Kunci Bahagia Dayana & Sakinah Dalam Berkongsi Suami

Share

Hidup ini seharusnya berfikiran positif dan dalam masa yang sama juga harus berlandaskan kenyataan.

Biar apa jua yang kritikan mahupun tohmahan orang terhadap hubungan baik ‘madu’ ini, namun isteri kepada Ashraf Muslim, baik Dayana mahupun Sakinah tidak mengambil kisah.

Selesa Berkongsi Banyak Sudut

Mengulas mengenai perkara itu, akui Sakinah pengalaman mengandung serentak membolehkan mereka berkongsi banyak benda bersama-sama.

“Selepas tiga bulan saya mengandung anak kedua, Dayana pula disahkan mengandung. Alhamdulillah, kami sangat-sangat gembira menerima khabar ini. Kalau sebelum ini, dia banyak membantu saya memberikan info tentang kehamilan dan segala yang berkaitan dengan dunia keibubapaan, tapi kini beralih pula.

Sehinggakan bagaimana untuk melahirkan anak juga Dayana masih mendapatkan nasihat saya biarpun dirinya sendiri seorang doktor. Mungkin kerana saya sudah ada pengalaman sebelum ini.

“Ikutkan sejak dahulu lagi kami selalu berkongsi banyak benda termasuklah baju mengandung (sambil ketawa). Kira ‘save’ bajet di situ. Malah kami juga saling membantu antara satu sama lain. Setakat ini saya bersyukur kerana kandungan kali ini, saya tidak mengalami banyak masalah. Waktu anak pertama dulu, saya alami pendarahan tetapi kali ini tidak. Cuma penat sedikit memandangkan Sarah kian membesar dan cukup lasak orangnya. Jadi, sekarang ini kami kena hati-hati supaya tidak mengabaikan Sarah memandangkan sekarang sudah ada Adam dan Anas.

“Kalau sebelum ini jika saya tidak melayannya atau memarahinya, orang pertama yang dicarinya adalah mama Dayana dia. Sehinggakan demam pun minta saya hubungi mama Dayana untuk bercakap dengannya. Tetapi kini, mama Dayana sudah ada Anas yang masih kecil. Jadi, kami berdua akan cuba elakkan hal-hal yang boleh membuatkan Sarah rasa terpinggir selepas kehadiran dua adiknya ini. Biasanya ayahnya akan banyak melayan dan Sarah memang banyak mengikut perangai Ashraf,” ulas Sakinah lagi tatkala bercerita mengenai karenah anak sulungnya itu.

Itu sebahagian cerita bahagia sudut anak dalam keluarga ini, bagaimana soal keperluan raya dan kasih sayang yang mereka selami? Ikuti cerita penuh dan tip kukuhkan hubungan suami isteri dalam majalah Keluarga keluaran Jun 2016 (Bilangan 246) yang sudah ada di pasaran.