Setiap pasangan sudah tentu inginkan kebahagian hingga akhir hayat. Hidup harmoni serta dilengkapi cahayamata sebagai penyeri rumahtangga.

Begitulah bahagia yang diimpikan setiap pasangan suami isteri. Biarpun usia perkahwinan sudah lama, kekalkan kehormonian adalah tunjang utama.

Selain itu, berpaksikan kepada agama juga menjadi tunjang kepada berkat semua keluarga itu.

“Kunci Bahagia Itu Solat.” Rai Ulangtahun Ke-22 Tahun, Wanita Ini Kongsi Rahsia Bahagia Rumahtangga.

Ads

Begitulah yang diamalkan oleh pasangan ini. Biarpun berkahwin pada usia muda ketika dirinya baru berusia 20 tahun dan suami 25 tahun, kini  setelah 22 tahun melayari bahtera, pasangan ini bahagia dikurniakan 5 orang cahayamata.

Bukan hendak mendabik dada, namun berkongsi cerita agar manfaat bersama.

Ads

Ikuti perkongsian beliau.

Ads

Saja akak nak share dengan kawan akak kat sini. Pengalaman selama 22 tahun melayari alam rumahtangga .

“Kunci Bahagia Itu Solat.” Rai Ulangtahun Ke-22 Tahun, Wanita Ini Kongsi Rahsia Bahagia Rumahtangga.
Gambar kiri tu, 2 minggu selepas kahwin dan masa tu baby dah ada dalam perut tapi akak tak tau lagi. Patut la masa jalan-jalan tu akak tak larat, tapi tabahkan juga sebab taknak rosakkan plan abang yang “excited” nak tunjukkan bandar Melaka kat akak.

Gambar kanan tu selepas 5 orang anak soleh dan solehah dah keluar dari perut akak. 2 orang keluar secara normal dan 3 orang secara pembedahan. Dan harini akak nak share beberapa tips buat adik-adik akak yang baru kahwin atau bakal berkahwin. Semoga bermanfaat.

Pertama, benda paling penting dalam kehidupan dan rumahtangga ni sebenarnya ialah solat. Kalau kehidupan kita tak berharta, tak berapa baik, tak berapa teratur, tak mengapa. Tapi berusahalah untuk solat 5 waktu. Walau terasa payah nak tunaikan solat tapi tolonglah paksa diri, keep fighting 💪🏼, solatlah jugak walau tak berapa khusyuk atau solat di akhir waktu.

Kalau kehidupan kita sempurna sekalipun, jika kita abaikan solat, maka Allah akan abaikan kita. Janganlah pelik kenapa masalah kita belum selesai, malah bertimpa-timpa pula. Kita perkecilkan solat, jangan merungut kenapa kita nampak kecil di mata dunia.

Kedua, ialah “mindset”. Ramai yang kata pasangan berubah selepas berkahwin. Ya, memang betul. Sebab masa bercinta, hubungan tu cuma bersandarkan emosi. Tapi selepas kahwin, hubungan tu datang dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab. Nasihat akak, rendahkan “expectation”. Kita bakal berkahwin (atau berkahwin) dengan orang yang tak sempurna. Lengkapilah dia.

Ketiga, bagi tumpuan kepada rumahtangga sendiri. Jangan tengok langsung rumahtangga orang lain. Jangan dok “compare” suami orang lain atau isteri orang lain macam mana. Perisaikan diri kita dari tengok apa yang orang lain ada. Bukan sebab “jealous”, atau iri hati. Cuma berpijak di bumi yang nyata. Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada.

Last but not least, kurangkan menuntut hak. Banyakkan memberi dan menunaikan hak. Percayalah, Allah akan balas dengan macam-macam jenis bahagia dan kesenangan di masa depan. Perkahwinan adalah ibadah. Gunakan perkahwinan untuk cari jalan-jalan mudah ke syurga, melalui ‘harga’ sabar dan memberi yang tinggi. Perkahwinan juga adalah lubuk pahala, dan “investment” yang takkan rugi kerana Allah janjikan pelbagai ganjaran terhadap segala penat lelah yang suami isteri lakukan. Tiada satu pun perbuatan kita yang sia-sia.

Kadang-kadang dari pengalaman kita orang lain akan dapat pengajaran. Sama-sama kita belajar. Akak pun masih belajar. Ambillah jika ada sisi yang baik dan “ignore the rest”.
Salam sayang dari akak.

Sumber: Muhaszlina Sanip

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI