ini memberikan saya semangat dan kekuatan buat saya dan isteri.
Kena sangka baik dengan Allah
Justeru, doktor meminta Faizal Tahir untuk memberi perhatian yang lebih memandangkan anaknya ini tidak sama dengan anak-anak yang lain.
‘Doktor pun cakap anak ini tak boleh sama layanan dengan anak-anak lain, dia perlukan perhatian lebih dan benar-benar perlukan saya,. Tetapi di hati saya terdetik sebenarnya, saya yang perlukan anak ini. Untuk saya jadi manusia lebih baik, bersyukur dan perbaiki diri saya sebagai hamba Allah.
“Benda ini buat saya banyak bersyukur dan Allah hantar ‘benda’ macam ini sebenarnya dengan satu niat yang sangat baik. Kena selalu bersangka baik denganNnya.
“Alhamdulillah, apa yang saya boleh kongsikan melalui pengalaman saya, pada waktu ini saya masih boleh berfikiran positif. Tetapi akan lagi banyak ujian kerana ini baru permulaan. Jadi, banyak benda baru yang akan ajar saya dan sebagai manusia kena banyak belajar. Saya bukan sempurna dan jangan terlalu tergopoh-gopoh. Selagi masih hidup, Allah berikan rezeki dan saya tak boleh putus asa. Kena bersangka baik dengan Allah.
Perkongsian Faizal mendapat reaksi ramai pihak termasuklah rakan selebriti. Cukup menyentuh hati serta satu perkongsian yang cukup hebat. Rata-rata mendoakan semoga pasangan ini dipermudahkan segala urusan.
Sumber: faizal_tahir
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara